Skip navigation.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

June 2008

( Monthly archive )

SAYA BUKAN PROFESOR...



Assalamualaikum, salam sejahtera.

Alhamdulillah. Rupa-rupanya, tanpa saya sedari, seseorang telah memberi saya gelaran yang tidak pernah saya termimpikannya, iaitu Profesor. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Allah juga memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari sumber-sumber yang mereka (orang yang diberi rezeki itu) tidak ketahui.

Grafik di atas adalah cekupan skrin komputer yang menyenaraikan artikel saya yang bertajuk "CADANGAN MENAMBAH USIA PERSARAAN ADALAH SATU KECELARUAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NEGARA" yang saya tulis pada 24 April 2007. Saya menemui laman blog penyiar ini secara tidak sengaja semasa saya membuat carian maklumat mengenai sumber manusia sejurus sebelum saya menulis artikel ini.

Perhatikan kandungan dalam kotak merah itu. Penulis blog tersebut telah menulis ... "Profesor dalam Bidang Pembangunan Sumber Manusia...".

Sebenarnya saya terkejut apabila membaca pengenalan penulis blog mengenai penulis artikel yang dipetiknya, iaitu saya. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini. Justeru itulah saya tuliskan artikel ini untuk memberi penjelasan mengenai siapa saya, supaya pembaca Blog Fikir! Fikir! Dan Fikir! tidak terkeliru.

Dengan jujur dan ikhlas saya tegaskan bahawa SAYA BUKAN PROFESOR. Saya sekadar anak desa yang berkesempatan menikmati pembangunan negara yang antaranya termasuklah dalam bidang pendidikan.

Saya dilahirkan pada 1965 di sebuah perkampungan terpencil iaitu di Kg. Bangkarat, Mukim Tungku, Daerah Lahad Datu, dalam negeri Sabah, di Malaysia. Oleh kerana kampung kelahiran saya amat terpencil sehinggalah Gugusan FELDA SAHABAT dibuka, maka saya tidak menerima pendidikan mengikut jadual biasa persekolahan seorang anak bandar.

Saya mula memasuki persekolahan Darjah 1 pada 1979, apabila Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Makuou (kini SK Sri Pantai), yang terletak kira-kira 1.6 km dari rumah keluarga saya, dibuka pada tahun tersebut. Saya sangat terhutang budi kepada Cikgu Hashim Hj. Zainuddin, Guru Besar pertama SRK Makuou sehingga 1982.

Dari SRK Makuou, saya melanjutkan pelajaran ke SMK Tungku pada 1983. Pada masa itu SMK Tungku baru dua tahun dibuka, dan Tingkatan tertinggi di sekolah tersebut hanya Tingkatan Dua. Saya juga terhutang budi kepada Cikgu Mohd Nor Talanjul, Pengetua pertama SMK Tungku, kerana bukan sahaja memberi dorongan kepada saya untuk terus belajar, tetapi beliau telah menempatkan saya dalam Tingkatan Dua 'B', setelah dua minggu sesi persekolahan Penggal Pertama. Saya meneruskan pelajaran menengah atas di SMK Agaseh, Lahad Datu selama dua tahun iaitu pada 1986 - 1987.

Pada 1988 - 1991 saya mengikuti pengajian Ikhsisas Di Institut Kesihatan Umum (IKU), Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dengan tahap kelayakan peringkat Diploma. Kemudian saya beruntung kali kedua apabila pada tahun 2003 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) membuka Pusat Pembelajaran Tempatan (PPT) di Sandakan (tempat saya bekerja). Saya mendaftar masuk dan saya telah ditawarkan untuk mengikuti Pengajian Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Dengan Kepujian). Saya bergraduat pada Julai 2007. Alhamdulillah, semuanya mengikut jadual. Dengan kelulusan akademik inilah saya menjadi saya pada hari ini.

1979 - 1983 : SRK Makuao (Darjah 1 - 6)
1984 - 1985 : SMK Tungku (Tingkatan 1 - 3)
1986 - 1987 : SMK Agaseh (Tingkatan 4 - 5)
1988 - 1991 : Institut Kesihatan Umum, Jalan Bangsar, KL (Diploma RSH)
2003 - 2007 : Open University Malaysia (OUM) [BBA(Hons)]

Tetapi segala-galanya bermula pada Ogos 1991, apabila saya menamatkan pengajian di IKU dan balik ke Lahad Datu. Sementara menunggu panggilan untuk bekerja (melapor diri) saya mempunyai masa terluang yang sangat lapang pada saya. Masa lapang itu telah saya gunakan sepenuhnya untuk membaca Al-Quran Dan Terjemahannya. Saya membaca kalimat demi kalimat secara bersuara, dan membaca terjemahannya juga kalimat demi kalimat. Alhamdulillah, saya menghabisi keseluruhan 30 juzuk al-Quran itu pada akhir tahun 1992 yang pada masa itu saya telah bekerja di majikan saya sekarang ini. Semenjak itu, aktiviti berfikir - dalam semua perkara yang terfikirkan oleh saya - menjadi hobi dan kegemaran saya.

Dengan pengakuan ini, saya harap semua pembaca termasuk penulis/empunya blog
Berita Dan Info Teknologi Informasi - Segalanya tentang berita terkini
dapat menerima kehadiran saya seadanya dalam dunia digital ini. Saya bukan Profesor.

Nota:
Saya juga tidak pernah menulis kecuali dalam blog Fikir! Fikir! Dan Fikir! ini, menyiapakan manuskrip Kamus Ringkas Bajau-Melayu, Ikhtisar Tatabahasa Bahasa Bajau (belum dijilid dan belum sempurna lagi) dan satu rakaman peristiwa bertajuk 'Juli Gadisku' dalam bentuk cetakan komputer. Juli Gadisku telah saya serahkan kepada Saudara Sasjirah, seorang penulis cerpen dan puisi di Sandakan.


MALAYSIA DIJAJAH SEMULA?

Tulisan berikut adalah ulasan asal saya dalam blog JIWO KELATE terhadap tajuk di atas. Tulisan ini akan diperbaiki kemudian.



#Shahaikal, di Oktober 5th, 2007 pada 9:41 am Kata:

Keadaan akan semakin gawat lagi mulai tahun depan. Bajet 2008 menghapuskan cukai dividen. Ini bermakna para pemegang saham syarikat-syarikat berpotensi akan semakin rakus. Jurang perbezaan kaya — miskin semakin dalam.

Pelik! Pelik! Pendapatan individu yang diperolehi melalui jalan dividen dileppaskan tanpa sebarang cukai tapi pendapatan individu melalui jalan upah (termasuklah gaji sektor awam) dikenakan cukai dan mereka yang ingkar dcari hingga ke lubang cacing dan diheret hingga ke muka pengadilan.

Akhirnya, siapakah yang menang? Siapakah yang menjadi pemunyai kekayaan dan negara Malaysia itu sendiri? Tentulah pemegang saham yang bukan sahaja sudah sedia kaya raya tetapi diperkayarakan lagi oleh bajet negara.

Tidak mustahil negara akan dijajah….sebenarnya, jika ia berlaku, maka inilah kali pertama Malaysia dijajah dan inilah penjajahan yang sebenar. Saya pernah menulis bahawa Malaysia tidak pernah dijajah dan oleh kerana titu tidak sewajarnya diadakan sambutan hari kemerdekaan kerana ia tidak lain dan tidak bukan melainkan hanya satu ’sogokan’ kepada minda masyarakat bahawa mereka lemah dan mereka mempunyai sejarah dan berasal dari yang lemah…dengan demikian mereka kemudian mendendangkan lagu motivasi ‘ingat-ingat asal-usulmu’….[sebenarnya kita perlukan satu hari kebesaran yang menunjukkan kita besar, mampu, bertenaga dan berdaya saing....kita perlukan satu sambutan hari 'kebangsaan'...hari apabila bangsa kita wujud iaitu hari yang menunjukkan betapa pintarnya kita, betapa kuatnya kita, betapa cerdik pandainya kita hinggakan kita mampu membentuk bangsa kita sendiri tanpa bantu pihak lain bahkan terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran]

Kembali kepada persoalan pokok, akan dijajah kita? Sebenarnya kepimpinan negara ini sedang berkempen (tanpa disedari) supaya Malaysia dijajah….itulah hakikatnya.

Wallahu a’lam

SIAPAKAH MAHATHIR? ALL ABOUT MAHATHIR


SEJARAH MAHATHIR


WAWASAN 2020


Baca seterusnya
Perspektif Wawasan 2020.

LAGU BERKILP VIDEO
Mahathir Mohamad A True Hero


TUN DR MAHATHIR DI CNN


MAHATHIR SPEAK ABOUT MALAYSIA PART 1


MAHATHIR SPEAK ABOUT MALAYSIA PART 2


MAHATHIR SPEAK ABOUT MALAYSIA PART 3


June 2008
M T W T F S S
May 2008July 2008
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30