FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

KLIP FILEM FITNA: MOTIF DAN PENGAJARAN II

Salam sejahtaera!

Seperti yang telah saya tulis dalam komen saya di Klip Filem Fitna: Motif dan Pengajaran bahawa saya akan tonton filem tersebut dan buat ulasan di dalam blog ini. Saya baru selesai menonton dan mentelaah klip tersebut. Berikut adalah ulasan saya terhadap klip filem ini.

SINOPSIS PEMBIKINAN

Klip Video FITNA pada keseluruhannya mengambil masa 16 minit 48 saat termasuk intro dan kredit diakhir klip. Klip ini saya bahagikan kepada lapan babak seperti berikut:-

  1. Babak 1: Q:S:8:60
  2. Babak 2: Q:S:4:56
  3. Babak 3: Q:S:47:4
  4. Babak 4: Q:S:4:89
  5. Babak 5: Q:S:8:39
  6. Babak 6: Belanda Di Bawah Islam
  7. Babak 7: Salam Dari Belanda
  8. Babak 8: Keratan Akhbar (Isu-isu Islam di Eropah)

Babak Pertama dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, ayat 60 Surah al-Anfaal (Rampasan Perang) yang bermaksud:-

Dan siapkanlah ntuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya.


Sejurus selepas ayat ini dibaca, dipertontonkan klip kapal terbang yang merempuh bangunan WTC dengan orang ramai lari bertempiaran. Kemudian dipertontonkan pula klip letupan kereta api. Terdapat skrip yang diperdengarkan pada kedua-dua situasi ini. Selepas itu dipertontonkan pula, petikan 'sekerat' ucapan ulama yang diberi subtitle seperti berikut:-

What makes Allah happy?
Allah is happy when non-muslims get killed
Annihilate the infidels and the polytheist
Your (Allah’s) enemies and the enemies of the religion
Allah, count them and kill them to the last one,
And don’t leave even one

Ini kemudian disusuli dengan paparan yang memperlihatkan jajaran mayat mangsa-mangsa bom kereta api itu. Babak pertama selesai.

Babak Kedua dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, ayat 56 Surah an-Nisa (Wanita) yang bermaksud:-


Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka mereka merasakan azab. sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Sejurus selepas bacaan ayat ini, dipertonton ulama yang sedang berucap dengan penuh semangat 'jihad', yang diberi subtitle berikut:-

If Allah permits us, oh Nation of Muhammad,
Even the stone will say ‘Oh muslim, a Jew is hiding behind me, 
come and cut off his head.
And we shal cut off his head (pedang dihunus)
By Allah, we shall cut it off! Oh Jews!
Allahu Akbar! (Allah is great!)
Jihad for the sake of Allah!
Victory to Allah!
Allahu Akbar! (Allah is great!)

Kemudian dipertontontan seorang anak perempuan berusia tiga tahun menjawab beberapa soalan temu ramah seperti berikut:-

What is your name?
- Basmallah
Basmallah, how old are you?
- Three and a half
Are you a muslim?
- Yes
Basmallah, are you familiar with the Jews?
- Yes
Because they are what?
- They’re apes and pigs
Because they are apes and pigs?
Who said they are so?
- Allah
Where did he say this?
- In the Koran

diikuti oleh gambar seorang lelaki ditarik songsang dan kereta api yang dibom. Selepas itu, dipertontonkan pula seorang pemidato yang menyeru:-

The Jews are Jews
They are the ones who must be butchered and killed

diikuti view yang menunjukkan kanak-kanak Islam berlatih ketenteraan dan tunjuk perasaan yang membawa sepanduk yang antaranya tertulis

God Bless Hitler

Babak dua berakhir.

Babak Tiga dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari surah Muhammad ayat 4 yang bermaksud:-


Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki niscaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka.


Sejurus selepas bacaan ayat ini, satu dialog berlaku seperti berikut:-

Don’t you think that someday there will be an idiot who wants to kill you?
No, I can’t imagine that
You believe in the goodness of man?
No, not in the goodness of man but in my own arrogance.
And has so much effect
...that bullet will not come for me

Kemudian gambar Muhammad B sambil monolog berikut kedengaran:-

If I had the opportunity to get out of prison,
And I hd the opportunity to do it again, what I did on November 2nd,
Allah, would have done exactly the same.

seterusnya dipaparkan tunjuk perasaan sambil melaung-laungkan seperti berikut:-

Take lesson of Theo van Gogh!
Take lessons from the examples that you can see!
For you will pay with your blood!

kemudian diakhiri dengan khutbah berikut:-

Houses and young men must be sacrificed.
Throats must be slit and skull must be shattered.
This is the path to victory

Babak Empat dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, ayat 89 Surah an-Nisa (Wanita) yang bermaksud:-


Mereka ingin supaya kamu supaya kamu menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, lalu kamu menjadi sama (dengan mereka). Maka janganlah kamu jadikan di antara mereka penolong-penolong(mu), hingga mereka berhijrah kepada jalan Allah. Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka (pula) menjadi penolong.


Selepas bacaan ayat al-Quran ini, dipertontonkan seorang lelaki yang memberi komen berikut:-

Islam is a sacred religion.
The best religion there is.
If someone converts to christianity, he deserves the death penalty.

kemudian diikuti dengan ucapan pejuang seperti berikut:-

Islam is (more) superior than the Jews, than the christians,
Than the buddists, than the hindus.
The only (law) Allah accepts is Islam.
And whoever seeks any other (law) apart from Islam, will never be accepted.

seterusnya diakhiri dengan menunjukkan beberapa keratan akhbar dengan bertajuk:-

Ex-muslim Jami assaulted
Death to Rushdie
Death threats for Hirsi Ali too

Babak Lima dimulai bacaan ayat suci al-Quran dalam Surah al-Anfal, ayat 39 yang bermaksud:-


Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah. Jika mereka berhenti (dari kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan.


Ayat ini diikuti oleh khutbah yang berikut:-

Islam is a religion that wants to rule the world.
It has done so before and eventually will rule it again

seterusnya ucapan Presiden Iran, Ahmadinejad seperti berikut:-

The message of the (Islamic) revolution is global, 
and is not restricted to a specific place or time.
Have no doubt...Allah willing, Islam wil conquer what?
It will conquer all the mountain tops of the world.

kemudian diikuti ucapan pejuang seperti berikut:-

We have ruled the world before, and by Allah, the day will 
come when we will rule the entire world again!
The day will come when we will rule America.
The day will come when we will rule Britain and the entire world!
Allah commanded us to spread this religion worldwide.
-----------
You will take over the USA!
You will take over the UK!
You will take over the Europe!
You will defeat them all! 
You will get victory!
You will take over Egypt!
We trust in Allah!

Babak ini diakhiri dengan view tunjuk perasaan yang membawa sependuk bertulisan:-

Islam will dominate the world
Freedom go to hell


Babak Enam ini dimulai dengan view menara masjid diikuti seorang perempuan yang membawa anaknya bersiar-siar dijalanan dengan penuh damai. Dalam babak ini juga diberikan statistik pertumbuhan bilangan umat Islam di Belanda sejak 1909 hingga 2004, dan bilangan umat Islam di Eropah pada tahun 2007 seperti berikut:-

Umat Islam Di Belanda

1909 = 54 orang
1960 = 1,399 orang
1990 = 458,000 orang
2004 = 944,000 orang

Umat Islam Di Eropah

2007 = 54,000,000

Selepas angka-angka ini ditunjukkan, dipetik pula komen dan pendapat dua orang lelaki seperti berikut:-

If my mother or my sister have sex with someone else...
...then I will kill them too.
Then you will commit an honor killing?
Absolutely.
In the netherlands, for exampel, one is allowed to commit adultery 
or to be gay.
But I don’t feel called upon...to be a party to that, 
because islam consider something like that a crime

untuk mengakhiri babak tersebut.

Babak Tujuh dimulai dengan khutbah dari Masjid Belanda seperti berikut:-

They should denounce political parties...and worldly concepts like 
liberalism, democracy...
...socialism and everything associated with it and originated from 
the human brain

diikuti khutbah dari Masjid Al-Tawheed seperti berikut:-

If the married man, Allah forbid, commits adultery...
or the married woman commits adultery... then she will be stoned.

Babak ini diakhiri dengan penayangan gambar-gambar remaja gay dihukum, kanak-kanak yang berdarah di dahi dan wanita disulah.

Babak Lapan dimulai dan dihiasi dengan keratan-keratan akhbar mengenai berita dan isu-isu mengenai Islam di Eropah termasuk keratan akhbar yang mendakwa Quran license to kill. Pada saat inilah lembaran al-Quran ditunjukkan sebelum bunyi kertas dikoyakkan ketika tulisan al-Quran menghilang. Babak ini diahkiri dengan satu kesimpulan daripada Wilders tentunya, seperti yang berikut:-

For it is not up to me, but to muslim themselves 
to tear out the hateful verses from the Quran.

Muslims want you to make way for islam, 
but islam does not make way for you.

The government insists that you respect Islam, 
but islam has no respect for you.

Islam wants to rule, submit, and seeks 
to destroy our western civilization.

In 1945, nazism was defeated in europe
In 1989, communism was defeated in europe.

Now, the islamic ideology has to be defeated.

Stop Islamisation

Depend our freedom


KOMEN / PANDANGAN

Berdasarkan sinopsis di atas jelas sekali bahawa Wilders cuba mengelirukan penonton apabila memetik ayat-ayat al-Quran yang sepatutnya ditafsirkan dengan panjang tetapi sebaliknya cuba mewajarkan ayat-ayat tersebut sebagai latar kepada, atau dijelaskan dengan visual yang sangat bertentangan daripada maksud sebenar ayat. Mungkin kerana Wilders berpegang pada pepatah Barat yang mengatakan 'a piece of picture much better than thousand words'.

Putar belit Wilders ini sama ada dengan sengaja atau tidak perlu diperjelaskan kepada penonton FITNA agar mereka tidak terkeliru dan dikelirukan oleh Wilders.

Kalau diamati baik-baik, tajuk sebenar wacana Wilders ini bukan FITNA seperti yang diberikan oleh penerbitnya. Akan tetapi tajuk sebenar terletak di bahagian penutup FITNA, iaitu:-

STOP ISLAMISATION; DEPEND OUR FREEDOM

Inilah tajuk sebenar klip tersebut yang telah menghantui pemikiran Wilders dan pasukannya.

Apa tidaknya, cuba perhatikan kembali kadar pertumbuhan umat Islam baik di Belanda mahupun di Eropah. Ia adalah sesuatu yang amat menakutkan bagi mereka yang anti-Islam. Keyakinan pejuang Islam dalam ceramah-ceramah mereka bahawa Islam akan menguasai dunia apabila Amerika, Britain dan Eropah dikuasai Islam apabila tiba masanya telah menimbulkan satu mimpi ngeri kepada Wilders dan pasukannya, khususnya Yahudi dan Israil.

Wilders kemudian telah memanipulasikan kata-kata pejuang itu untuk menakut-nakutkan warga Eropah dan Barat agar menghalang gerakan Islam. Wilders seolah-olah cuba memberi tahu seluruh masyarakat Eropah dan Barat bahawa Umat Islam akan menyerang Amerika, Britain dan Eropah sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran (menurut perspektif Wilders), yang menjadi pegangan umat Islam. Bagi Wilders, dan untuk menjustifikasikan dakwaannya, perkara ini tidak mustahil kerana umat Islam telah melakukannya di WTC dan Stesen Kereta Api Atocha serta terhadap tawanan/tebusan.

Perkara inilah yang sepatutnya diperjelaskan oleh seluruh umat Islam bahawa Islamnya Amerika, Islamnya Britain, dan Islamnya Eropah memang saja akan terjadi tetapi bukanlah dengan jalan peperangan seperti yang ditiupkan oleh Wilders. Sebaliknya, pertumbuhan umat Islam di Eropah itu menjadi satu petanda kebenaran al-Quran bahawa Islam akan menguasai dunia sebelum hari kiamat berlaku. Tumbangnya fahaman Maxis dan berdirinya demokrasi di Barat menjadi satu laluan penting untuk menukar Amerika, Britain dan Eropah menjadi negara Islam melalui jalan politik.

54 juta umat Islam di Eropah pada 2007 akan berkembang dan ini akan mempengaruhi senario politik di negara-negara berkenaan. Apabila umat Islam sudah majoriti di negara-negara tersebut, Umat Islam dengan mudah dapat menubuhkan Parti Islam dan atas asas demokrasi, Barat tidak boleh menolak hakikat ini. Bahkan atas asas demokrasi juga, pengundi bukan Islam boleh sahaja mengundi menyokong Parti Islam yang bertanding di Amerika, Britain dan negara-negara Eropah. Inilah yang saya katakan dalam artikel terdahulu, bahawa penerbitan FITNA sebenarnya menguntungkan Islam dan umat Islam.

Oleh itu, umat Islam tidak harus memboikot barangan Belanda SEBALIKNYA berlumba-lumba menawarkan kepakaran untuk membantu umat Islam di Belanda dan Eropah agar persaudaran Islam dapat dipereratkan dan kekuatan Islam dapat dicipta.

Umat Islam sepatutnya mengadakan perhimpunan bukan untuk menghentam Wilders dan Belanda tetapi mencari kesepakatan apakah kaedah terbaik untuk memperlancar usaha dakwah dan gerakan Islamisasi Sedunia. Jangan pedulikan FITNA kerana kerahsiaan tipu daya Wilders telah dibongkar oleh Allah s.w.t. Siapakah yang lebih baik tipu dayanya? Tentulah Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui, tuhan yang disembah oleh seluruh umat Islam.

Wilders yang cuba menyeru untuk 'STOP ISLAMISATION; DEPEND OUR FREEDOM' telah tersalah tulis akan tajuk filemnya menjadi FITNA yang sememangnya dan sebenarnya adalah FITNAH. Namun Wilders mungkin juga sengaja memilih tajuk tersebut untuk membangkitkan kemarahan umat Islam sedunia. Pokoknya, Wilders amat menyedari dua motif utama penerbitan FITNA yang juga merupakan strategi politiknya iaitu:-

  1. Mencegah masyarakat Eropah dan Barat daripada berbondong-bondong memeluk agama Islam bagi memastikan kelangsungan apa yang didakwa Wilders sebagai Western Civilization, yakni menghalang Islam daripada menguasai dunia; dan
  2. Menimbulkan kemarahan di kalangan umat Islam supaya dengan itu dia (Wilders) dapat meyakinkan masyarakat Eropah dan Barat bahawa Islam mesti ditolak.

Dari sudut yang lain, Wilders cuba memperkudakan umat Islam sedunia untuk memenuhi cita-cita politiknya. Ini jelas sekali apabila dia cuba 'STOP ISLAMISATION; DEPEND OUR FREEDOM' kerena Wilders adalah Ketua Party for Freedom. Wilders mungkin saja mempunyai cita-cita yang besar dalam kerjaya politiknya iaitu untuk menjadi Perdana Menteri atau Presiden Belanda. Sekiranya dua strategi utamanya seperti di atas dicapai, Wilders amat mudah untuk mencapai apa yang dicita-citakannya itu.

Cuba lihat pandangan politik Wilders berikut ini:

Political views

Geert Wilders favors the restriction of immigration to the Netherlands, 
particularly from non-Western countries.

He recently made a movie Fitna which offers his view on Islam and 
the Qur'an. As self-proclaimed defender of free speech and critic 
of Islam, he has sought to ban the Qur'an in the Netherlands 
because he believes it to be in conflict with Dutch law.

Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Geert_Wilders


Kenali lebih lanjut siapakah Geert Wilders dengan melayari http://en.wikipedia.org/wiki/Geert_Wilders

Jadi berhati-hatilah kita untuk menangani FITNAH ORANG-ORANG YANG SUKA MEMFITNAH. MARILAH KITA MEMOHON KEPADA ALLAH MUDAH-MUDAHAN SELURUH UMAT ISLAM DILINDUNGI DARIPADA FITNAH ORANG-ORANG YANG SUKA MEMFITNAH ITU.

Umat Islam jangan terjerat oleh perangkap Wilders yang licik itu. Sekiranya umat Islam mengambil tindakan kekerasan bagi menunjukkan protes terhadap FITNA dan Wilders serta Belanda, secara langsung umat Islam telah berkempen untuk memenangkan Wilders di arena politik Belanda dan antarabangsa.

KENAPA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA HARUS BANGKIT MELAWAN SEORANG YANG SUKA MEMFITNAH? TIDAKKAH KEKUATAN SEORANG ISLAM BOLEH MENGALAHKAN SEPULUH ORANG MUSUH?


Marilah kita bersama-sama memikirkannya.

Wallahu 'a'lam

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

RAMALAN: UMNO/BN DAN PAS AKAN BERGABUNG 15 TAHUN DARI SEKARANGFITNAH SELAIN DARIPADA FITNA

Comments

Unregistered user Sunday, April 27, 2008 2:42:35 PM

Anonymous writes: Imam Ali Kartal dari Mescid-i Aksa Mosque milik pertubuhan Milli Gorus yang terletak di Utrecht pula mengatakan bahawa beliau tidak akan mempedulikan isu filem tersebut untuk khutbah Jumaatnya. “Kita tidak sepatutnya menari mengikut rentak Wilders. Lelaki itu tidak berbaloi untuk dilayan. Dan jika jemaah masjid mempunyai sebarang persoalan, nasihat saya ialah jangan bertindak balas”. Kartal yang hanya menonton sebahagian filem itu mengatakan bahawa Geert Wilders sememangnya berniat mahu menghasilkan filem yang anti-Islam, dan semua orang mengetahuinya Ini adalah antara kandungan artikel dalam Saifulislam.com http://saifulislam.com/?p=1678

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Monday, June 30, 2008 3:50:21 AM

Terima kasih kepada Saudara yang memuatkan komen di sini seterusnya memetik pandangan Imam Ali Kartal tu...semoga semua ini menjadi pengajaran ilmiah kepada seluruh umat Islam.

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Wednesday, February 1, 2012 2:31:46 PM



Ketakutan Barat Atas Jumlah Kaum Muslimin








How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30