SAMPAH-SARAP MASALAH SIAPA?
Saturday, August 2, 2008 1:09:03 PM
Sampah sarap bukan sahaja menjadi masalah di Sandakan tetapi di kebanyakakan tempat yang bergelar bandar atau bandar raya, sama ada di Malaysia atau di negara luar. Kapasiti sampah di sesuatu tempat mempunyai hubungan langsung dengan jumlah penduduk di tempat tersebut. Ini bermakna semakin ramai populasi atau penduduk sesuatu bandar semakin banyak kapasiti sampah-sarap yang dihasilkan.Sandakan mempunyai kira-kira 392,288 orang penduduk dan dianggarkan antara 50% - 60% daripadanya tinggal di kawasan bandar. Jumlah inilah yang menyumbang kepada pengeluaran sampah di Sandakan, yang terpaksa diuruskan oleh Majlis Perbandaran Sandakan setiap hari; kelewatan mengutip dan mengangkut sampah-sarap tersebut akan menyebabkan orang ramai merungut.
Orang ramai seolah-olah tidak menyedari bahawa tanpa mereka sampah-sarap tidak akan wujud. Dengan kata lain, sebenarnya orang ramailah yang menghasilkan sampah-sarap. Mereka menghasilkan sampah-sarap kemudian mereka merungut apabila sampah-sarap yang mereka buang itu tidak dialihkan!
Peranan Pihak Berkuasa Tempatan sebenarnya lebih kepada mengawal keadaan agar tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk. Sebagai pihak yang bertanggungjawab membuat kawalan, maka Pihak Berkuasa Tempatan termasuklah Majlis Perbandaran Sandakan telah menggariskan beberapa perkara asas mengenai kebersihan. Antaranya, orang ramai tidak boleh membuang sampah sesuka hati dan di mana-mana sahaja yang mereka suka. Orang ramai mestilah menggunakan segala kemudahan seperti tong sampah awam yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan.
Justeru itu, orang ramai juga bertanggungjawab bukan sahaja membuang sampah dengan cara yang betul, tetapi memilih atau mengasingkan sampah-sarap yang mereka buang itu. Mana-mana sampah yang tidak dibenarkan dibuang ke dalam tong sampah awam seperti sisa perabot, sisa binaan dan sebagainya hendaklah mereka buang sendiri ke Tapak Pelupusan Sampah di Jalan Fook Kim, Batu 8.








Unregistered user # Sunday, March 1, 2009 4:31:04 AM
Unregistered user # Thursday, April 22, 2010 7:53:59 AM
Unregistered user # Thursday, April 22, 2010 7:56:16 AM
Unregistered user # Thursday, April 22, 2010 7:58:53 AM
Unregistered user # Tuesday, May 18, 2010 2:28:57 PM