FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

PERANAN RUKUN NEGARA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Artikel di bawah ini adalah pandangan penulis berhubung pertanyaan seorang pengunjung dalam artikel yang bertajuk Rukun Negara. Saya petik kembali di sini supaya kita sama-sama dapat fikirkan mengenainya



Sesuatu pembangunan tidak akan berlaku jika tiada sumber yang membolehkan proses pembangunan itu terlaksana. Sumber-sumber yang diguanakan untuk menjana sesuatu pembangunan pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber manusia dan sumber bukan manusia.

Sumber bukan manusia termasuklah bahan mentah dan kewangan manakala sumber manusia diambil kira daripada sudut bilangan tenaga kerja dan potensi yang mereka miliki seperti upaya (kekuatan dan kesempurnaan fizikal), kemahiran teknik dan pengetahuan. Namun demikian, seseorang yang berbadan tegap, kuat, berkepandaian melakukan sesuatu dan mempunyai pengetahuan am yang luas serta berpengetahuan mendalam dalam bidang pekerjaannya belum tentu dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Hanya mereka yang produktif, berdaya tahan dan berdaya saing, di samping berbadan tegap, mahir, berilmu pengetahuan dan sedar serta tahu tanggungjawab mereka sebagai rakyat sesebuah negara sahaja yang akan mempengaruhi iklim pembangunan dan ekonomi negara mereka.

Dalam konteks Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar, program, rukun dan slogan untuk memastikan rakyatnya (warganegara Malaysia) memiliki ciri-ciri produktif, berdaya tahan, berdaya saing, sihat, mahir, berilmu pengetahuan, sedar serta tahu tanggungjawab mereka sebagai warganegara kepada Negara Malaysia. Dengan kata lain, kepimpinan Malaysia dan kerajaan telah sepanjang masa berusaha meningkatkan kemampuan modal insan Negara Malaysia.

Rukun Negara adalah salah satu alat dan doktrin yang sepatutnya mampu menjadikan warganegara Malaysia berjiwa patriotik. Sekiranya Rukun Negara dapat dihayati oleh setiap individu rakyat Malaysia maka sudah pasti mereka akan mempunyai rasa dan kesedaran yang tinggi terhadap tanggungjawab mereka kepada negara. Dengan adanya patriotisme Malaysia yang tinggi inilah mereka menjadi produktif, berdaya tahan, berdaya saing, inovatif dan kreatif; cemerlang, gemilang dan terbilang.

Oleh yang demikian, Rukun Negara mempunyai peranan yang sangat besar dalam melahirkan modal insan yang sangat diperlukan oleh negara dalam memastikan pembangunan Negara Malaysia berterusan, mapan, dan mampu mencipta sesuatu yang baru, bukan sekadar menggunakan sesuatu produk dan perkhidmatan yang diimport semata-mata, tetapi juga mampu mengeksport produk dan perkhidmatan ‘buatan Malaysia’.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

PERCUBAAN SAHAJASIAPAKAH YANG BENAR…

Comments

Unregistered user Monday, February 8, 2010 11:46:40 AM

Аноним writes: Students think that the analytical essay creating supposes the really time wasting issue. But, students rely on the classification essay writing service support every time when that is demanded.

Unregistered user Wednesday, February 17, 2010 3:22:36 PM

Anonymous writes: Rukun Negara secara konsepnya memang baik. Tetapi malangnya ia hanya jadi hiasan di kulit belakang buku latihan sekolah sahaja. Di kalangan pimpinan tak lebih dari slogan dan retorik. Kepercayaan Kepada Tuhan ada harganya; yang bertepatan dengan kehendak nafsu diikuti, tetapi yang lain dilanggar lalu pahala dan dosa tak lebih dari istilah sahaja. Kesetiaan kepada Raja dan Negara cuma untuk mendapat imbuhan serta pingat bintang lalu harta negara di faraidhkan seperti harta datok neneknya. Keluhuran Perlembagaan hanya tinggal nama bila institusi utama negara tidak lagi independen tetapi mengikut telunjuk eksekutif. Kedaulatan undang-undang langsung tidak diendahkan, malahan mahkamah telah jadi seperti sarkas dan diketawakan di seluruh dunia dan perjanjian yang ditanda-tangani Kerajaan telah menjadi seperti suratkhabar lama yang dijual dengan timbangan kati. Kesopanan dan kesusilaan telah digantikan dengan pelbagai budaya hedonism yang digalakkan oleh pimpinan. Puncanya hanya satu. Paksi Rukun Negara dilaksanakan kerana negara sedangkan sepatutnya ia wajib berpaksikan kerana Allah. Ibn Abdillah

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Friday, February 19, 2010 2:17:00 PM

Kepercayaan Kepada Tuhan ada harganya;
Yang ini benar. Oleh sebab itu seluruh rakyat Malaysia seharusnya mempunyai sikap toleransi yang tinggi sesama mereka dan terhadap orang asing kerena mereka (rakyat Malaysia itu) adalah umat yang beragama. Dan itulah yang dimaksudkan dalam Rukun Negara itu.

yang bertepatan dengan kehendak nafsu diikuti, tetapi yang lain dilanggar lalu pahala dan dosa tak lebih dari istilah sahaja.
Yang ini bukan nilai Rukun Negara. Bahkan ia adalah simptom dan gejala yang menggambarkan individu sedemikian gagal menghayati makna Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dalam Rukun Negara.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Yang ini benar. Di Malaysia, Raja adalah Ketua Negara (bahkan sebelum era penjajahan, Raja atau Sultan bukan sekadar Ketua Negara tetapi juga Pemilik Negeri). Dan hingga ke hari ini pun Raja masih tetap menjadi pemilik setiap inci tanah negara ini. Sebab itu, rakyat perlu memohon kepada kerajaan untuk mendapatkan tanah. Kerajaan yang meluluskan sesuatu permohonan tanah itu adalah kerana mereka memegang amanah kuasa eksekutif Raja. Mungkin generasi muda tidak pernah melihat bahawa sesungguhnya sejak merdeka sehingga awal atau pertengahan 1980-an, semua sampul surat rasmi kerajaan mempunyai label "URUSAN SERI PADUKA BAGINDA". Pada pendapat saya, keadaan itu perlu disegarkan semula.

cuma untuk mendapat imbuhan serta pingat bintang lalu harta negara di faraidhkan seperti harta datok neneknya.
Yang ini adalah satu pengkhianatan yang sepatutnya tidak boleh dimaafkan. Orang-orang yang mempunyai niat dan yang dibuktikan telah melakukan kesalahan sedemikian seharusnya menerima hukuman yang setimpal.

Keluhuran Perlembagaan
Yang ini benar sebab itu rakyat Malaysia tidak sepatutnya mempersoalkan kewibawaan Perlembagaan Persekutuan dan seluruh undang-undang sama ada yang dibuat di peringkat Parlimen, DUN mahupun Majlis-Majlis Tempatan. Dan sebab itu, seluruh rakyat Malaysia seharusnya tunduk patuh kepada setiap peraturan, dan bersatu padu menegakkan undang-undang negara ini.

hanya tinggal nama bila institusi utama negara tidak lagi independen tetapi mengikut telunjuk eksekutif.
Yang ini perlu penghalusan yang teliti. Bab-bab yang berkaitan dengan perundangan, mahkamah dan perlembagaan hanya difahami dengan baik oleh mereka yang berilmu dalam bidang itu, bukan semua rakyat mempunyai keupayaan mentafsir undang-undang dan mengetahui acara perundangan. Bahkan tidak semua bijak pandai tahu pasal undang-undang, inikan pula kita rakyat marhaen. Hanya bijak pandai dalam bidang perundangan dan kehakiman yang arif dalam bidang itu. Jika kita yang dari kalangan biasa ini cuba mentafsir undang-undang, ini samalah seperti kita cuba mempreskripsi penyakit walaupun kita bukan seorang doktor perubatan.

Kedaulatan undang-undang langsung tidak diendahkan,
Hanya penjenayah sahaja yang tidak mendaulatkan undang-undang. Sebab itu mereka dengan berani dan adakalanya secara terang-terangan melanggar peruntukan undang-undang. Antara undang-undang yang sering dilanggari oleh rakyat Malaysia ialah undang-undang yang berkaitan dengan jalan raya dan kawalan lalu lintas, undang-undang yang berkaitan dengan kebersihan dan kawalan sampah sarap serta undang-undang yang berkaitan dengan perniagaan dan ekonomi (misalnya skim cepat kaya).

malahan mahkamah telah jadi seperti sarkas dan diketawakan di seluruh dunia
Inilah akibatnya jika kalangan ramai yang tiada kepakaran cuba mentafsirkan undang-undang dan sistem kehakiman sehingga memberi peluang kepada musuh-musuh negara untuk mengambil peluang melemahkan negara kita. Jadi, kalau kita rakyat yang benar-benar cintakan negara, mendaulatkan undang-undang dan akur dengan keluhuran Perlembagaan, apakah yang patut kita lakukan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita?

dan perjanjian yang ditanda-tangani Kerajaan telah menjadi seperti suratkhabar lama yang dijual dengan timbangan kati.
Jadi apakah kita telah berdiri teguh bercerai roboh untuk mempertahankannya. Apakah kita masih sanggup melihat keadaan seperti itu terus berlaku dan kita hanya berpeluk tubuh, kutuk-mengutuk sesama sendiri?

Kesopanan dan kesusilaan telah digantikan dengan pelbagai budaya hedonism yang digalakkan oleh pimpinan.
Kenapa pula kita begitu mudah untuk menjamah hidangan racun tetapi begitu liat mendokong emas dan permata?

Puncanya hanya satu. Paksi Rukun Negara dilaksanakan kerana negara sedangkan sepatutnya ia wajib berpaksikan kerana Allah.
Seandainya Rukun Negara itu dapat diselami, difahami dan dihayati dengan baik dan mendalam, ia adalah juga berpaksikan kerana Allah (bagi yang beragama Islam) dan berpaksikan ketuhanan (bagi yang bukan beragama Islam).

----------

Terima kasih kepada saudara Ibn Abdillah kerana memberikan komen terhadap artikel ini. Semoga ia memberi manfaat kepada saya dan seluruh pengunjung blog Fikir! Fikir! Dan Fikir!.


Unregistered user Sunday, August 29, 2010 4:32:41 AM

zul writes: boleh x bagtau mengapa rakyat masa kini kurang menghayati rukun negara..apakah punca2 tersebut...faktor2..

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Tuesday, August 31, 2010 10:48:57 AM

Anonymous # 29. August 2010, 12:32
zul writes: boleh x bagtau mengapa rakyat masa kini kurang menghayati rukun negara..apakah punca2 tersebut...faktor2..



Sebelum kita dapat menghayati sesuatu, kita mesti tahu terlebih dahulu tentang sesuatu itu. Tahu sahaja belum memadai untuk kita dapat menghayati. Sudah tahu, mesti kena faham. Kefahaman adalah syarat untuk kita dapat menghayati. Natijah daripada penghayatan itu ialah mengamalkan nilai-nilai yang telah kita hayati.

1. Tidak tahu kerana belum tahu - (kena belajar/pelajrinya);
2. Sudah tahu tapi belum faham - (kena fikirkan dan analisa);
3. Mesti faham baharulah boleh hayati - (akan selalu ingat);
4. Sudah menghayati, amalkanlah ia.

Daripada empat tahap di atas jelaslah faktor utamanya, iaitu:-

1. Kurang membaca (mungkin disebabkan malas atau sikap);
3. Kurang berfikir (kerana dipengaruhi minat dan kecenderungan);
3. Kurang bertanya (kerana segan/malu, atau anggap kita sudah tahu).

Punca?

1. Pendidikan;
2. Pendidikan;
3. Pendidikan;
4. Sikap;
5. Peranan pihak berwajib (tidak konsisten memberi penekanan)

Terima kasih kerana anda prihatin.

Unregistered user Thursday, March 10, 2011 2:18:50 AM

Anonymous writes: bagi pendapat penulis apa kaedah atau langkah utk memartabatkan rukun negara ini di kalangan belia zaman kini...kaedah yang difikirkan relevan dengan kemajauan masa sekarang.

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Thursday, March 10, 2011 2:14:47 PM


Memartabatkan bermaksud menjadikan sesuatu bermartabat. Martabat itu sendiri bermaksud kedudukan (yang tinggi) pada mata masyarakat, darjat, pangkat atau tingkat.

Sesuatu yang hendak dimartabatkan di sini ialah Rukun Negara, iaitu meletakkan Rukun Negara pada tingkat kedudukan yang tinggi sehingga dihormati oleh masyarakat.

Persoalannya ialah, apakah kaedah atau langkah yang boleh diambil untuk menjadikan Rukun Negara dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat.

Tiada satu kaedah atau langkah khusus boleh diambil kerana nilai martabat bagi seseorang berbeza dengan nilai martabat pada orang lain. Justeru kaedah atau langkah yang paling sesuai mestilah mengambil kira banyak faktor termasuk:-

1. Faktor persekitaran semasa;
2. Faktor daya penerimaan kumpulan sasaran (budaya, pendidikan, pengalaman dan sebagainya);
3. Faktor penyampaian berkesan (medium dan teknik komunikasi);
4. Faktor undang-undang, dan sebagainya.

Kaedah berbeza mungkin diperlukan untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan oleh dua kumpulan berlainan latar budaya, persekitaran, taraf pendidikan dan pengalaman meskipun dalam waktu (zaman atau tahun) yang sama.

Justeru apa jua kaedah dan pendekatan yang hendak digunakan mestilah diteliti terlebih dahulu sesuai dengan latar sosio budaya kumpulan sasaran.

Sudah tentulah segala langkah yang hendak diatur mestilah bersifat strategik berdasarkan hasil kajian menyeluruh terhadap kumpulan sasaran, dengan menggembling segala sumber tempatan.

Menggubal undang-undang tertentu khusus untuk mengangkat martabat Rukun Negara dan menguatkuasakan segala peruntukannya mungkin adalah langkah yang paling berkesan meskipun ia mungkin pilihan terakhir.


Unregistered user Friday, March 11, 2011 10:43:39 AM

Anonymous writes: terima kasih memberi penerangan.. kadang-kadang rasa, malaysia makin tidak selamat..rakyat tidak lagi mempraktikkan rukun negara dan ajaran agama masing..akhirnya negara kacau bilau...para pemimpin hanya mementingkan kepentingan parti politik..bergaduh sesama sendiri..

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Friday, March 11, 2011 2:47:29 PM

Terima kasih kembali...penglibatan saudara dalam memberi komen, ulasan dan pertanyaan terhadap tajuk ini adalah sebahagian daripada usaha yang termampu kita lakukan demi menyegarkan kita kembali kepada penghayatan Rukun Negara.

Perbincangan lain tentang tajuk ini boleh dibaca di sini atau klik

RUKUN NEGARA


Unregistered user Tuesday, March 13, 2012 6:04:42 AM

Anonymous writes: salam boleh x bg tw sebnarnya apa peranan rukun negara ni dlm mnyatupadukan rakyat di malaysia.......

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Tuesday, March 13, 2012 2:50:51 PM


Jika saudara bertanya tentang pandangan (pendapat) saya, adakah Rukun Negara mampu menjamin perpaduan rakyat(?), dengan optimis saya katakan 'ya', jika ia dapat dihayati oleh setiap individu.

Namun di bahagian awal artikel ini saya telah tegaskan bahawa-

# Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu TIDAK MEMPUNYAI SEMANGAT PATRIOTIK kepada Malaysia;
# Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu TIDAK MENGETAHUI ASAL-USUL DIRINYA DAN SEJARAH Malaysia;
# Rukun Negara tidak memberi sebarang kesan dalam jiwa seseorang jika seseorang itu TIDAK DAPAT BERFIKIR DENGAN RASIONAL DAN SECARA ILMIAH.

Inilah cabaran yang paling besar harus kita atasi. Kenapa saya katakan ini cabaran yang paling besar, kerana ia berlaku di peringkat individu yakni diri kita masing-masing. Kalau setiap daripada kita dapat melihat dan menghayati tiga perkara di atas, secara automatik perpaduan akan wujud dengan sendirinya.

Untuk menjadikan Rukun Negara sebagai satu alat perpaduan, kita mestilah menggunakan Rukun Negara untuk mengukur sejauh mana kesetiaan dan sumbangan (diri) kita kepada negara setakat ini; bukan untuk mengukur kesetiaan dan sumbangan orang lain kepada negara.

Sebagai contoh, mari kita fikir-fikirkan pertanyaan-pertanyaan di bawah ini:

* jika saya seorang kakitangan kerajaan, adakah saya benar-benar telah melaksanakan tanggungjawab saya sebaik-baiknya sesuai dengan tugas, tanggungjawab hakiki saya(?).



Bacaan selanjutnya, klik pautan di bawah ini:-

http://my.opera.com/SHAHAIKAL/blog/rukun-negar


Unregistered user Tuesday, March 20, 2012 3:21:55 PM

Anonymous writes: assalam. boleh tak saudara terangkan faktor rukun negara tidak mendapat perhatian rakyat malaysia. Terima kasih. :)

Unregistered user Wednesday, November 28, 2012 3:04:39 AM

khairunnisa writes: salam...sya dri pljar masterskill, ingin menanyakan tentg kesimpulan dari rukun negara kpd dri sendri dan juga masyarakat?

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Friday, November 30, 2012 2:56:26 PM

Originally posted by anonymous:

Unregistered user
# Wednesday, November 28, 2012 4:04:39 AM
khairunnisa writes:

salam...sya dri pljar masterskill, ingin menanyakan tentg kesimpulan dari rukun negara kpd dri sendri dan juga masyarakat?



Baca dan telaah semula artikel dan ulasan-ulasannya, bersekali dengan artikel asal di sini: RUKUN NEGARA.

Gunakan keupayaan deria keenam saudara untuk memahami dan menghayatinya....baca dan telaah berulang kali, saudara pasti akan menemui kesimpulan itu...

Yang penting, apabila saudara sudah menamatkan pengajian dan memasuki alam pekerjaan, bekerjalah berpada-pada dengan penuh keihklasan tanpa mengharapkan sesuatu yang lebih daripada apa yang saudara berhak mendapatkannya. Gunakanlah ilmu yang ada sebaik-baiknya demi faedah masyarakat dan negara. Apabila kesihatan masyarakat berada di tahap optimum, negara akan aman dan makmur dan akhirnya memberi kesan kepada diri kita sebagai individu.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!




How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

May 2013
M T W T F S S
April 2013June 2013
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31