Local Agenda 21 MPS
Saturday, August 2, 2008 2:51:41 PM
Anda mempunyai idea yang boleh dijadikan asas agenda pembangunan Sandakan dalam Abad Ke-21 ini? Jangan biarkan idea anda terpendam dan berkubur dalam pemikiran anda. Kemukakannya ke hadapan. Salurkan idea anda itu melalui NGO kepada Majlis Perbandaran Sandakan. Ia mungkin diterima pakai jika bersesuaian.
Tahukah anda bahawa Pembangunan Sandakan Harbour Square adalah idea asal seorang kerani rendah yang bertugas di kaunter hadapan Majlis Perbandaran Sandakan yang disalurkan melalui pemimpin? Mungkinkah selepas ini idea anda pula yang akan dijadikan asas perancangan pembangunan seterusnya?







