INI LANGKAHKU

Bangkitlah Mujahid Bangkitlah...~!!!

Subscribe to RSS feed

..:: Rehlah Tarbawi ::..

Assalamualaikum...~!!!
apa khabar semua...??
semoga sentiasa berada dibawah lembayung RAHMATNYA...
dikesempatan ini ingin saya kongsikan kepada anda semua kenangan manis ketika saya bersama beberapa orang sahabat saya di Pulau Langkawi.
[
Jeti Pulau langkawi

Bird Paradise
Ali Mursyidi, saya, dan Ammar Hakimi
Ali tengah main dengan Monyet bersama Ammar Hakim.
dah penat berjalan rehat tangkap gambar jap

sempat posting dengan keldai

wah banyak nye arnab..

Jinaknyer burung Helang tuh..
selepas habis pusing2 di Bird Paradise. esoknyer kami pergi ke pasar untuk beli ikan.

nih kat pasar. ikan yang ali pegang tuh ikan kerapu.
Ali tengok ikan
besar jugak ikan yu nih
waktu pergi pasar nih. banyak juga ikan yang pelik-pelik. first time tengok. lepas pergi pasar. kami terus pergi ke Pantai Pasir Tengkorak. waktu kami pergi tuh hujan agak lebat. tapi bila dah sampai kat sana hujan berhenti. waktu tuh tak ramai orang.
lepas puas mandi kat Pantai Pasir Tengkorak. kami pergi ke destinasi seterusnya iaitu Cable car, tapi hajat untuk naik Cable Car tak kesampaian, sebab waktu kami sampai hujan agak lebat. so, pihak pengurusan terpaksa tutup sebab takut membahayakan pengunjung.
tak dapat naik tapi dapat bergambar pun jadilah
nih kat kedai cenderahati
habis shopping di kedai cenderahati
bila dah sampai di jeti kuala perlis. ingatkan nak balik terus. tapi ada sahabat yang tinggal di Jitra. ajak kami pi rumah.
rehlah pada asalnya 3hari 2 malam dah jadi 4hari 3malam. jadi bila dah sampai di rumahnya, tiba-tiba kawasan tunjang blackout..
huh....
tapi setiap ujian tuh ada hikmahnya...
esok nya kami pergi main bowling, pusat sains dan Darul Aman Park...
nih dalam pusat sains... pusat sains nih masih baru lagi... jadi masih kurang peralatan..

nih kat Jitra Mall...

bila dah penat main bowling... Abg Raja bawa kami pergi ke Darul Aman Park, kami pergi naik bot kayuh...

saya, ali mursyidi, dan Raja Zaqwan bergambar sebelum naik bot kayuh

Abg Raja Azman dan Raja Zaqwan... keturunan diRAJA~!!!???

bila dah abih naik bot kayuh kami terus balik rumah... letih gak....
malam tuh terus naik bas balik....
sekadar perkongsian kenang-kenangan....
insyaAllah rehlah nih akan diadakan lagi...
harapnya selepas nih lagi ramai yang dapat join...
sebagai wasilah untuk bertaaruf dengan sahabat...

..:: Kenyataan Media HALUAN Malaysia ::..

berakhlak,mendidik,berbakti.jpg]
PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS
Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean

KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.
Siaran Media

Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org

..:: Perhimpunan Perdana Palestin ::..


..:: FIRWAN GROUP ::..


maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Nu'man Afifi bin Sa'adan (Ketua Pegurus Eksekutif) 013 434 0685
En. Mohd. Muhsin bin Suhor (Pengurus Produksi) 013 353 6713
En. Mohd. Faisal bin Ahmad Khadri 019 594 3972

layari website FIRWAN

:: ALBUM NUR MUHAMMAD - INTEAM & UNIQUE ::


Sempena dengan bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, bulan Rabiul Awwal ini, pihak Inteam Records dengan kerjasama UNIQUE Nasyeed & Training Consultant telah menerbitkan sebuah album Selawat dan Qasidah berjudul NUR MUHAMMAD. Bincangkan disini.

..:: Pesta Buku Antarabangsa PWTC ::..

..:: KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" ::..



TARIKH:
26 Mac 2010

LOKASI:
DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, JALAN DUTA (pihak p-enganjur terpaksa ubah tempat kerana permintaan yang tinggi)

MASA:
8.00mlm hingga 11.00mlm

ARTIS NASYID:
Soutul Harakah (Kumpulan Nasyid Indonesia)
Bro Muadz
Daie

HARGA TIKET: (Derma kepada Palestin)
Dewasa & Kanak-kanak - RM10.00
VIP - RM30.00

#VIP terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas. Lelaki & Perempuan diasingkan.

ANJURAN:
HALUANSiswa & HALUANPalestin

RAKAN KERJASAMA:
KARISMA & MAWADDAH

yang berminat untuk pergi konsert "LIFELINE" kena beli tiket cepat. tiket hanya ada 2000. jom kita sama-sama mengimarahkan lagi KONSERT "LIFELINE" disamping kita menderma.

Hubungi:
Sdr Khalid Al-Walid
019-7341984
Sdr Muhammad Zakiran
019-9390304

..:: Zionis ceroboh arah kiblat Masjidil Aqsa ::..


Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.

Beberapa sumber tempatan memaklumkan kepada Pusat Media Palestin bahawa berpuluh-puluh tentera Zionis melakukan pencerobohan tersebut secara mengejut. Mereka juga menghalau orang-orang yang sedang beriktikaf di dalamnya melalui salah sebuah pintu dan menghalang daripada masuk kembali ke dalam masjid serta merampas kad pengenalan.

Beberapa orang penduduk bandar al-Quds dari kalangan rakyat Palestin yang tinggal di situ melakukan iktikaf di dalam masjid al-Qibli selepas solat Isyak, setelah beberapa orang ulama menyeru agar mereka bertahan di dalam masjid al-Aqsa, selepas ancaman berulang kali daripada pihak Zionis untuk menceroboh masjid tersebut.

Perlu dinyatakan bahawa masjid al-Qibli adalah terletak di bahagian selatan daripada masjid al-Aqsa, iaitu arah kiblat dan merupakan ruang solat utama bagi kaum lelaki dan tempat imam di dalam masjid al-Aqsa.
Marilah sama-sama kita membantu sahabat kita dengan kita mengangkat doa supaya Allah hancurkan Yahudi Laknatullah.untuk maklumat lanjut :
http://www.palestine-info.info/ar/

..:: Tarbiyah Fi Aidikum Fi Aidikum Faqad ::..

..:: Madah Pujangga ::..

“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab
May 2012
M T W T F S S
April 2012June 2012
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31