FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

SEBULAN SUDAH BERLALU

Hari ini genap sebulan PRU12sudah berlalu. Namun cakap-cakap politik terus kedengaran seolah-olah masa berkempen belum selesai.

BN yang kalah teruk terus-terusan menerima kritikan daripada pelbagai pihak. Pembaharuan dan perubahan yang cuba dilakukan oleh kerajaan terus dipolitikkan oleh pihak lawan. Natijahnya, pemimpin kerajaan tak selesa duduk. Apa tidaknya, pemimpin kerajaan selain memimpin kerajaan, mereka juga memimpin parti politik. Inilah demokrasi ala Malaysia.

Cakap-cakap politik terus kedengaran. UMNO adalah antara yang sedang berjuang habis-habisan bukan sahaja untuk mempertahankan diri, tetapi untuk membersihkan imej dan mengembalikan keyakinan rakyat serta ahli-ahli kepada UMNO.

Di lain pihak, gabungan parti-parti pembangkang terus menyusun kekuatan mereka melalui penubuhan Pakatan Rakyat atau PR.

Apa yang dilakukan baik oleh UMNO/BN mahupun Pakatan Rakyat sudah sewajarnyalah begitu kalau dilihat dari sudut pengurusan dan pentadbiran. Buat post mortem, putuskan apakah tindakan pembetulan yang 'betul' dan laksanakannya. Sudah tentu setiap tindakan merupakan strategi pihak-pihak terlibat untuk memperkemas diri masing-masing.

Namun, setelah sebulan berlalu, cakap-cakap politik terus kedengaran. Anehnya, hanya dua parti yang mendominasinya iaitu UMNO di pihak BN dan PAS di pihak PR. Kenapa begitu?

UMNO yang sudah kalah banyak-banyaklah bersabar. PAS yang sudah menang banyak-banyaklah bersyukur. Strategi perlu disusun, pentadbiran kerajaan perlu dimantapkan dan kebajikan rakyat harus diutamakan.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!


ENAM INDERA MANUSIAWIRAMALAN: UMNO/BN DAN PAS AKAN BERGABUNG 15 TAHUN DARI SEKARANG

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30