Skip navigation.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

RAMALAN: UMNO/BN DAN PAS AKAN BERGABUNG 15 TAHUN DARI SEKARANG

Pada tahun 1994, saya pernah mengatakan kepada seorang kawan bahawa Malaysia hanya wujud untuk tempoh 100 tahun (1957 - 2057). Pada 1994 itu, kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato Seri Dr. Mahathir (kini Tun) ditimbalani En. Ghafar Baba (Tun) berjaya mengambil alih pemerintahan DUN Sabah daripada PBS yang menang dalam pilihanraya Umum. Itu cerita lama.

Tetapi suasana politik dalam negara selepas PRU12 mengingatkan saya kembali kepada apa yang pernah saya perkatakan pada 1994 itu. Satu perkara yang menjadi pegangan saya hingga kini ialah 'setiap kejadian sama ada baik atau buruk, mempunyai hikmah yang baik tersembunyi disebaliknya'. Justeru itu, saya cuba melihat apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik keputusan PRU12 dan apa yang berlaku selepasnya.

Sesungguhnya kekalahan BN/UMNO dan kemenangan parti-parti pembangkang memang banyak hikmahnya. Kekalahan BN khasnya UMNO menyedarkan orang Melayu dari terus dibuai mimpi. Dengan kekalahan tersebut, kini orang Melayu sedang memerah otak dan upaya fikir mereka untuk mencari satu formula ajaib yang mampu mengembalikan kegemilangan Melayu. Insya-Allah formula tersebut akan ditemui.

Sebaliknya pula, kemenangan parti-parti pembangkang memberi ruang dan peluang kepada komponen parti-parti pembangkang yang kini telah menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk duduk semeja dan bersama-sama mencipta formula ajaib untuk mentadbir negeri dan negara seterusnya memenangi lebih ramai hati rakyat pada PRU13 nanti. Insya-Allah formula tersebut juga akan ditercipta.

Akan tetapi, sebagaimana UMNO yang berteraskan kebangsaan Melayu dan PAS yang berterasan Islam dalam perjuangannya, parti-parti lain juga mempunyai teras perjuangan masing-masing. Perkara teras perjuangan parti-parti ini juga menyebabkan parti-parti tidak boleh bersatu dan sukar bekerjasama secara ikhlas dan telus selama-lamanya.

Apa yang berlaku sekarang ini adalah satu ruang dan peluang kepada parti-parti untuk menyelami hati budi parti-parti lain sama ada kawan atau lawan. Bagi BN, ini mungkin tidak relevan kerena mereka telah saling beriringan seia sekata sejak 50 tahun lalu. Namun suasana agak berbeza bagi PR yang baru mendapat peluang ini. Setiap parti komponen akan dikenali dan mengenali rakan dalam komponen mereka. Pada masa itulah PAS turut dikenali dan mengenali hati budi rakan-rakannya dalam PR.

Oleh kerana PAS jelas meletakkan Islam sebagai teras perjuangannya, ia pasti akan tidak disenangi oleh rakan-rakannya dalam PR kelak. Perkembangan yang berlaku dalam persekitaran global turut meletakkan PAS dalam keadaan yang dicurigai oleh rakan-rakannya, dan PAS mencurigai sahabat-sahabat politiknya. Pada masa itu kelak akan wujud satu dorongan dalaman dan luaran yang memaksa PAS mencari satu posisi baru bagi mencapai cita-cita perjuagannya. Tiada orang lain yang sebaik UMNO yang dapat didampinginya. Malah roh memperjuangkan Melayu yang didukung UMNO dan roh Islam yang diperjuangkan PAS adalah satu titik persamaan dan pertemuan yang sangat ideal.

UMNO yang menjadi payung seluruh orang Melayu dan kaum-kaum bumiputera Islam pasti akan memerlukan rakan baru dalam menghadapi arus globalisasi. Tiada orang lain sebaik PAS yang dapat didampinginya. Hal ini kerana PAS yang berteraskan Islam terbuka kepada orang-orang Cina (MCA) dan India (MIC) dan sesiapa sahaja umat Islam warganegara Malaysia; manakala UMNO terus memayungi orang Melayu yang juga majoriti anggota PAS dan kaum-kaum bumiputera Islam di Malaysia.

Saya meramalkan senario ini akan berlaku dalam 10 hingga 15 tahun lagi. Jika keadaan ini berlaku, Malaysia pasti akan muncul sebagai sebuah negara Islam yang kuat dan adil, di bawah pemerintahan dua bersaudara UMNO dan PAS. Mungkinkah apa yang pernah dikatakan oleh Ustaz Muhammad Ashaari Muhammad (pemimpin al-Arqam yang diharamkan) itu akan terjadi bahawa Islam akhir zaman akan bermula dari Timur?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat, insya Allah.

Wallahu 'A'lam

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

SAMBUTAN HARI MERDEKA: MASIH RELEVANKAH LAGI?KLIP FILEM FITNA: MOTIF DAN PENGAJARAN II

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

December 2009
M T W T F S S
November 2009January 2010
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31