FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

POLITIK WANG: SIAPA HARUS DIPERTANGGUNGJAWABKAN

Isu rasuah dalam politik yang lebih dikenal sebagai politik wang kini timbul lagi. Isu ini kembali mendapat perhatian banyak pihak selepas PRU12 pada 8 Mac baru-baru ini apabila keputusan PRU12 mencatatkan sejarah tersendiri dalam arena politik negara. Lazimnya politik wang diertikan sebagai tindakan calon yang bertanding membeli undi pengundi dengan menawarkan sejumlah wang. Selain daripada itu, politik wang juga diertikan sebagai tindakan sesuatu parti membeli wakil atau wakil-wakil rakyat parti lawan yang menang dalam sesuatu pilihan raya.

Sebenarnya isu politik wang bukanlah satu perkara yang baru. Ia pernah menggegarkan iklim politik negara pada 1990-an. Politik wang dalam parti pernah berlaku dalam UMNO. Kegilaan pemimpin tertentu untuk menempatkan diri pada hierarki lebih tinggi dalam struktur kepimpinan parti dan untuk menumbangkan lawan yang bertanding, wang telah digunakan untuk membeli perwakilan dalam Perhimpunan Agung Tahunan. Ini berlaku dalam tahun 1990-an. Sepanjang pengamatan saya, amalan membeli undi perwakilan untuk memenangi jawatan dalam parti telah menular keluar parti apabila ia turut diaplikasikan dalam pilihan raya umum untuk membeli undi pengundi. Bahkan ada suara yang mengatakan bahawa kemenangan gilang-gemilang BN di Sabah dalam PRU12 turut dipengaruhi oleh faktor politik wang.

Isu politik wang yang melibatkan 'pembelian' wakil rakyat juga pernah berlaku di Sabah untuk menumbangkan pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menang dengan majoriti mudah kerusi DUN Sabah, juga pada 1990-an. Dua minggu selepas PRU12, isu membeli wakil rakyat Sabah oleh parti pembangkang kembali menghangatkan suasana politik dalam negera sehingga menggusarkan pihak pemerintah.

Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan terhadap politik wang di Malaysia? Adakah tindakan parti pembangkang cuba membeli wakil rakyat BN hanyalah satu 'ulangan' yakni mengulangi taktik yang pernah dilakukannya satu ketika dulu atau 'tiruan' yakni mengambil contoh dan meniru taktik yang pernah digunakan oleh BN (UMNO) satu ketika dahulu? Tepuk dada tanya selera.

Meski pelanduk tak lupakan jerat,
tetapi jerat tetaplah jerat yang tak akan berubah menjadi bubu


FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

KES TERPENCIL: USAH DIPANDANG REMEHKLIP FILEM FITNA: MOTIF DAN PENGAJARAN

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30