Skip navigation.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

SAFETY OF OUR CHILDREN - WHOSE RESPONSIBILITY?

Saya baru selesai mengikuti perbincangan Fast Forward di RTM 2 sebentar tadi, yang membincangkan tajuk seperti di atas. Ia adalah satu perbincangan yang baik apatah lagi ia dibarisi ahli-ahli panel yang berpengetahuan dan berkepakaran dalam bidang masing-masing, serta hampir mewakili suara seluruh rakyat Malaysia. Tahniah!

Walau bagaimanapun, saya mempunyai pandangan berbeza dalam meninjau permasalahan 'keselamatan anak-anak kita'. Tajuk di atas, walaupun bagus, tetapi ia tidak menjurus ke arah satu penyelesaian. Lebih-lebih lagi kesimpulan yang dikemukakan oleh moderator itu sebenarnya adalah jawapan langsung kepada topik yang diutarakan meskipun ia tidak dibahaskan. Saya percaya semua orang waras akan memberi jawapan yang selari dengan kesimpulan moderator itu.

Sepatutnya persoalan yang lebih sesuai ialah "keselamatan anak-anak kita - kenapa orang tergamak melakukan penganiayaan". Soalan ini lebih melihat kepada, dan menganalisis sifat-sifat pelaku serta faktor-faktor pendorong kepada perlakuan jenayah tersebut dilakukan. Dengan demikian, kita tidak membuang masa membincangkan perkara-perkara yang kita sudah sedia maklum, tetapi memanfaatkan peluang pertemuan tersebut dengan menggembeling kepakaran dan pengalaman berbeza para ahli panel untuk melihat dan menentukan sikap pelaku jenayah.

Kenapa, orang yang menemui Nurin tidak menghantar Nurin balik ke rumahnya atau menghantarnya ke balai polis atau menghubungi polis untuk memaklumkan bahawa terdapat budak merayau-rayau atau tersesat dan tidak dapat balik ke rumahnya?

Pada fikiran saya, jika persoalan tersebut yang dibahaskan dan dikupas seadanya dalam tempoh yang amat terhad itu oleh para ahli panel, ia sekurang-kurangnya dapat membantu banyak pihak termasuklah pihak polis, rukun tetangga, NGO, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Institusi Pendidikan Tinggi dalam membuat kajian lanjut serta para mahasiswa yang mengambil bidang berkaitan seperti kaunseling dan sains sosial. Dengan demikian juga, pihak kerajaan akan mendapat input yang lebih menyeluruh untuk dijadikan justifikasi dalam membuat sesuatu dasar dan perancangan ke arah keharmonian masyarakat.

Mungkin ada antara pembaca yang bersetuju dengan saya meskipun ramai yang rasa meluat apabila saya menulis artikel ini. Secara kebetulan, saya membaca buku Kenichi Omae tiga hari lalu, iaitu buku yang diterjemahkan oleh Dr. Siti Maimon Kamso Wan Rafaei dan Dr. Mohd. Fadzil Akram, yang diterbitkan oleh DBP dengan tajuk Pemikiran Ahli Strategi: Seni Perniagaan Jepun. Justeru saya tidak menolak kalau pertimbangan saya ini turut dipengaruhi oleh pemikiran dan teori Kenichi Omae seperti yang dijelaskan dalam Bab 1 buku berkenaan. Menurut Kenichi Omae, dalam menyelesaikan sesuatu masalah, adalah penting pada mulanya kita merumuskan persoalan itu dengan cara yang akan membolehkan tercapainya penyelesaian1
.
Kembali kepada perbincangan dalam Fast Forward yang baru sebentar tadi berakhir, saya tidak nampak satu rumusan ke atas persoalan yang ditimbulkan yang dapat membolehkan tercapainya satu penyelesaian. Bahkan, kesimpulan yang dibuat oleh moderator pada akhir rancangan hanya akan menambahrumitkan lagi penyelesaian persoalan sebenar apabila ia meletakkan tanggungjawab kepada masyarakat; kerana dengan demikian, ia bukan menyempitkan skop ke arah mengatasi perlakuan jenayah ke atas kanak-kanak, atau ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat (penjenayah, mangsa dan orang di sekelilingnya) supaya menghargai kanak-kanak dan generasi muda, tetapi ia malah menambah luas lagi skop subjek dan fokus tindakan.

Moderator juga nampak seolah-olah mendesak agar prosedur siasatan dan/atau pengesanan oleh PDRM dipercepatkan. Dalam perkiraan saya, jawapan DSP Azilah bahawa ia bergantung kepada maklumat yang diperoleh cukup jelas menunjukkan bahawa tidak ada gunanya kita bercakap banyak - dengan lebih tepat lagi, media membuat liputan meluas, jika ia semata-mata hanya untuk mensensasikan keadaan dan melariskan jualan akhbar mereka tetapi tidak memberikan sebarang informasi dan input ke arah penyelesaian persoalan pokok; dalam hal ini penyiasatan kes dan pengesanan suspek.

Demikianlah juga halnya dengan perbincangan Fast Forward malam ini.

Fikir! Fikir! Dan Fikirkanlah!

---------------------------------

1 Kenichi Omae (1991), Pemikiran Ahli Strategi Seni Perniagaan Jepun, Kuala Lumpur: DBP hal. 7


SAMBUTAN HARI MERDEKA: MASIH RELEVANKAH LAGI?BOIKOT PENIAGA JADILAH PENGGUNA BIJAK: BIJAKKAH TINDAKAN INI?

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

December 2009
M T W T F S S
November 2009January 2010
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31