ARTIKEL "RAMALAN: EKONOMI MALAYSIA MELESET PADA 2009-2013 & 2020 - 2024" DICIPLAK
Friday, May 22, 2009 2:52:01 PM
Ramalan: Ekonomi Malaysia Meleset Pada 2009-2013 & 2020 - 2024 October 10th 2008 | Posted by Cyber_Swod Pada Januari 2008 saya meramalkan bahawa ekonomi Malaysia akan mengalami kemelesetan pada 2009–2013 dan 2020–2024. Saya membuat ramalan ini berdasarkan intuisi semata-mata tanpa disokong oleh fakta, tetapi terdorong setelah mengamati graf yang menunjukkan tren kitaran perniagaan di Malaysia sejak 1966 hingga 2000.
Hari ini saya mendapati artikel tersebut telah diplagiat atau diciplak bulat-bulat (dengan hanya menukar tahun 2006 itu kepada 2008)oleh sebuah laman web, tanpa memberi kredit kepada blog FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR! Pembaca boleh memeriksa artikel saya yang diciplak itu di MassInside.com.
Saya menemui artikel saya diciplak apabila saya memeriksa aliran trafik ke atas blog FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR! pada hari ini, sejurus sebelum saya menulis artikel ini.
Saya mohon agar pihak yang berkenaan menarik balik artikel tersebut daripada laman web mereka atau menyiarkan artikel tersebut dengan menyebutkan dengan jelas sumber rujukan mereka. Di bawah ini saya petik screenshot sebahagian paparan laman web tersebut.
Saya tidak hairan jika seseorang mempunyai daya fikir yang sama seperti saya kerana itu tidak mustahil. Bahkan orang-orang Melayu/Islam mempunyai kepercayaan bahawa setiap orang individu mempunyai 'ENAM' orang lain yang sama seperti dia (klon azali) - bermakna kesemuanya ada 'TUJUH' orang serupa. Tetapi kalau semua perkataan yang tertulis pun 'sama', maka itu bukan lagi kerana 'klon azali' tetapi sesuatu yang disengajakan atau dengan perkataan lain diplagiat atau dalam bahasa kasarnya ditiru atau diciplak.
Kepada yang berkenaan, sila hubungi saya sekiranya anda telah melakukan perubahan ke atas artikel yang telah anda 'rompak' itu sama ada memadam (delete) atau merujukkan kepada sumber asalnya, supaya saya boleh hapuskan artikel ini pula.
[b][i]Kepada pembaca setia blog FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!, apa pendapat anda mengenai peniruan/perompakan terhadap artikel di atas? Beri pendapat, cadangan atau komen anda dalam ruangan 'comments'[/i][/b]
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!








Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Sunday, June 21, 2009 6:15:04 PM
Cyber_Sword,
Jangan jatuhkan maruah anda dek perbuatan anda yang rakus ini. Untuk makluman anda, Blog FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR! dilayari oleh pengunjung dari seluruh dunia, dengan lebih tepat lagi, dari California (USA), Eropah, Australia, Vietnam, Indonesia selain Malaysia sendiri. Mungkin esok mungkin lusa pengunjung blog FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR! akan bertambah meluas lagi dari segi jumlah pelawat mahupun jumlah negara pelawat.
Justeru itu, ambillah tindakan sewajarnya untuk meningkatkan kredibiliti diri anda sebagai blogger dan blog anda sebagai sumber rujukan.
Unregistered user # Tuesday, September 22, 2009 5:51:56 PM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Friday, October 8, 2010 1:20:31 PM
Dalam al-Quran ada ditegaskan beberapa kali dengan pertanyaan berikut, "adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?".
Bagi umat Islam, adakah lagi rujukan lain yang lebih baik daripada al-Quran?
Maka jelaslah jawapannya ialah ilmu pengetahuan. Kita perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk kemahiran teknik dan vokasional. Hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja kita boleh menangkis segala ujian dan dugaan dalam hidup.
Terima kasih.