Kisah Tauladan

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-t

Archive: September 2012

Akhlak yang baik itu adalah kebahagiaan tersendiri, sedangkan akhlak yang buruk adalah petaka & bencana.

Dalam sebuah hadith disebutkan:

Sesungguhnya akhlak yang baik dapat menjadikan seorang mampu mencapai darjat orang yang suka berpuasa dan orang yang suka melakukan Qiamulail.

Mahukah kalian aku beritahukan kepada kalian tentang siapa di antara
kalian yang paling aku cintai dan paling dekat kedudukannya denganku kelak pada hari kiamat? Yakni, di antara kalian yang paling baik akhlaknya. ( Al- Hadith )

Allah S.W.T berfirman :

Dan sesungguhyna kamu ( Muhammad) benar- benar berbudi pekerti yang agung. (Al-Qalam:4)

Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu....( Al-Imran:159)

....dan ucapkanlah kata -kata yang baik kepada manusia....(Al-Baqarah:83)

Ummul Mu'minin 'Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq r.a menjelaskan sifat Rasulullah S.A.W: " Akhlaknya (Nabi Muhammad) adalah Al-Quran..."

Seungguhnya akhlak yang baik dan hati yang lapang adalah merupakan nikmat dunia dan kegembiraan di kemudian hari bagi siapa sahaja yang Allah kehendaki untuk menjadi baik. Sedangkan emosi yg belebihan, mudah tersinggung & kemarahan yang meledak-ledak adalah sebuah petaka yang terus menerus dan azab yang kekal.

Daripada : Cahaya Pertunjuk

http://m.facebook.com/groups/108945892474663?ssc=0&_rdr
Tegakkan dan sebarkan kebenaran

Dalam apa jua keadaan bersamalah dengan kebenaran. Jadilah dalam kalangan mereka yang menegakkan kebenaran. Jangan lepaskan peluang untuk bersama dengan penegak kebenaran, kerana kebenaran itu adalah milik milik Allah SWT yang tidak boleh kita ragu-ragu. Kita akan selamat jika bersama dengan kebenaran, tetapi belum tentu selamat jika mengikut dan bersama dengan orang. Allah SWT mendedahkan kepada kita pada hari akhirat nanti terdapat manusia yang menyesal kerana patuh dan mengikut orang, firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 66-67 bermaksud:Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata: Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasulullah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. ♥
September 2012
M T W T F S S
August 2012October 2012
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30