JADUAL WAKTU KELAS PEMBELAJARAN
Sunday, January 3, 2010 3:45:36 PM
Antara kata kunci yang digunakan oleh pelawat dalam mencari sesuatu mengenai jadual waktu ini adalah seperti yang berikut:-
- jadual waktu persekolahan sesi 2010;
- jadual waktu kelas;
- JADUAL WAKTU KELAS;
- jadual waktu sekolah rendah; dan
- format jadual waktu sekolah
Berdasarkan kata kunci carian seperti di atas, dapat kita jangkakan bahawa kebanyakan daripada mereka adalah ibu bapa atau penjaga murid.
Berdasarkan tren carian seperti yang saya nyatakan di atas, jelas bahawa ramai ibu bapa yang ingin tahu tentang jadual waktu pembelajaran anak-anak mereka. Daripada gaya carian berdasarkan kata kunci di atas juga ternyata ibu bapa atau penjaga murid bukan sekadar ingin tahu jadual pembelajaran anak-anak mereka di sekolah, malah mereka juga ingin memahami apa yang terkandung dalam sesuatu jadual waktu.
Maka, saya petik kembali kesimpulan dalam artikel saya dua tahun yang lalu untuk renungan kita bersama:
Oleh itu, marilah kita bersama-sama memikirkan kepentingan generasi kita. Jika anda seorang guru, janganlah hanya memikirkan kepentingan diri anda sendiri; kerana mahu senang dan mengambil mudah, maka cukuplah dengan hanya mengedarkan Jadual Waktu Kelas Pentadbiran kepada murid yang mungkin ramai antara mereka belum tahu membaca, yang sepatutnya, jadual tersebut digunakan oleh guru-guru dan pentadbiran sekolah bagi tujuan perancangan. Anda juga harus menyedari bahawa bukan semua ibu bapa mempunyai keupayaan untuk mentafsirkan simbol-simbol yang dijana oleh program kompter itu. Keadaan akan menjadi lebih sukar lagi kalau murid tersebut adalah anak sulung, ibu bapanya tidak pernah terdedah kepada alam persekitaran persekolahan anak-anak. Apalah salahnya anda mempermudah Jadual Waktu Kelas yang dijana oleh perisian komputer itu kepada bentuk yang lebih mudah difaham oleh masyarakat umum, kemudian fotokopilah sebanyak yang diperlukan. Di Sandakan, jika anda memfotokopi ukuran A4 sehingga 50 keping anda boleh mendapat harga serendah RM0.05 sekeping. Apalah salahnya anda membayar RM2.50 demi kepentingan anak didik anda
# Mohon maaf sejuta kali maaf kepada guru-guru jika saya menyinggung perasaan tuan-tuan dan puan-puan kerana bukan tujuan saya mengajar anda melainkan membawa segelintir guru yang mengambil mudah semua perkara sehingga menjejaskan nama baik profesion keguruan yang satu ketika dahulu amat disanjung tinggi, menggunakan daya kreativiti mereka untuk kebaikan bersama.
Boleh gabungkan (merging) dua sel jika subjek mengambil masa dua sesi.
FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!








How to use Quote function: