DIESEL SUBSIDI TIDAK LAGI DIJUAL DI STESEN MINYAK
Friday, 25. April 2008, 05:53:33
Utusan Online hari ini menyiarkan berita bertarikh 24 April, mengenai diesel subsidi tidak lagi dijual di stesen minyak.
Berita ini walaupun membantu pihak kerajaan menjimatkan perbelanjaan tetapi sudah pasti membeban pengguna yang selama ini mendapat faedah daripadanya.
Utusan Online menyiarkan bahawa kerajaan menanggung RM33 bilion setahun. Ini bermakna kerajaan menanggung kira-kira RM2.75 bilion atau RM2,750 juta sebulan atau RM91.67 juta sehari, satu perbelanjaan yang besar. Maka langkah kerajaan untuk memastikan diesel subsidi hanya diterima oleh kumpulan sasar yang berkelayakan sangatlah wajar dan adil kepada semua pihak.
Walau bagaimanapun, selain daripada memikirkan kaedah penyaluran bekalan yang berkesan, kerajaan juga perlu memikirkan kaedah penguatkasaan yang juga berkesan bagi mengelakkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada kelemahan sistem yang bakal dilaksanakan.
Persoalan sekarang ialah bagaimanakah kerajaan menyalurkan diesel subsidi supaya betul-betul sampai dan hanya diterima oleh yang berkelayakan.
Pada hemat saya, cara terbaik menyalurkan diesel kepada kumpulan sasar ialah melantik panel pengedar di seluruh negara, dan agensi paling sesuai dilantik ialah organisasi berbentuk koperasi iaitu perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1993. Ia bukan sahaja memudahkan pihak kerajaan membuat kawalan dan penyeliaan bagi mengurangkan penyelewangan ddaripada berlaku, malah turut memberi ruang dan peluang kepada koperasi untuk berkecimpung dalam bidang baru ini (industri pemasaran/petroleum) seterusnya membolehkan koperasi mengembangkan perniagaannya. Banyak lagi kebaikan yang anda boleh fikirkan sendiri sekiranya agensi koperasi dilantik menjadi panel pengedar diesel subsidid kerana seperti yang kita tahu, koperasi di Malaysia mempunyai jumlah anggota yang lumayan ramai.
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

How to use Quote function: