Skip navigation.

exploreopera

| Help

Sign up | Help

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

SAYA BUKAN PROFESOR...



Assalamualaikum, salam sejahtera.

Alhamdulillah. Rupa-rupanya, tanpa saya sedari, seseorang telah memberi saya gelaran yang tidak pernah saya termimpikannya, iaitu Profesor. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Segala Sesuatu. Allah juga memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari sumber-sumber yang mereka (orang yang diberi rezeki itu) tidak ketahui.

Grafik di atas adalah cekupan skrin komputer yang menyenaraikan artikel saya yang bertajuk "CADANGAN MENAMBAH USIA PERSARAAN ADALAH SATU KECELARUAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NEGARA" yang saya tulis pada 24 April 2007. Saya menemui laman blog penyiar ini secara tidak sengaja semasa saya membuat carian maklumat mengenai sumber manusia sejurus sebelum saya menulis artikel ini.

Perhatikan kandungan dalam kotak merah itu. Penulis blog tersebut telah menulis ... "Profesor dalam Bidang Pembangunan Sumber Manusia...".

Sebenarnya saya terkejut apabila membaca pengenalan penulis blog mengenai penulis artikel yang dipetiknya, iaitu saya. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini. Justeru itulah saya tuliskan artikel ini untuk memberi penjelasan mengenai siapa saya, supaya pembaca Blog Fikir! Fikir! Dan Fikir! tidak terkeliru.

Dengan jujur dan ikhlas saya tegaskan bahawa SAYA BUKAN PROFESOR. Saya sekadar anak desa yang berkesempatan menikmati pembangunan negara yang antaranya termasuklah dalam bidang pendidikan.

Saya dilahirkan pada 1965 di sebuah perkampungan terpencil iaitu di Kg. Bangkarat, Mukim Tungku, Daerah Lahad Datu, dalam negeri Sabah, di Malaysia. Oleh kerana kampung kelahiran saya amat terpencil sehinggalah Gugusan FELDA SAHABAT dibuka, maka saya tidak menerima pendidikan mengikut jadual biasa persekolahan seorang anak bandar.

Saya mula memasuki persekolahan Darjah 1 pada 1979, apabila Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Makuou (kini SK Sri Pantai), yang terletak kira-kira 1.6 km dari rumah keluarga saya, dibuka pada tahun tersebut. Saya sangat terhutang budi kepada Cikgu Hashim Hj. Zainuddin, Guru Besar pertama SRK Makuou sehingga 1982.

Dari SRK Makuou, saya melanjutkan pelajaran ke SMK Tungku pada 1983. Pada masa itu SMK Tungku baru dua tahun dibuka, dan Tingkatan tertinggi di sekolah tersebut hanya Tingkatan Dua. Saya juga terhutang budi kepada Cikgu Mohd Nor Talanjul, Pengetua pertama SMK Tungku, kerana bukan sahaja memberi dorongan kepada saya untuk terus belajar, tetapi beliau telah menempatkan saya dalam Tingkatan Dua 'B', setelah dua minggu sesi persekolahan Penggal Pertama. Saya meneruskan pelajaran menengah atas di SMK Agaseh, Lahad Datu selama dua tahun iaitu pada 1986 - 1987.

Pada 1988 - 1991 saya mengikuti pengajian Ikhsisas Di Institut Kesihatan Umum (IKU), Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dengan tahap kelayakan peringkat Diploma. Kemudian saya beruntung kali kedua apabila pada tahun 2003 Universiti Terbuka Malaysia (OUM) membuka Pusat Pembelajaran Tempatan (PPT) di Sandakan (tempat saya bekerja). Saya mendaftar masuk dan saya telah ditawarkan untuk mengikuti Pengajian Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Dengan Kepujian). Saya bergraduat pada Julai 2007. Alhamdulillah, semuanya mengikut jadual. Dengan kelulusan akademik inilah saya menjadi saya pada hari ini.

1979 - 1983 : SRK Makuao (Darjah 1 - 6)
1984 - 1985 : SMK Tungku (Tingkatan 1 - 3)
1986 - 1987 : SMK Agaseh (Tingkatan 4 - 5)
1988 - 1991 : Institut Kesihatan Umum, Jalan Bangsar, KL (Diploma RSH)
2003 - 2007 : Open University Malaysia (OUM) [BBA(Hons)]

Tetapi segala-galanya bermula pada Ogos 1991, apabila saya menamatkan pengajian di IKU dan balik ke Lahad Datu. Sementara menunggu panggilan untuk bekerja (melapor diri) saya mempunyai masa terluang yang sangat lapang pada saya. Masa lapang itu telah saya gunakan sepenuhnya untuk membaca Al-Quran Dan Terjemahannya. Saya membaca kalimat demi kalimat secara bersuara, dan membaca terjemahannya juga kalimat demi kalimat. Alhamdulillah, saya menghabisi keseluruhan 30 juzuk al-Quran itu pada akhir tahun 1992 yang pada masa itu saya telah bekerja di majikan saya sekarang ini. Semenjak itu, aktiviti berfikir - dalam semua perkara yang terfikirkan oleh saya - menjadi hobi dan kegemaran saya.

Dengan pengakuan ini, saya harap semua pembaca termasuk penulis/empunya blog
Berita Dan Info Teknologi Informasi - Segalanya tentang berita terkini
dapat menerima kehadiran saya seadanya dalam dunia digital ini. Saya bukan Profesor.

Nota:
Saya juga tidak pernah menulis kecuali dalam blog Fikir! Fikir! Dan Fikir! ini, menyiapakan manuskrip Kamus Ringkas Bajau-Melayu, Ikhtisar Tatabahasa Bahasa Bajau (belum dijilid dan belum sempurna lagi) dan satu rakaman peristiwa bertajuk 'Juli Gadisku' dalam bentuk cetakan komputer. Juli Gadisku telah saya serahkan kepada Saudara Sasjirah, seorang penulis cerpen dan puisi di Sandakan.


MALAYSIA DIJAJAH SEMULA?MAKMAL BUKAN SYARAT UNTUK MENCIPTA TEORI SAINS

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

Please type this security code : 66fba3

Smilies

September 2008
MTWTFSS
August 2008October 2008
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930