FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

GURU TUNTUT IMBUHAN BISP


Salam Sejahtera! Selamat Berpuasa!

Waktu saya menulis ini, umat Islam di Malaysia baru selesai melaksanakan solat sunat Tarawih malam pertama Ramadan 1430/2009M.

Dalam bulan mulia ini, saya mencari-mari formula pendidikan untuk saya implimentasikan ke atas tiga orang anak saya; dengan harapan mudah-mudahan kecemerlangan mereka dalam pelajaran bertambah cemerlang di bulan Ramadan ini. Maka saya mencarilah maklumat dalam Portal Pendidikan Utusan (PPU).

Terjumpa pula saya tajuk di atas, yang ditulis oleh MARZITA ABDULLAH disiarkan dalam ruangan ISU SEMASA PPU.

Hmm...macam terasa pelik juga membaca artikel tersebut. Kenapa tidak? Kalaulah skim perkhidmatan guru tidak mempunyai sifir tangga gaji dan skop kerja yang telah ditetapkan, maka saya tidak hairan membacanya. Tetapi saya percaya semua skim perkhidmatan sektor awam termasuk perkhidmatan guru, sudah mempunyai sifir gaji (termasuk elaun-elaun yang berkaitan) serta skop tugas utama sesuatu jawatan itu telah diwartakan.

Maka perlukah tuntutan sedemikian dimajukan, diterima dan dilayan? Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan murid-murid yang pintar adalah mereka yang belajar di sekolah jenis kebangsaan (kalau di Sandakan, Sabah) dan mereka juga mengikuti tusyen di luar bilik darjah bagi ibu bapa yang mampu. Tusyen ini sama ada dikendalikan oleh guru pakar atau individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam subjek terbabit.

Bagi ibu bapa yang tidak mampu membayar guru tusyen atau individu pakar ini, maka merekalah (ibu bapa itu) yang menjadi tutor anak-anak mereka.

Justeru kecemerlangan seseorang murid di sekolah bukan 100% disebabkan oleh pengajaran guru di sekolahnya. Bahkan pengajaran ibu bapa lebih berkesan daripada pengajaran guru.

Justeru itu, sepatutnya yang lebih berhak menuntut elaun BISP ialah ibu bapa yang telah berjaya mendidik dan mengajar anak-anak mereka lebih berkesan daripada guru itu.

Guru (Sekolah)... jangan asyik berbangga jika anak murid anda cemerlang dalam keputusan sesuatu peperiksaan kerana mungkin murid itu cemerlang disebabkan oleh tusyen yang dibuat oleh ibu bapanya atau individu pakar dalam subjek tertentu...dan jangan asyik menyalahkan ibu bapa jika anak murid anda tidak berdisiplin kerana kegagalan guru (sekolah) memberi pendidikan berkesan.


FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!


# Entri ini disunting pagi ini, kira-kira lapan jam selepas disiarkan



SURAU DALAM TANDAS VS TANDAS DALAM SURAUSAMBUTAN HARI MERDEKA: MASIH RELEVANKAH LAGI?

Comments

Unregistered user Sunday, October 18, 2009 7:08:10 AM

Anonymous writes: Anak , kalau tidak berdisiplin. itu tanggungjawab ibu bapa sepenuhnya.Pantau setiap masa. guru tolong membimbing, terima kasih untuk itu. elaun yang guru pohon, itu urusan guru dengan kerajaan. kalau pengajaran ibu bapa lebih berkesan dari guru. Apalagi takyah hantar anak kesekolah, ajar sahaja di rumah. coretan dari seorang ibu dan masih menghargai apa yang diajar oleh ibu bapa serta guruku.

Unregistered user Monday, May 17, 2010 1:30:07 PM

Anonymous writes: terima kasih atas segala komen yang membina itu...saya percaya saudara tidak berada di dalam perkhidmatan kerajaan,kerana jika saudara adalah anggota kerajaan,maka saudara akan lebih faham tentang imbuhan-imbuhan yang diberikan...doktor, jurutera mahupun jururawat mempunyai elaun mereka sendiri...jadi tidak salah jika jawatan guru juga mempunyai elaun yang sepertinya... tentang guru berbangga dengan anak didiknya jika mendapat keputusan cemerlang,...jika anak muridnya berjaya dengan cemerlang, guru hanya menumpang gembira...kerja mesti diteruskan begitu juga hidup...guru tidak hidup dengan hanya 3 4 kerat pelajar-pelajarnya mendapat keputusan cemerlang... get ur mind right dulu baru boleh nak paparkan ape yang tersirat di dalam minda supaya kita tidak dikatakan tidak berakal dan berilmu. Buka mata dan minda anda. Terima kasih1

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30