Monday, April 2, 2012 4:12:02 PM
Utusan Online hari ini melaporkan bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali hari ini mendedahkan bukti berlakunya kegiatan memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan oleh beberapa pergerakan Kristian di negara ini. Petikan laporan adalah seperti yang dibawah ini:-
Hasan tayang video bukti wujud pemesongan akidah
02/04/2012 5:39pm
KUALA LUMPUR 2 April – Bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali hari ini mendedahkan bukti berlakunya kegiatan memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan oleh beberapa pergerakan Kristian di negara ini.
Bukti menerusi rakaman video itu ditayangkan kepada media di kediamannya di sini dengan paparan pengakuan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan sekitar 2002.
Rakaman video dengan tiga versi iaitu rakaman tanpa suntingan berdurasi sejam setengah serta rakaman dengan suntingan selama 16 minit dan 42 minit tersebut turut merekodkan pengakuan pasangan berkenaan menjalani upacara pembaptisan di sebuah pangsapuri di ibu negara.
Ujar Hasan, pengakuan pasangan itu jelas membuktikan kegiatan memurtadkan sebahagian umat Islam terutama di kalangan orang Melayu sememangnya berlaku. - UTUSAN
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_18.htm
Sebenarnya isu memesongkan akidah dan kegiatan memurtadkan sebahagian umat Islam bukanlah satu perkara baru dan bukan sekadar berlaku di Malaysia - ia berlaku sejak dahulu dan di seluruh pelosok dunia. Ini jelas seperti yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam surah al-Baqarah, ayat 120 yang bermaksud:-
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
QS:2:120
Justeru itu, kita tidak patut berasa hairan, khuatir dan terancam jika kegiatan seperti itu turut berlaku di Malaysia. Sebaliknya kita haruslah bertanya kepada diri kita sendiri, apakah yang telah kita lakukan demi memastikan dakyah-dakyah luar ini tidak memberi kesan kepada golongan mukminin mukminat dan muslimin muslimat di Malaysia. Kita patut berfikir dan menyusun strategi bagaimana untuk:-
- Mengatasi masalah lebih ramai umat Islam di Malaysia murtad;
- Memperkukuh dan memantapkan keimanan umat Islam di Malaysia;
- Melawan dakwah dan serangan saraf golongan bukan Islam ke atas umat Islam menggunakan kaedah dan pendekatan terbaik (hikmah); dan sebagainya
Al-Quran telah menggariskan kepentingan ilmu dan Rasullah s.a.w telah menjelaskan kewajipan menuntut ilmu. Apakah dengan mendedahkan angka-angka atau menyebutkan ramainya umat Islam telah murtad boleh menyelesaikan masalah yang kita bimbangi itu? Sekurang-kurangnya menyekat penghijrahan aqidah umat Islam kalau tidak dapat mengembalikan mereka yang telah berhijrah itu?
Laporan di atas jelas sekali menunjukkan Datuk Dr. Hasan Ali gagal menunjukkan jalan penyelesaian yang sewajarnya. Saya percaya jika pun seribu kali laporan seperti ini disiar dan diuar-uarkan ia tidak akan mengubah keadaan dan tidak akan menyelesaikan masalah; mungkin lebih mengundang masalah.
Walau bagaimanapun, laporan tersebut harus menjadi ikhtibar kepada semua kaum muslimin dan muslimat di semua peringkat terutama diri saya sendiri, golongan Amir-Amir yang memegang amanah pemerintahan dan pentadbiran negara, para guru dan ibu bapa, imam-imam, cendekiawan dan pendakwah. Janganlah keasyikan kita mengejar sesuatu menyebabkan kita leka terhadap tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi, kerana:-
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang Yahudi, orang-orang Shaabi-iin, orang-orang Nasrani, orang-orang Majusi dan orang-orang musyrik, Allah akan memberi keputusan di antara mereka pada hari kiamat. Sesungguhnya Allah menyaksikan segala sesuatu
QS:22:17
Sesungguhnya orang-orang yang berhijrah aqidah itu adalah kerana hati mereka berpenyakit sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Quran yang bermaksud:-
Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana." Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka karena itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka.
QS:5:52
Dan mereka itulah sebenarnya golongan yang zalim sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-
Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim.
QS:2:145
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!
Friday, March 9, 2012 5:21:38 PM
Eloklah tu...Erykah Badu kan seorang Bintang dan dialah Bintang....
Kerana Erykah Badu, Bintang terpaksa mengadap Menteri, dan Kerana Bintang Konsert Erykah Badu dibatalkan.
Agak-agak, siapa yang salah dan siapa yang patut dihukum?
Sekurang-kurangnya, sinaran Bintang telah mendedahkan siapa sebenarnya Erykah Badu sehingga tindakan sewajarnya diambil terhadap konsert Erykah Badu yang mungkin akan membadutkan ramai remaja kota jika konsert tersebut tidak dibatalkan. Kalau begitu, ucapan terima kasih harus diberikan kepada Bintang kerana berjaya menyekat Bingkisan sampai dan menyelinap di sanubari remaja kota.
Apa salahnya Bintang hingga terpaksa mengadap Menteri? Adakah kerana menyiarkan berita yang betul itu?
Siapakah sebenarnya yang bersalah dan harus dipertanggungjawabkan; Bintang yang menyiarkan berita betul atau Erykah Badu yang mempersendakan tulisan dan kalimat nama Yang Maha Suci di dadanya yang sangat kotor dan menjijikkan itu?
Sepatutnya tindakan tegas patut diambil terhadap Erykah Badu bukan kepada The Star, sebagaimana tindakan tegas pernah diambil oleh sebuah negara ke atas Salman Rushdee kerana Satanic Versis tapi bukan kepada penerbit Satanic Versis itu sendiri.
Erykah Badu sepatutnya diharamkan memijakkan kaki ke bumi Malaysia sampai bila-bila dan menghalalkan darahnya jika didapati berjaya menyorok masuk ke bumi Malaysia. Ini sangat penting untuk menjadi pengajaran kepada mana-mana individu dalam dan luar negara yang cuba mempermain dan mempersendakan kesucian agama Islam.
Sebaliknya pula, The Star wajar menjadi contoh kepada beberapa akhbar kabangsaan yang islamik atas keberaniannya menyiarkan berita dan fakta yang betul sehingga dapat menyedarkan rakyat.
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!
Thursday, March 8, 2012 3:26:03 PM
Mengulas langkah penambahbaikan SSM itu, Perdana Menteri berkata - ia bukti keprihatinan kerajaan yang sentiasa mendengar suara rakyat termasuk kakitangan awam.
DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/ PERDANA MENTERI
"Kerajaan bertanggungjawab prihatin dan dengar keluh-kesah, kenang jasa dan budi penjawat awam. Bukan macam pihak yang mahu buang kakitangan awam".
SBPA yang sepatutnya berkuatkuasa Januari lalu - bertujuan menyemak dan melaras semula gaji kakitangan awam yang dilaksanakan kali terakhir pada 2007.
Ketika itu, mereka menerima kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Bagaimanapun setelah menerima bantahan - 12 Januari lalu, kerajaan mengumumkan SBPA dikaji semula.
http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Bukti_Keprihatinan_Kerajaan.html
Betulkah ini bukti keprihatinan kerajaan?
Dari satu sudut bolehlah dikatakan begitu. Namun dari sudut lain, ini menggambarkan ketidakcekapan kerajaan dalam membuat perancangan. Sesuatu perancangan yang baik dan komprehensif sepatutnya sudah mengambil kira semua aspek nilai faedah perancangan tersebut sebelum diumum dan dilaksanakan. Apa yang berlaku memperlihatkan seolah-olah kerajaan tergesa-gesa sehingga membuat pengumuman mengenainya sebelum diperhalusi secara mendalam. Keadaan ini bukan sahaja bersifat improvisasi malah menunjukkan ketirisan dalam pentadbiran dan pengurusan.
Jikalau, sekalipun hal ini menggambarkan keikhlasan dan keprihatinan kerajaan, tetapi kenyataan tersebut hendaklah keluar daripada pihak ketiga, bukan daripada pihak kerajaan sendiri.
Sesiapa jua yang memerintah boleh mengumumkan sesuatu perancangan (yang memang mustahil dilaksanakan, misalnya Buku Jingga seperti yang diulas oleh beberapa pihak) kemudian menarik atau membatalkannya semula, kemudian membuat kenyataan bahawa pembatalan itu dibuat kerana prihatin dan untuk menunjukkan keprihatinan. Ini sesuatu yang berbahaya dan boleh digunakan sebagai satu taktik untuk mencapai sesuatu tujuan yang akhirnya merugikan banyak pihak.
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!
Artikel Berkaitan:
http://my.opera.com/SHAHAIKAL/blog/cadangan-menambah-usia-persaraan-satu-pand
Wednesday, March 7, 2012 1:56:34 PM
Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim
Percaya kepada kitab adalah Rukun Iman Keempat dalam agama Islam. Kitab yang dirujuk di sini ialah kitab-kitab Allah yang mengandungi wahyu Allah, dan disampaikan kepada rasul-rasul dan para nabi melalui perantaraan malaikat Jibril. Daripada sekian banyak kitab-kitab itu, empat buah kitab utama ialah Kitab Taurat, Kitab Injil, Kitab Zabur dan Kitab Al-Quran Al-Karim.
Apabila kita meneliti kandungan al-Quran, kitab-kitab tersebut adalah merupakan cabutan bab daripada sebuah kitab induk yang dikenali sebagai Lauhul Mahfuz. Lauhul Mahfuz adalah sebuah kitab yang wujud di alam azali yang mengkanunkan sunnatullah terhadap segala ciptaan-Nya.
Ini bermakna, percaya kepada kitab bukan sekadar wajib percaya kepada kitab-kitab yang mengandungi wahyu Allah yang diberikan kepada para nabi dan rasul khususnya empat kitab yang tersebut di atas, tetapi juga wajib percaya akan wujud dan adanya sebuah Kitab Induk iaitu Lauhul Mahfuz atau Loh Mahfuz.
Sebenarnya, selain Lauhul Mahfuz, adalah lagi dua buah kitab di sisi Allah yang menyimpan segala catatan mengenai kerja buat seluruh manusia dan jin. Dua buah kitab tersebut ialah Sijjin dan Illiyin.
Sijjin ialah kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang durhaka, manakala Illiyin ialah kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang berbakti.Dengan itu, terdapat tiga buah kitab induk di sisi Allah iaitu:-
-
Lauhul Mahfuz ialah kitab yang mencatat segala ketentuan Allah terhadap makhluk-Nya,
-
Sijjin ialah kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang durhaka; dan
-
Illiyin ialah kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang berbakti.
Maka, erti dan makna Rukun Islam Keempat iaitu Percaya Kepada Kitab-Kitab itu bukan sekadar wajib percaya kepada Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran serta suhuf dan lembaran-lembaran yang diberikan kepada nabi-nabi seperti Suhuf Nabi Ibrahim, tetapi juga wajib percaya kepada tiga buah kitab induk seperti yang disenaraikan di atas.
Wallahu 'a'lam.
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!