Skip navigation.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

KEKURANGAN BILIK PENGINAPAN DI SEMPORNA SEHARUSNYA MENJADI RAHMAT KEPADA PENDUDUK TEMPATAN

Agak lama saya tak menulis dan menambah koleksi dalam blog Fikir! Fikir! dan Fikir! Setelah beberapa lama blog ini agak sunyi, saya harap dapat menambahkan koleksi kandungannya setiap minggu. Baiklah! Mari kita fikirkan tentang tajuk di atas.

Baru-baru ini, daerah Semporna dipenuhi tetamu dan dibanjiri pengunjung sama ada dari dalam negeri mahupun dari luar negara. Kenapa? Tak lain dan tak bukan, ialah disebabkan Pesta Rega Lepa yang sudah dimasukkan dalam kalendar Cuti-Cuti Malaysia dan diiktiraf sebagai salah satu pesta air paling meriah di Malaysia. Tahniah kepada orang Semporna! Tahniah Datuk Safie Afdal.

Setelah Regata Lepa Semporna (atau Regata Lepa-Lepa) kini dikenali di seantero dunia, kita seakan terlupa sesuatu. Mungkin kerana ia dipandang hal remeh temeh agaknya. Ada dua perkara yang saya nak ketengahkan di sini iaitu, yang pertama: siapakah pencetus idea menganjurkan regata lepa-lepa di Semporna? Dan kedua: masalah kekurangan bilik penginapan sepatutnya tidak berlaku dan boleh diatasi dengan hanya satu idea murahan sebagaimana idea menganjurkan regata lepa-lepa pada pertama kalinya.

Saya bukan orang Semporna justeru, saya mohon maaf kepada orang Semporna jika apa yang saya tulis boleh menyinggung perasaan saudara-saudara, atau tersalah fakta. Yang penting saya mendapat sumber maklumat ini daripada orang Semporna sendiri.

Berdasarkan sumber tersebut, idea menganjurkan Regata Lepa-Lepa sebenarnya adalah idea Encik Louis Rampas (kini Datuk) yang pada masa itu menjadi Pegawai Daerah Semporna. Encik Louis Rampas adalah berasal dari Pedalaman berketurunan KDM. Menurut sumber itu lagi, pada masa itu Encik Louis Rampas telah memanggil Ketua Daerah (Ketua Anak Negeri) untuk mendapatkan persetujuan tentang ideanya menganjurkan regata lepa-lepa. Idea tersebut telah mendapat sokongan Ketua Daerah dan kini jadilah Regata Lepa Semporna sebagai salah satu acara kebudayaan paling meriah di Malaysia.

Berbalik kepada masalah kekurangan bilik penginapan. Betulkah ia menjadi satu masalah besar? Saya rasa masalah kekurangan bilik penginapan dapat diatasi tanpa memerlukan modal tambahan sama ada daripada kerajaan atau pihak pemaju. Malahan ia menjadi rahmat kepada penduduk Semporna. Bagaimana? Ia hanya memerlukan sedikit kreativiti berfikir penduduk Semporna.

Bagi mereka yang pernah bertandang ke Semporna, anda tentu bersetuju dengan saya bahawa ramai penduduk Semporna kini memiliki rumah besar dan mewah. Sekiranya, mereka ini dapat melihat kekurangan bilik penginapan itu sebagai satu peluang untuk meningkatkan pendapatan, kekurangan bilik tidak akan timbul. Apa yang perlu, pemilik-pemilik rumah besar dan mewah ini melengkapkan separuh bilik rumah mereka dengan kemudahan penginapan untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Janganlah caj terlalu tinggi, biarlah berpadanan.

Saya percaya kebanjiran pengunjungi ke daerah Semporna harus dapat memberi pulangan berbaloi kepada penduduk Semporna jika konsep overnight homestay dapat diterima oleh masyarakat Semporna serta diperakui oleh pihak penganjur.

Sempurnakanlah Semporna!

DR. GEOFFERY KITINGAN BUKAN SEORANG PEMIMPIN BERWAWASAN IICADANGAN MENAMBAH USIA PERSARAAN ADALAH SATU KECELARUAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NEGARA

Comments

avatar
Anonymous writes:

hai say bkn org semporan tp suami org sana saya berpengalaman penuh ttg industri perhotelan dan sumai bgitu jg masalahnya adakah kerajaaan akan menyokong proposal kami utk membina atau mengubah suia bangunan utk d jadikan penigapan murah @ backpacker hotel@ bajet hotel...
kami berbesar hati sekiraya ada agensi yang dapat melaksanakan impian kami ...

By anonymous user, # 3. March 2008, 01:27:05

avatar
Syabas! Saya juga bukan orang Semporna dan tidak tinggal di Semporna. Namun, sebagai rakyat Malaysia apa salahnya kita membicarakan pembangunan di luar kawasan kita(?). Menjawab pertanyaan saudara itu, saya jawab ringkas, YA. Kerajaan memang mengalukan-alukan penyertaan rakyat dalam aktiviti pembangunan di seluruh negara. Apa yang perlu, anda hendaklah berjumpa dengan agensi yang berkaitan. Saya pasti permohonan saudara bukan sahaja disokong, malah digalakkan dan pasti akan diluluskan oleh pihak berkuasa (kerajaan) selagi perniagaan yang anda cadangkan itu dapat menjana pendapatan kepada penduduk dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Baiklah saya mempunyai sedikit info yang mungkin boleh membantu saudara untuk merealisasikan hasrat saudara suami isteri. Harus diingat, apa yang saya tulis bukan mewakili dasar agensi yang berkaitan.

Okay. Untuk membuka satu penginapan, anda kena mendapatkan lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan - dalam hal ini, Majlis Daerah Semporna dan Pejabat Daerah Semporna. Sudah tentu anda sudah terlebih dahulu mempunyai premis yang dicadangkan untuk dijadikan rumah penginapan itu.

Anda boleh berjumpa dengan pegawai yang bertugas dibahagian yang mengawal hal-hal pelesenan di Majlis Daerah Semporna dan Pejabat Daerah Semporna. Anda akan diberikan satu set borang permohonan. Isikan borang tersebut dan kembalikan kepada pegawai yang bertugas untuk didaftarkan. Patuhi semua kehendak-kehendak yang disyaratkan anda mematuhinya.

Biasanya, apabila borang permohonan anda telah didaftarkan, satu pemeriksaan akan dilakukan. Pemeriksaan mungkin dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Majlis Daerah Semporna dan Pejabat Daerah Sermporna sahaja, atau mungkin juga akan melibatkan pegawai-pegawai daripada Jabatan Kesihatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat; ini bergantung kepada polisi pelesenan yang dikuatkuasakan oleh Majlis Daerah Semporna dan Pejabat Daerah Semporna.

Selain daripada itu, permohonan anda juga mungkin tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Pelesenan Majlis Daerah Semporna dan/atau Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Perlu ditegaskan, walaupun Majlis Daerah Semporna adalah autoriti yang mengeluarkan lesen kebenaran menggunakan sesuatu premis sebagai satu rumah penginapan (bujet hotel) yakni tempat berniaga, Pejabat Daerah Semporna turut mengeluarkan satu lesen berniaga (Trading Licence) bagi pihak kerajaan negeri Sabah.

Kadar bayaran lesen berniaga (Trading Licence) ialah RM25.00 setahun dan tamat tempoh pada setiap 31 Disember. Kadar bayaran lesen penggunaan premis pula ialah RM10.00 satu bilik setahun. [Kadar terkini kena cek dengan Pejabat Daerah Semporna dan Pejabat Majlis Daerah Semporna].

Di samping itu, autoriti lain seperti PDRM boleh menegah Pejabat Daerah dan Majlis Daerah daripada mengeluarkan dan melesenkan sesuatu premis sebagai tempat perniagaan jika mereka memikirkan lokasi yang dicadangkan boleh menjejaskan keselamatan awam, meningkatkan kadar jenayah dan sebagainya.

Saya harap dengan sedikit info ini saudara dapat gambaran bagaimana untuk memohon lesen dan memulakan perniagaan Rumah Penginapan di Semporna khususnya dan di daerah-daerah lain di Sabah amnya.

#

Lesen Berniaga (Trading Licence) = kebenaran untuk menjalan aktiviti perniagaan tertentu [dikeluarkan oleh Pejabat Daerah]

Lesen Premis Perniagaan = kebenaran untuk anda menggunakan premis tertentu untuk melaksanakan sesuatu perniagaan [dikeluarkan oleh Majlis Daerah]





By SHAHAIKAL, # 3. March 2008, 09:33:06

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

Please type this security code : 106661

Smilies

January 2009
M T W T F S S
December 2008February 2009
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31