NEGARA, PEMIMPIN DAN RAKYAT
Wednesday, 28. November 2007, 18:52:51
Malaysia adalah sebuah negara Islam yang menggunakan demokrasi berperlembagaan sebagai teras pemerintahannya. Sebagai sebuah negara Islam, dan sebagai sebuah negara demokrasi, sudah tentu, kepentingan umum akan menjadi keutamaan.
Dalam Islam, fardu ain wajib ke atas setiap umat Islam lelaki dan wanita (muslimin dan muslimat). Akan tetapi, kewajipan fardu kifayah lebih utama dalam sebuah komuniti (negara) sehingga kegagalan memenuhi tuntutan fardu kifayah boleh menjerumuskan seluruh ahli komuniti kepada dosa. Dengan ayat lain, sekiranya sesebuah komuniti gagal memenuhi tuntutan fardu kifayah, maka seluruh anggota komuniti akan berkongsi dosa-dosa atau balasan yang didatangkan kepada mereka. Sudah tentu pemimpinlah yang paling banyak share daripada sejumlah pembalasan itu. Justeru itu, pemimpin Islam sebenar akan sentiasa ingat kepentingan kewajipan fardu kifayah sehingga harus menghukum untuk kepentingan jamaah (umum) atau ahli komuniti.
Dalam demokrasi, pemimpin dipilih oleh rakyat. Ini bermakna, pemimpin adalah pemegang amanah untuk menjaga kepentingan rakyat (umum). Justeru itu, pemimpin demokrasi sebenar akan sentiasa sedar kepentingan umum harus dipelihara sehingga harus menghukum atau membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan majoriti.
Maka, janganlah kita cepat terpengaruh untuk memberontak sekiranya keputusan pemimpin yang bertanggungjawab menjaga kepentingan umum dan melaksanakan kewajipan fardu kifayah tidak menyebelahi keinginan kita yang bersifat individu atau minoriti.
Fikir! Fikir! Dan Fikir!