FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

ENAM INDERA MANUSIAWI


Sehingga hari ini, kita mengenal dan yakin bahwa manusia mempunyai pancaindera atau lima indera iaitu (1) penglihatan (pandangan), (2) dengar, (3) rasa, (4) hidu, (5) sentuh. Kelima-lima indera ini menggunakan lima deria untuk berfungsi seperti yang berikut:-

1. Deria pandang untuk fungsi indera melihat iaitu mata
2. Deria dengar untuk fungsi indera mendengar iaitu telinga
3. Deria rasa untuk fungsi indera merasa iaitu lidah
4. Deria bau untuk fungsi indera menghidu iaitu hidung; dan
5. Deria sentuh untuk fungsi indera menyentuh iaitu kulit.

Lima indera atau pancaindera ini adalah temuan hasil kajian saintis non-Islam yang telah ditanamkan dalam minda kita sejak zaman penjajahan lagi hingga kini. Oleh kerana saintis yang mengemukakan temuan ini adalah non-Islam, maka ia sudah tentu tidak mengambil kira ciri-ciri manusia sebagai insan. Dan logika turut membuktikan bahawa temuan tersebut adalah benar; jika manusia dilihat dari sudut haiwani semata-mata. Akan tetapi Islam meletakkan manusia pada satu tingkat yang paling tinggi berbanding haiwan; manusia bukan sekadar haiwan yang istimewa tetapi juga adalah makhluk yang dimuliakan.

Justeru itulah Islam memandang manusia sebagai insan iaitu haiwan yang dimuliakan. Maka sebagai haiwan yang dimuliakan, manusia sudah tentulah wajib mempunyai perbezaan bilangan indera dengan haiwan-haiwan lain. Sejauh yang saya boleh fahami dari sudut pandangan Islam, selain daripada lima indera tersebut di atas, terdapat satu lagi indera yang ada pada manusia – indera yang keenam.

Indera keenam bagi seseorang manusia ialah fikir. Indera fikir ini sangat penting dan sangat diperlukan oleh manusia untuk membuat pertimbangan buruk atau baik. Bahkan tanpa indera fikir kelima-lima indera haiwani manusia seperti dikemukakan oleh saintis non-Islam itu tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Indera dan deria keenam ini adalah raja segala indera dan deria yang dianugerahkan kepada manusi oleh Allah yang telah menciptakannya.

Seperti juga indera-indera yang lain itu menggunakan alat deria tertentu untuk ia berfungsi, indera fikir juga turut menggunakan alat deria tertentu pula. Deria untuk fungsi indera fikir ini ialah deria akal. Maka indera dan deria keenam bagi seseorang manusia sebagai insan ialah:-

6. Deria akal untuk fungsi indera berfikir iaitu otak

Indera dan deria inilah yang menjadikan manusia sebagai insan iaitu haiwan yang dimuliakan atau insani. Dan indera dan deria inilah yang membezakan antara manusia sebagai insan (haiwan dimuliakan) dengan haiwan-haiwan lain sebagai binatang. Justeru itu, kegagalan menggunakan indera dan deria yang keenam ini akan menyebabkan manusia lebih hina daripada haiwan sebagai binatang.

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa indera dan deria keenam ini sangat diketahui oleh cendekiawan dan ilmuan non-Islam tetapi mereka menyembunyikan kepentingannya daripada umat Islam. Bahkan mereka cuba mengelirukan umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai istilah psycho- itu dan ini bagi menjauhkan umat Islam daripada Kitab Suci al-Quran yang menjadi pedoman keislamannya, yang mengandungi sangat banyak anjuran menggunakan indera dan deria yang keenam ini.

Bersesamalah kita memikirkannya.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!


KLIP FILEM FITNA: MOTIF DAN PENGAJARANSEBULAN SUDAH BERLALU

Comments

Unregistered user Friday, July 24, 2009 2:35:11 PM

Nomie writes: Salam.. Nice to c ur blog..It's help me a lot in doing my lesson planning Pendidikan Kesihatan. I know u better coz i ex MPS staff..he..he.. Good luck

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Friday, July 31, 2009 12:30:29 PM

Salam 1 Malaysia,

Terima kasih kerana meninggalkan komen dalam blog Fikir! Fikir! dan Fikir!...so, now you're on the way to complete your Health Education Project!...semoga berjaya...semasa saya belajar Pendidikan Kesihatan dulu, kami lebih menggunakan model perubahan Maslow (Abraham Maslow). Mungkin sekarang sudah banyak model atau teori islamik yang dihasilkan oleh cendekiawan Islam berasaskan kajian saintifik yang berpandu pada al-Quran dan Hadis.

Saya sendiri telah menemui beberapa teknik dan rahsia 'mendidik yang berkesan' darpada al-Quran dan Hadis. Setakat ini saya sangat berpuas hati dan sangat yakin dengan kaedah ini kerana ia berasaskan al-Quran dan Hadis. Saya telah praktikkan dan terapkan dalam mendidik tiga orang anak saya (seperti yang Nomie tahu), dan hasilnya sangat berkesan.

=> Anak saya yang nombor dua, perempuan, memakai tudung sejak usia empat tahun tanpa disuruh oleh sesiapa;

=> Ketiga-tiga orang anak saya menyambut kedatangan saya apabila balik dari kerja dan mereka berebut-rebut membukakan kasut saya, tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka melakukan ini sejak usia awal iaitu sebelum masuk tadika lagi;

=> Anak sulung saya, laki-laki dan anak nombor dua sudah membaca pada usia empat tahun iaitu sebelum masuk tadika.

Hmm...saya ceritakan ini bukan kerana saya bangga atas keupayaan saya mendidik anak-anak tetapi saya hendak meyakinkan para pengunjung blog Fikir! Fikir! dan Fikir! bahawa teknik pengajaran dan pendidikan berasaskan al-Quran dan Hadis sangat berkesan.

Kalau Nomie ada rancangan nak ambil ijazah lanjutan dalam pendidikan, saya sedia berkongsi informasi demi menegakkan kebenaran al-Quran dan Hadis - Nomei boleh lanjutkan kajian terhadap apa yang telah saya temui itu...

Terima kasih sekali lagi...semoga berjaya!...

Unregistered user Sunday, May 16, 2010 8:02:02 PM

andrew writes: bagi pendapat saya deria keenam itu memang berfikir tapi hakikatnya blm yang dapat tahu sbnarnya fungsinya kerana bagi pendapat sy yang mempunyai deria keenam byk maksud:- antarnya yang penah diceritakan adalah:- 1)seseorang itu boleh melihat dunia roh 2)bercakap menggunakan gerak hati kepada seseorang 3)dapat meramal mimpi dan dunia nyata 4)sentiasa berasa was was pada alam sekitar 5)dapat mendegar bunyi walaupun sudah tdor lena tapi seakan mimpi 6)sentiasa berasa diri dipandang oleh sesuatu walaupun sendirian kesemuan ini adalah satu daripada deria keenam, jika diletakkan deria keenam berfikir, semua manusia didunia ada otak untuk berfikir. deria keenam adalah deria yang sesetngah shja yang boleh rasa tetapi masih belum ketahui keistimewaan diri tersebut. so far, orang yang berjaya dan bijak juga tidak mampu mempunyai deria keenam. manusia yang ada deria keenam adalah manusia yang dicipta untuk melihat benda yang aneh2 dan pelik. mata mereka mampu melihat benda halus, suci dan kuat. biasanya mereka mempunyai deria keenam berasa sangat takut, geli, pemarah, tertekan dan cepat putus asa.

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Friday, October 8, 2010 12:32:22 PM


Saya tidak mengatakan deria keenam itu berfikir. Tetapi saya mengatakan deria keenam itu ialah akal. Sebagaimana deria pancaindera (deria untuk lima indera) mempunyai alat dan fungsi khusus masing-masing, demikianlah juga dengan deria akal ini. Berfikir adalah perbuatan akal. Apabila akal berkerja, pekerjaan itu adalah berfikir. Apakah organ deria keenam ini? OTAK.

1. Deria pandang untuk fungsi indera melihat iaitu mata;
2. Deria dengar untuk fungsi indera mendengar iaitu telinga;
3. Deria rasa untuk fungsi indera merasa iaitu lidah;
4. Deria bau untuk fungsi indera menghidu iaitu hidung; dan
5. Deria sentuh untuk fungsi indera menyentuh iaitu kulit; serta
6. Deria akal untuk fungsi indera berfikir iaitu otak.

Deria bermaksud alat perasa, iaitu alat yang digunakan untuk mengenal pasti, menjangka, meneka dan mengetahui. Alat perasa ini mempunyai organ tertentu yang khusus. Enam deria di atas menggunakan enam jenis organ khusus.

1. Mata -> untuk melihat: deria pandang;
2. Telinga -> untuk mendengar: deria dengar (ada juga yang mengatakan deria bunyi);
3. Lidah -> untuk merasa: deria rasa;
4. Hidung -> untuk menghidu: deria bau;
5. Kulit -> untuk menyetuh: deria sentuh; dan
6. Otak -> untuk berfikir: deria akal.

Semua organ di atas ada pada setiap haiwan secara fisiologinya. Istimewanya manusia, seperti yang ditegaskan dalam al-Quran, manusia adalah makhluk (haiwan) istimewa yang dikurniakan akal. Akal inilah yang menjadikan manusia dimuliakan, dan akal inilah yang membezakan manusia daripada binatang-binatang lain dalam kelas haiwan itu. Dan akal ini jugalah yang menyebabkan manusia dihinakan sehingga lebih hina daripada binatang-binatang itu.

Orang yang ada mata tapi tidak melihat apa yang ada di hadapannya boleh menyebabkannya melanggar adangan di hadapannya (tersandung). Tabiat ini dicelah dalam budaya Melayu sehingga digambarkan dalam peribahasa "kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk (depan) mata tiads nampak". Bidalan ini adalah untuk mencemuh perangai orang yang suka menyebarkan keburukan orang lain sedangkan dia sendiri lebih teruk aibnya daripada aib orang yang disebarkannya itu.

Orang yang ada telinga tetapi tidak mendengar apa yang dicakapkan kepadanya boleh menyebabkannya rugi. Tabiat ini juga dicelah dalam budaya Melayu sehingga digambarkan dalam bidalan "telinga kuali".

Orang yang ada lidah tetapi tidak mahu merasa makanan yang dihidangkan kepadanya, boleh menyebabkannya kempunan.

Orang yang ada hidung tetapi tidak mahu menghidu boleh mendedahkan dirinya terdedah kepada bahaya atau terlepas peluang.

Orang yang ada kulit tetapi tidak menyentuh hanya akan merugikan dirinya sendiri.

Mata, telinga, lidah, hidung dan kulit adalah lima senjata paling penting bagi seorang saintis atau ahli sains. Lima senjata ini menjadi alat utama untuk mencerap sebarang uji kaji yang dilakukannya. Namun demikian tanpa otak yang membolehkan manusia berfikir, sebarang hasil cerapan akan menjadi catatan atau nota semata-mata tanpa sebarang kesimpulan. Di sinilah deria keenam itu diperlukan, iaitu untuk membolehkan apa-apa hasil cerapan itu dianalisis dan disimpulkan sehingga menjadi satu teori, seterusnya teori itu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Tentang yang boleh nampak segala yang ghaib, boleh dengar segala macam suara, boleh bercakap menggunakan gerak hati, dapat meramal mimpi dan sentiasa was-was itu tidak boleh dikatakan deria dan ia bukan deria. Pada saya, itu adalah natijah daripada penggunaan deria (iaitu hasil atau kesan daripada penggunaan deria).

Akhir bulan lalu saya melatih Mohd. Shahrul Alam Shah (anak sulung kami) bagaimana melihat menggunakan telinga, dan mendengar menggunakan mata, berbantukan deria keenam iaitu akal/otak. Dalam keadaan lazim kita melihat menggunakan mata, dan kita mendengar menggunakan telinga.

Semua orang di dunia ada otak untuk berfikir. Itu memang benar sebagaimana juga semua orang di dunia ada mata untuk melihat, ada telinga untuk mendengar, ada lidah untuk merasa, ada hidung untuk menghidu dan ada kulit untuk menyentuh.

Semua orang yang ada mata boleh melihat tetapi tidak semestinya dia dapat melihat (boleh nampak) dan mampu melihat. Semua orang yang ada telinga boleh mendengar tetapi tidak semestinya dia dapat mendengar dan mampu mendengar. Semua orang yang ada lidah boleh merasa tetapi tidak semestinya dia dapat merasa dan mampu merasa. Semua orang yang ada hidung boleh menghidu tetapi tidak semestinya dia dapat menghidu dan mampu menghidu. Semua orang yang ada kulit boleh menyentuh tetapi tidak semestinya dia dapat menyentuh dan mampu menyentuh. Begitulah juga semua orang yang ada otak boleh berfikir tetapi tidak semestinya dia dapat berfikir dan mampu berfikir.

Kadang-kadang kita lihat ada sampah bertaburan di tepi jalan atau di taman bunga tetapi kita tidak nampak sampah itu boleh memudaratkan kita, maka kita pun membiarkan saja sampah itu di tempatnya.

Kadang-kadang kita dengar orang bercakap mengajar kita ketika di tengah jalan, dalam bilik (kuliah, ceramah, kelas, masjid, rumah peribadatan dan sebagainya) tetapi kita tidak dengar pun apa yang diajarkan kepada kita itu; atau kita dengar orang bertanya kepada kita tetapi kita tidak dengarpun apa yang dia tanyakan sehingga kita memberikan jawapan yang tidak dikehendaki oleh orang yang bertanya itu.

Kadang-kadang kita rasa sesuatu (itu manis) tetapi kita tidak merasa apa-apapun (kebaikan dan/atau keburukan sesuatu itu).

Kadang-kadang kita sentuh sesuatu yang bertiup tetapi kita tidak menyentuh apa-apapun.

Kadang-kadang kita fikir sesuatu itu ada kebaikan atau keburukannya, tapi kita tidak dapat memikirkan apa yang harus kita lakukan untuk mendapat manfaat daripada kebaikan itu, atau menghindari daripada keburukan itu.

Demikianlah setiap deria mempunyai fungsi dan peranan yang tetap tetapi indera mempunyai jangkauan tidak terbatas yang terhad. Namun, had jangkauan indera boleh berkembang dan berpotensi untuk dikembangkan sehingga tidak terhad pada landasan yang tidak terbatas (sirr). Inilah yang diidamkan dalam ilmu kesufian (tasawuf).

Fungsi indera keenam ini dijelaskan atau dibayangkan dalam pengertian ayat-ayat al-Quran yang antaranya adalah seperti yang berikut:-

1. Ayat 18 surah al-Baqarah
2. Ayat 44 surah al-Baqarah
3. Ayat 73 surah al-Baqarah
4. Ayat 164 surah al-Baqarah
5. Ayat 171 suarh al-Baqarah
6. Ayat 219 surah al-Baqarah
7. Ayat 259 surah al-Baqarah
8. Ayat 266 surah al-Baqarah
9. Ayat 269 surah al-Baqarah

dan banyak lagi ayat-ayat yang seumpamanya yang tertabur merata di dalam al-Quran mahupun dalam hadis.

Nota:
  1. Komen ini telah diperhalusi pada malam ini, 16 Nov 2010 malam takbir aidiladha 2010.
  2. Semasa menelah semula tulisan ini untuk diperhalusi, penulis menemui satu lagi indera manusia iaitu indera yang ketujuh. Insya-Allah penulis akan tuliskan indera yang ketujuh ini jika ada dan dengan izin Allah, kelak.


- Tujuh hari dalam satu minggu
- Tujuh period penciptaan alam
- Tujuh lapis langit
- Tujuh lapis bumi
- Tujuh indera manusia???

Wallahu 'a'lam.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Tuesday, November 16, 2010 2:57:45 PM


Dalam Tamadun Melayu, otak, iaitu organ di bahagian atas kepala telah diakui dan diterima sebagai alat (untuk) berfikir, yang mengawal pemikiran atau perasaan. Otak juga dikenali sebagai benak.

Ungkapan-ungkapan berikut umum dalam Tamadun Melayu (klasik), iaitu:-

1. otak ayam, otak telur, otak udang yang bermaksud 'bodoh'
2. picik otak bermaksud 'sempit fikiran'
3. otak minyak bermasukd 'pandai'
4. kerja otak bermaksud 'kerja yang menggunakan fikiran'

Kata otak menerbitkan kata berotak yang bermaksud mempunyai fikiran, berakal, mempunyai otak (yang boleh berfikir).

Jelas sekali tamadun Melayu telah menggunakan deria keenam ini dalam kelangsungan kehidupan sehari-hari mereka. Kedatangan dan penerimaan ajaran Islam oleh bangsa Melayu dipercayai telah memainkan peranan penting dalam perkembangan pemikiran dan tamadun Melayu. Hanya saja mereka tidak menyedari bahawa apa yang mereka gunakan itu sebenarnya adalah deria keenam.



Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Saturday, May 21, 2011 2:31:29 PM

Artikel ini telah diciplak (tidak diberi kredit kepada sumber rujukan) dalam facebook Pak Ngah - Farit Ismeth Emir tajuk: "DERIA KE 6 – Bolehkah Ia Di Terimapakai?, dan disiarkan pada Saturday, October 16, 2010 at 1:11am.

Rujuk seterusnya facebook Pak Ngah - Farit Ismeth Emir



FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

Unregistered user Monday, July 25, 2011 7:21:51 AM

Anonymous writes: Menarik...Pendapat saya, hati juga boleh melihat,mendengar,berfikir dan memahami..semua org mempunyai deria keenam..Hanya boleh diaktifkan dengan izin Allah kepada hamba yg dikehendakinya.. Sekadar pendapat makhluk biasa...

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Monday, July 25, 2011 2:22:00 PM

Tarima kasih saudara. Anda sebenarnya telah menggunakan deria ketujuh yang saya maksudkan itu. Insya-Allah dalam satu dua hari ini saya akan tulis deria ketujuh seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini. Insya-Allah.

Unregistered user Thursday, December 8, 2011 5:29:43 AM

buruj-buruj writes: as salam.. ana membaca komen yang akhi postkan..memberangsangkan. otak juga sebuah deria, meski tak nampak jelas nyata (kecuali melalui surgery ,dikeluarkan secara fizikal), tapi sensornya tetap ada. tertarik tadi, bagaimana mendidik ketiga2 orang anak akhi tadi? :)

Unregistered user Thursday, December 8, 2011 5:37:34 AM

buruj-buruj writes: barat juga (seperti napoleon Hill) ada menyebut tentang deria keenam, (tapi mungkin yang ketujuh atau seterusnya dalam kajian akhi)..iaitu hati nurani.. ianya fungsi intelegensi luar biasa, tapi sayangnya kedudukan hati nurani diletakkan bawah fungsi otak iaitu ego.. lalu berlakulah semacam perubahan yang menggeserkan unsur moraliti(di bawah hati nurani) dan ego. namun Napoleon sendiri menulis dalam bukunya " the key to success" dan think to be rich semacam berlaku pertindanan..

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Monday, January 2, 2012 4:30:21 PM


Originally posted by anonymous:

buruj-buruj writes:
....tertarik tadi, bagaimana mendidik ketiga2 orang anak akhi tadi? smile



Prinsip 1:

Apabila Nabi Adam telah diciptakan, Allah telah bertanya kepada para malaikat tentang nama segala benda. Apa jawapan para malaikat?

"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" [QS:2:32]

Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini" [QS:2:33]

Maka Nabi Adam pun memberitahukan nama-nama benda itu kepada para malaikat. Kenapa Nabi Adam tahu nama segala benda itu? Kerana Allah telah mengajarkan nama-nama benda itu kepada Nabi Adam sebelum Dia bertanya kepada para malaikat. Rujuk QS:2:31.

Prinsip 2:

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "sesungguhnya anak yang baru lahir itu adalah ibarat sehelai kain putih. Ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" [mafhum Hadis]

Pendidikan Islam harus berpangkal kepada dua prinsip tersebut di atas.

Prinsip pertama itu menekankan input pertama didikan yang perlu ditanamkan kepada minda, ingatan dan pemikiran ialah nama. Ini memang tepat. Pemikiran logik juga dapat menerima bahawa, jika kita tidak tahu nama sesuatu benda atau objek yang dirujuk dalam sesuatu cerita, penerangan, penjelasan atau huraian maka cerita, penerangan, penjelasan atau huraian itu hanya sia-sia sahaja. Bahkan binaan ayat dalam mana-mana bahasa adalah dibina oleh dua unsur iaitu nama dan cerita (subjek dan predikat).

Prinsip kedua itu mengisyaratkan bentuk corak yang kita hendakkan. Bentuk corak yang bakal terhasil sudah tentu bergantung kepada input yang kita masukkan atau gunakan dan olahan atau proses yang kita laksanakan ke atas objek.

Jelas sekali kedua-dua prinsip tersebut telah mendasari konsep saintifik hari ini yang lebih kita kenali sebagai berasal dari BARAT iaitu:-

INPUT ===> PROSES ===> OUTPUT

yang sebenarnya telah ditunjukkan dengan jelas dalam Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah, dua perkara yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umat Islam yang selagi mereka (umat Islam) berpegang kepada dua perkara itu (al-Quran dan as-Sunnah) selagi itulah umat Islam tidak tersasar.

Mudah-mudahan buruj-buruj dan pembaca budiman yang lain dapat memahami dan membuktikan kebenaran dua prinsip tersebut secara saintifik.

Terima kasih.


FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30