MAJLIS GOTONG-ROYONG MENJADI SALURAN BERKEMPEN MENARIK LEBIH RAMAI KEANGGOTAAN ASKAR WATANIAH
Saturday, July 26, 2008 6:06:41 PM
Beliau yang turut memperkenalkan Mejar Hisham bin Mamad, Penolong Pegawai Memerintah Rejimen 516 Askar Wataniah Kem Sri Kinabatangan, menyeru kepada semua hadirin yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun untuk mendaftar menjadi anggota Rejimen 516. Mejar Hisham hadir bagi mengetuai sepasukan anggota Rejimen 516 Askar wataniah menyertai gotong-royong LA21 Kumpulan Kerja Kebersihan di Flat MPS Karamunting pada 26 Julai 2008.
Beliau berharap dengan adanya penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat ini, matlamat untuk mendidik masyarakat agar prihatin terhadap kepentingan kebersihan dan betapa amalan menjaga kebersihan itu harus menjadi tingkah laku harian masyarakat, akan lebih mudah dicapai dan lebih berkesan.
Mohd Shah A.Hassan
S/U Kerja
LA21 Kebersihan








LA21 Sandakan BersihLA21MPS # Saturday, July 26, 2008 6:14:54 PM
1. Sihat tubuh badan
2. Berusia dalam lingkungan 20 - 40 tahun
3. Warganegara Malaysia
4. Mempunyai Sijil Kelahiran dan Sijil Tamat Darjah Enam
5. Lelaki dan/atau wanita
Mereka yang berminat bolehlah berhubung terus kepada:-
Mejar Hisham bin Mamad
Pen. Pegawai Memerintah 21C
Rejimen 516 Askar Wataniah
Kem Sri Kinabatangan
SANDAKAN.
Tel: 670717 / 671577
Pendaftaran terbuka pada bila-bila masa dan sama ada secara individu atau berkumpulan. Sekiranya anda hendak mendaftar, anda dikehendaki berjumpa sendiri dengan Mejar Hisham di Kem Sri Kinabatangan.