Skip navigation.

LA21 Sandakan Bersih

~ Kumpulan Kerja Kebersihan ~

SIAPAKAH YANG PATUT DISALAHKAN...

Alam sekitar adalah barang guna sama. Semua orang berkongsi alam sekitar yang sama atau berjiranan untuk hidup. Tetapi pada hari ini isu pencemaran alam sekitar semakin membimbangkan banyak pihak. Persoalannya, siapakah yang harus disalahkan terhadap peningkatan darjah pencemaran alam sekitar?

Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan untuk mewujudkan alam sekitar berkualiti dan siapa yang bertanggungjawab memulakan atau melaksanakannya?

Berikan komen anda.

KOD WARNA TONG KITAR SEMULA

Tulisan berikut ini adalah ulasan kepada pertanyaan yang dikemukakan pada 12 Ogos 2008, dalam ruangan 'comment' artikel yang bertajuk KITAR SEMULA DEMI MASA DEPAN. Oleh kerana persoalan ini agak menarik dan memerlukan perhatian, maka saya poskannya semula di sini.

Anonymous writes:

berikan kegunaan tong sampah kitar semula mengikut kod warna



Ulasan

Tong warna BIRU - untuk menyimpan kertas
Tong warna COKLAT - untuk menyimpan kaca
Tong warna JINGGA - untuk menyimpan tin aluminium & plastik

PERINGATAN

Meskipun tong-tong kitar semula diberikan kod warna, namun perlu diingat bahawa kod warna tong kitar semula tidak sama dengan kod warna lampu jalan.

Kod warna tong kitar semula diwujudkan untuk memudahkan murid-murid sekolah dan orang ramai mengenal dan menggunakan tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan dengan cara yang betul.

KOD WARNA BUKAN BERTUJUAN UNTUK MEMINTA ANDA MELAKUKAN KITAR SEMULA, TETAPI UNTUK MEMBERI TAHU ANDA TONG MANA YANG HARUS ANDA GUNAKAN UNTUK MENYIMPAN BAHAN-BAHAN KITAR SEMULA. DENGAN KATA LAIN, KOD WARNA ITU BERTUJUAN UNTUK MENGAJAR KITA CARA BETUL MENGGUNAKAN TONG-TONG TERSEBUT, DALAM USAHA KITA MELATIH DIRI MENGAMALKAN KITAR SEMULA.

Akan tetapi, anda, saya dan kita semua tidak harus bergantung kepada tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk mengamalkan kitar semula.

Ingat kembali takrif kitar semula iaitu reduce, reuse dan recycle - 3R. Adalah jelas bahawa daripada 3R itu, hanya 1R yang memerlukan penggunaan tong manakala 2R iaitu reduce dan reuse tidak langsung melibatkan penggunaan tong kitar semula.

Selain daripada itu juga, anda, saya dan kita semua tidak harus bergantung kepada tong-tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk mengasingkan sisa-sisa buangan dari premis masing-masing. Kita boleh mengasing sisa-sisa tersebut dari rumah dan hantar terus ke kilang kitar semula atau kepada collector yang aktif bergerak di kawasan masing-masing.

Anda, saya dan kita semua boleh juga menyediakan tempat simpanan sementara seperti tong sampah yang kita beli dari supermarket, baldi, kotak dan sebagainya, masing-masing, sebelum kita membawa bahan-bahan yang telah kita asingkan itu ke kilang atau menyerahkannya kepada syarikat-syarikat collector di kawasan masing-masing.

Oleh itu, janganlah kita jadikan kod warna itu sebagai satu yang mandatori hatta ke atas tempat simpanan sementara yang kita sediakan sendiri itu. Demikian juga, janganlah kita berdalih dan memberi alasan bahawa kerajaan tidak menyediakan tong biru, coklat dan jingga di tempat kita kerana itu kita sukar untuk mengamalkan kitar semula.

Apa yang penting ialah kesedaran dan tindakan kita mengamalkan konsep 3R itu di mana jua kita berada. Bukan prihatin tetapi sedar.

KITAR SEMULA - FIKIR DULU SEBELUM BUANG


KARIKATUR KEBERSIHAN

Para pengunjung yang budiman dipelawa untuk menghantar karikatur kebersihan kepada kami. Karikatur anda akan disiarkan di blog ini. Karikatur yang anda hantar hendaklah berkaitan dengan tingkah laku kebersihan sama ada disorot dari sudut positif atau negatif. Contoh-contoh karikatur yang boleh dihantar adalah seperti berikut:-
  • Cara yang betul membuang sampah
  • Cara yang tidak betul membuang sampah
  • Cara betul mengendalikan makanan
  • Cara yang tidak betul mengendalikan makanan; dan sebagainya
Anda yang menghantar karikatur atau sebarang karya untuk, dan yang disiarkan dalam blog ini akan tetap memegang hak cipta karya anda. Oleh itu, anda berhak mengambil tindakan jika anda mendapati karya anda telah diciplak daripada blog ini. Sebaliknya, kesediaan anda menghantar sebarang karya termasuklah karikatur kepada kami, adalah bukti dan akan menjadi bukti bahawa anda memberi izin kepada kami untuk menyiarkan karya anda HANYA dalam blog ini sahaja.

Sebarang karya yang dihantar dianggap sebagai sumbangan anda membantu usaha meningkatkan kesedaran awam betapa pentingnya menjaga kebersihan. Oleh itu, kami tidak terikat untuk memberi sebarang honorarium kepada anda.



POLL

Jika anda penduduk Sandakan, atau pernah melawat ke Sandakan, 
apakah penilaian anda mengenai tahap kebersihan di Sandakan?

    * A. Sangat Memuaskan
    * B. Memuaskan
    * C. Sederhana
    * D. Tiada Komen
    * E. Kurang Memuaskan
    * F. Tidak Memuaskan
    * G. Sangat Tak Memuaskan

Soalan 'poll' di atas dituliskan semula dalam ruangan ini bagi memudahkan anda memberi ulasan dan pandangan. Ini kerana, untuk menjawab soalan poll dalam kekotak 'POLL' anda perlu login atau mendaftar (register) kemudian login.

Melalui kandungan blog ini, anda boleh membuat ulasan walaupun anda tidak login atau bukan ahli komuniti myOpera. Ini akan memudahkan anda membuat komen sebagai 'guest' atau 'anonymous'.

Justeru itu jangan segan untuk menjawab dan memberi ulasan kerana anda boleh berselindung di sebalik nama yang anda suka.

Berikan komen / ulasan anda dengan mengklik 'comment' di bawah ini.

Terima kasih atas kesudian anda menjawab, memberi komen atau pandangan.


KELAB PENCINTA ALAM SM SUNG SIEW AKAN MELAWAT TAPAK PELUPUSAN SAMPAH MPS

Sekumpulan 40 orang pelajar yang diketuai oleh empat orang guru dari Kelab Pencinta Alam SM Sung Siew Sandakan akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Tapak Pelupusan Sampah Majlis Perbandaran Sandakan pada 14 Ogos ini, mulai pukul 2.00 petang.

Menurut Cikgu Alia Huda, Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam SM Sung Siew, antara tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan secara langsung kepada ahli-ahli kelab demi meningkatkan pengetahuan mereka mengenai pelupusan sampah perbandaran. Selain itu katanya, lawatan ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan ahli-ahli kelab akan kepentingan menjaga kebersihan persekitaran.

Menurut Cikgu Alia lagi, pengalaman yang diperolehi hasil daripada lawatan tersebut amat berguna kepada peserta untuk memantapkan lagi kesedaran diri sebagai seorang ahli Kelab Pencinta Alam, yang antaranya untuk memperjuangkan penjagaan alam sekitar.

Encik Mohd Shah Ali Hassan, Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran yang juga Setiausaha Kerja LA21 Kumpulan Kebersihan Majlis Perbandaran Sandakan akan berada di lokasi untuk memberikan taklimat mengenai pelupusan sampah di Sandakan, selain membantu peserta mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang ada hubung kait dengan kebersihan dan alam sekitar.

November 2009
M T W T F S S
October 2009December 2009
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30