Wednesday, 25. March 2009, 16:01:50
Setelah tinggal beberapa saat untuk melangkah ke tanggal 26 Mac 2009, keputusan pemilihan semua tiga sayap kanan UMNO telah diketahui. Berita Harian Online menyiarkan pemenang calon-calon yang bertanding di bawah tajuk-tajuk dan pada waktu-waktu berikut:-
* Razali menang Naib Ketua Pemuda 23:24 PM
* Rosnah menang Ketua Puteri, Shahanim naib ketua 23:00 PM
* Shahrizat menang Ketua Wanita Umno 21:11 PM
* Khairy menang Ketua Pemuda Umno 23:27 PM
* Razali menang Naib Ketua Pemuda 23:26 PM
* Rosnah menang Ketua Puteri, Shahanim naib ketua 23:01 PM
* Shahrizat menang Ketua Wanita 21:12 PM
Tahniah kepada para perwakilan kerana telah menunaikan satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Semoga kebijaksanaan yang sama digunakan dalam memilih MT sebelum Persidangan UMNO menutup jendelanya pada 28 Mac 2009, selepas pemilihan MT selesai.
Dan semoga hari-hari selepas 28 Mac 2009 memberi ketenangan bukan sahaja kepada perwakilan tetapi kepada calon-calon yang bertanding.
Namun, melihat kepada perkembangan semasa sejak PRU-12, tidak mustahil beberapa laporan polis kelak akan tersiar memenuhi dada-dada akhbar dalam satu dua hari ini. Apa pun yang akan berlaku, semoga ia tidak akan menjejaskan lagi kegawatan yang sedang dialami negara pada masa ini.
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!
Friday, 6. March 2009, 19:24:09
Tajuk artikel ini bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ia adalah klise yang telah menunjangi minda Melayu sejak beberapa lama.
Meskipun tajuk ini tergolong sebagai klise tetapi 'roh'nya tidak harus turut melapuk dek ditelan zaman. Dikatakan bahawa ungkapan 'tak kan Melayu hilang di dunia' adalah ungkapan yang pernah dilafaz oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka. Zaman Kesultanan Melaka adalah rujukan kepada permulaan institusi Raja dan Sultan di Alam Melayu.
Hal ini turut disebut dalam Buletin Utama TV3 malam ini, yang menyatakan institusi Raja/Kesultanan Melayu telah bermula 600 tahun yang lalu.
Kenapa Buletin Utama TV3 menyiarkan berita ini? Kerana pada hari ini bangsa Melayu mengalami pergolakan dalaman hinggakan ada orang Melayu sendiri yang tidak lagi beradat terhadap Raja dan Sultan mereka. Perkara inilah juga yang menjadi kandungan dalam titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa merasmikan Masjid Petaling Jaya, seperti yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3.
Jika orang Melayu pada hari ini, yang baru 50 tahun memerintah negeri dan negara sendiri sudah berbalah, sudah lupa asal usul, sudah 'biadab', maka bagaimanakah Melayu itu tak akan hilang di dunia? Orang Melayulah yang kena berfikir dan orang Melayulah yang kena membuat keputusan.
Melihat kepada apa yang berlaku selepas PRU-12, orang Melayu mula berani menentang Sultan dan Raja bermula daripada Pak Lah apabila beliau menentang Pelantikan Menteri Besar Trengganu oleh Istana, sebaliknya mempertahankan keputusannya yang telah melantik mantan Menteri Besar untuk kekal menjadi Menteri Besar. Kejadian seterusnya yang berlaku di Perak.
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana apa yang berlaku sudah tentu ada hikmah yang paling besar di sebaliknya. Tetapi sebagai orang Melayu saya teramat risau melihat perkembangan yang berlaku.
Justeru itu, saya mencadangkan supaya Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Dewan-Dewan Parlimen tidak diketuai oleh 'orang politik' sebaliknya ia mesti diketuai oleh 'orang Istana'. Saya mencadangkan agar Speaker-Speaker Dewan dilantik oleh Yang Dipertuan Agung, Raja atau Sultan dari kalangan orang-orang Istana yang tidak terlibat dalam politik. Cadangan ini mungkin dilihat tidak masuk akal. Tetapi untuk mewujudkan keadaan yang adil kepada semua pihak khususnya wakil rakyat dan badan Eksekutif, saya berpendapat cadangan ini sangat relevan. Ia juqa penting untuk mengekalkan ketuanan Melayu dan bagi memastikan cita-cita Laksamana Hang Tuah lebih 600 tahun dahulu itu tercapai.
Saya amat yakin apabila Speaker-Speaker Dewan-Dewan Undangan dan Parlimen dilantik oleh Sultan atau Raja dari kalangan 'orang Istana' maka hampir pasti bahawa 'tak kan Melayu hilang di dunia'.
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!
Friday, 6. March 2009, 19:23:16
Tajuk artikel ini bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ia adalah klise yang telah menunjangi minda Melayu sejak beberapa lama.
Meskipun tajuk ini tergolong sebagai klise tetapi 'roh'nya tidak harus turut melapuk dek ditelan zaman. Dikatan bahawa ungkapan 'tak kan Melayu hilang di dunia' adalah ungkapan yang pernah dilafaz oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka. Zaman Kesultanan Melaka adalah rujukan kepada permulaan institusi Raja dan Sultan di Alam Melayu.
Hal ini turut disebut dalam Buletin Utama TV3 malam ini, yang menyatakan institusi Raja/Kesultanan Melayu telah bermula 600 tahun yang lalu.
Kenapa Buletin Utama TV3 menyiarkan berita ini? Kerana pada hari ini bangsa Melayu mengalami pergolakan dalaman hinggakan ada orang Melayu sendiri yang tidak lagi beradat terhadap Raja dan Sultan mereka. Perkara inilah juga yang menjadi kandungan dalam titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa merasmikan Masjid Petaling Jaya, seperti yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3.
Jika orang Melayu pada hari, yang baru 50 tahun memerintah negeri dan negara sendiri sudah berbalah, sudah lupa asal usul, sudah 'biadab', maka bagaimanakah Melayu itu tak akan hilang di dunia? Orang Melayulah yang kena berfikir dan orang Melayulah yang kena membuat keputusan.
Melihat kepada apa yang berlaku selepas PRU-12, orang Melayu mula berani menentang Sultan dan Raja bermula daripada Pak Lah apabila beliau menentang Pelantikan Menteri Besar Trengganu oleh Istana, sebaliknya mempertahankan keputusannya yang telah melantik mantan Menteri Besar untuk kekal menjadi Menteri Besar. Kejadian seterusnya yang berlaku di Perak.
Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana apa yang berlaku sudah tentu ada hikmah yang paling besar di sebalinya. Tetapi sebagai orang Melayu saya teramat risau melihat perkembangan yang berlaku.
Justeru itu, saya mencadangkan supaya Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Dewan-Dewan Parlimen tidak diketuai oleh 'orang politik' sebaliknya ia mesti diketuai oleh 'orang Istana'. Saya mencadangkan agar Speaker-Speaker Dewan dilantik oleh Yang Dipertuan Agung, Raja atau Sultan dari kalangan orang-orang Istana yang tidak terlibat dalam politik. Cadangan ini mungkin dilihat tidak masuk akal. Tetapi untuk mewujudkan keadaan yang adil kepada semua pihak khususnya wakil rakyat dan badan Eksekutif, saya berpendapat cadangan ini sangat relevan. Ia juqa penting untuk mengekalkan ketuanan Melayu dan bagi memastikan cita-cita Laksamana Hang Tuah lebih 600 tahun dahulu itu tercapai. Saya amat yakin apabila Speaker-Speaker Dewan-Dewan Undangan dan Parlimen dilantik oleh Sultan atau Raja dari kalangan 'orang Istana' maka hampir pasti bahawa 'tak kan Melayu hilang di dunia'.
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!
Thursday, 19. February 2009, 18:46:47
Pada tahun 2003 saya menerima sebuah email yang ditujukan kepada Puteri UMNO khususnya dan seluruh orang Melayu amnya. Pengirim asal email mendakwa kandungan email tersebut adalah terjemahan daripada sebuah artikel yang disiarkan dalam satu majalah berbahasa Cina di London.
Antara kandungan email tersebut ialah rancangan jahat yang cuba menghancurkan Malaysia dengan berteraskan beberapa strategi. Antara lain strategi tersebut adalah seperti berikut:-
- Lemahkan ekonomi orang Melayu
- Lemahkan sistem keselamatan
- Lemahkan sistem kehakiman
- Wujudkan situasi orang Melayu tidak lagi percaya kepada sultan/raja mereka
Strategi pertama itu dilakukan dengan ‘meneruskan pemberian saham-saham kosong’ kepada orang Melayu sebagai satu dodoian kerana sifat semula jadi orang Melayu mudah dipujuk dengan wang. Termasuk juga dalam strategi ini ialah membina lebih banyak rumah mewah di kawasan Bandar. Orang Melayu tidak mempunyai kuasa beli yang kompetetif terhadap rumah mewah dengan itu mereka dapat menguasai tanah Melayu tajakan tanah tapak perumahan di Bandar.
Strategi kedua pula dilakukan dengan mewujudkan ‘kekecamukan’ dalam pasukan polis untuk menimbulkan keraguan dan kegelisahan orang ramai terhadap kewibawaan pasukan keselamatan itu. Jika orang ramai sudah tidak percaya kepada polis, mereka akan bertindak dan sudah tentu pasukan polis tidak dapat mengawalnya. Selain daripada pasukan polis, agensi-agensi lain yang terlibat dalam penguatkuasaan turut menjadi perhatian, termasuklah pasukan tentera.
Strategi ketiga dilakukan dengan cuba melemahkan sistem kehakiman. Stragtegi keempat pula ialah mewujudkan keadaan di mana orang Melayu tidak lagi yakin dan percaya kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu.
Jika diamati apa yang berlaku dalam Negara kita dalam tempoh 10 tahun ini, kandungan email tersebut sukar dinafikan. cakap-cakap kaki lima pada satu ketika dahulu membualkan hal ramai orang Melayu dilantik menjadi pengerusi konglomerat yang memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada bukan Melayu semata-mata untuk mendapatkan faedah daripada keistimewaan orang Melayu. Kita juga telah melihat bagai dua pasukan keselamatan yang paling berwibawa hampir berlaga sesama sendiri apabila PDRM menyiasat BPR dan BPR pula menyiasat PDRM pada masa yang sama. Kita juga telah melihat nama baik sistem kehakiman yang cuba dicemari dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan. Hari ini kita melihat bagaimana kesetiaan rakyat Melaysia khususnya orang Melayu, kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu, diuji di medan politik di negeri Perak.
Kita tahu dan sedar Sultan dan Raja adalah Ketua Turus Angkatan Tentera. Bayangkan apabila orang Melayu tidak lagi menjunjung kasih kepada Sultan dan Raja, apabila Sultan dan Raja sudah tidak dipandang dan diiktiraf, lalu bagaimana Sultan atau Raja itu berkuasa memberi arahan kepada pasukan tentera yang menjadi tulang belakang menjaga kedaulatan Negara?
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!
Thursday, 1. January 2009, 18:05:28
Baru beberapa minit tadi detik 12 malam berlalu. Menandakan hari pertama daripada 365 hari untuk pusingan kalendar 2009 berakhir. Sepatutnya hari ini kita telah mencapai sesuatu yang lebih baik daripada semalam supaya dengan itu kita dapat meningkatkannya lagi pada besok hari. Demikianlah sepatutnya kita tinggalkan tahun 2008 dengan sesuatu kejayaan yang lebih baik daripada tahun 2007 supaya dengan kejayaan itu kita dapat melakar kejayaan yang lebih baik pada tahun 2009 ini.
Untuk mencapai sesuatu kejayaan, ia tidak akan datang bergolek. Ia perlu diusahakan. Namun mengusahakan sesuatu tanpa ilmu boleh menjerumuskan kita kepada suatu kerugian. Ilmu adalah pangkal untuk kita mencapai kejayaan. Hanya dengan ilmu kita dapat memperbaiki pencapaian hari ini berbanding prestasi semalam. Dan hanya dengan ilmu kita mampu melangkah lebih jauh pada hari esok untuk menagih suatu kejayaan yang lebih baik.
Di Malaysia, dua tiga hari yang lalu telah diumumkan keputusan Peperiksaan Menengah Rendah yang menjadi ujian tahap pencapaian murid sekolah menengah di Tingkatan Tiga. Difahamkan pencapaian tahun 2008 berbanding tahun 2007 adalah lebih baik. Tahniah kepada seluruh golongan pendidik di seluruh negara. Tanpa tunjuk ajar dan dedikasi kalian, sudah tentu murid-murid ini tidak akan mampu mencapai apa yang telah mereka capai dalam PMR baru-baru ini. Peratusan kelulusan yang lebih baik ini telah menggembirakan banyak pihak - ibu bapa, murid, guru, sekolah hinggalah ke peringkat Kementerian Pelajaran.
Namun di sebalik ramai yang cemerlang itu, ada juga yang tidak berjaya. Mungkin juga ada yang cemerlang semasa UPSR dahulu tetapi tidak menyerlah dalam PMR. Mereka ini bukan sahaja malang tetapi gagal mengekalkan prestasi terbaik mereka pada peringkat UPSR. Jika pencapaian PMR mereka sudah lemah berbanding prestasi UPSR mereka, bagaimanakah mereka dapat meningkatkan mutu pembelajaran mereka untuk menghadapi SPM kelak?
Justeru itu sesuatu harus dilakukan kepada golongan ini. Kaedah perlu dicari untuk mengurangkan jumlah murid yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ini. Di sesetengah tempat - hingga kini - ada murid di tahap Tingkatan Satu atau Dua yang masih tidak pandai membaca. Mereka ini bakal kecundang dalam PMR 2009 ini. Tetapi siapa yang bersedih atas kelemahan mereka itu?
Pada hemat saya, sudah tiba masanya pencapaian penyampaian pendidikan juga harus dilihat dari sudut 'sejauh mana penurunan peratus dan bilangan murid yang gagal ini telah dapat ditangani' - bukan semata-mata melihat sejauh mana peningkatan peratus dan bilangan murid yang cemerlang.
Hal ini amat mustahak kerana secara semulajadinya tidak ada orang yang mahu gagal atau tercicir. Tetapi kenapa masih ada yang gagal atau lemah pada hal pelbagai kemudahan telah disediakan? Kita tidak sepatutnya berasa kagum dan bangga apabila ramai pelajar kita yang cemerlang kerana itu sudah menjadi matlamat setiap murid (orang belajar) untuk berjaya dengan cemerlang - dan itulah yang kita kehendaki. Tetapi kita mesti bersedih dan tidak berpuas hati jika kita gagal mencantas kegagalan dari membelenggu kalangan anak-anak kita kerana 'kegagalan' itu bukan tujuan mereka dan kita tidak menghendakinya. Oleh sebab itu, prestasi 'kegagalan' yang direkodkan harus menjadi penunjuk utama pencapaian penyampaian pengajaran dan pembelajaran dalam sistem pendidikan di negara kita, sesuai dengan tujuan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri iaitu untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada murid yang belajar.
« Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 ... 21 Next »
Showing posts 16 -
20 of 103.