Skip navigation.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

YANG MANA LEBIH BAIK: GAJI NAIK ATAU SUBSIDI NAIK

Yang mana lebih baik, jumlah tambahan perbelanjaan kerajaan akibat kenaikan gaji;
bayar kepada--- 
a) kakitangan awam sebagai gaji; atau 
b) pengeluar sebagai subsidi?


Persoalan di atas saya bangkitkan dalam sebuah forum komuniti yang saya sertai. Hampir 100% ahli forum tersebut adalah kakitangan awam.

Setakat pukul 8.00 malam 15 Mei 2007, 77% mengundi agar amaun tersebut dibayar kepada kakitangan awam sebagai gaji manakala hanya 23% yang berpendapat ia patut dibayar sebagai subsidi kepada pengeluar.

Dalam forum tersebut saya telah menggariskan beberapa kebaikan dan keburukan bagi kedua-dua keadaan tersebut, pada 14 Mei 2007. Saya petik semula di sini.


A: Bayar Sebagai Gaji

- manfaat langsung kepada kakitangan awam
- dijangka kadar produktiviti meningkat [apakah pentunjuk untuk mengukur 
  peningkatan ini?]
- dah macam kebiasaannya setiap kali gaji naik, harga turut naik
- kenaikan 1% gaji boleh memangkinkan kenaikan 3% harga agregat 
  (andaian saya sendiri, berdasarkan pemerhatian di tempat saya)
- apabila harga satu barang naik, barang lain turun naik 
  (macam penyakit berjangkit jugalah)
- akhirnya kenaikan gaji tidak dapat menampung kenaikan harga
- siapa yang menderita? kakitangan awam? MUNGKIN YA MUNGKIN TIDAK 
  kerana gaji mereka dah naik. Nelayan, petani? Mungkin YA kerana 
  mereka tak ada sain MOU dengan ikan dan tanaman kebun bahawa 
  jika harga naik, hasil tangkapan/tuaian akan meningkat (malah ancaman 
  cuaca dan keadaan iklim yang tidak menentu hari ini boleh 
  menambahterukkan lagi pendapatan mereka)
- faedah langsung hanya diterima oleh 1.2 juta kakitangan awam sahaja
- kesan negatif langsung dan tak langsung dirasai oleh seluruh rakyat 
  dan penduduk Malaysia

B: Bayar Sebagai Subsidi

- pengeluar dapat manfaat langsung
- kakitangan awam tak naik gaji
- kos pengeluaran berkurangan
- harga boleh dipaksa untuk diturunkan terutama harga minyak sebab alasan 
  pihak kerajaan menaikkan harga minyak adalah kerana kadar subsidi 
  telah dikurangkan
- apabila harga minyak dapat diturunkan, harga barang lain terpaksa turun
- nelayan, petani? senang hati kerana harga baja, pukat, pancing dan 
  minyak turun.
- apabila harga semua barang turun, kuasa beli rakyat meningkat 
  walaupun gaji tak naik
- faedah langsung dan tak langsung dapat dinikmati oleh seluruh rakyat 
  dan penduduk Malaysia 



Belum pun sampai 36 jam, isu kenaikan harga telah disiarkan dalam Utusan Online iaitu pada 15 Mei 2007 (Hari ini).

Saya yakin, akan lebih banyak lagi barang keperluan yang akan dinaikkan harganya apabila kenaikan gaji telah diumumkan.

Sememangnya saya (secara peribadi) tidak menyokong kenaikan gaji kakitangan awam walaupun saya seorang yang bakal mendapat manfaat daripadanya. Sebaliknya saya lebih setuju jika subsidi dinaikkan kerana ia menguntungkan semua pihak.

Sebenarnya, apa yang penting dalam nilai mata wang ialah kuasa beli. Apalah erti gaji naik kalau kuasa beli kita menurun? Dan yang paling menderita golongan yang tidak mempunyai pekerjaan tetap atau mereka yang berpendapatan di bawah RM500.00 sebulan. Kawan-kawan di Semenanjung Malaysia mungkin tidak percaya bahawa di Sabah ada KIR (Ketua Isi Rumah) yang berpendapatan RM500 sebulan pada mereka ini masih menanggung hingga 5 orang anak?

Janganlah kita (ceupacs) hanya memikirkan amaun wang yang diterima tetapi fikirkanlah apa erti kesejahteraan hidup...sekarang kerajaan dah buat keputusan awal dan ini tak boleh ditarik balik....sanggupkah kita memperjuangkan nasib penganggur di negara kita dengan meminta kerajaan untuk meningkatkan subsidi?.....mustahil....

Apa pun kita tunggu dan lihat kesan sebenar akibat kenaikan gaji kakitangan awam....

CADANGAN MENAMBAH USIA PERSARAAN ADALAH SATU KECELARUAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NEGARAIOI raih laba sembilan bulan RM1.38b

Comments

avatar
tun writes:

assalamualaikum...
just trying to send some comment.
gaji dah naik,subsidi x dapat r?
harga barang akan naik? mm,nampaknya orang akan lebih banyak menghabiskan masa bekerja nak cari duit lebih lagi??? private sector x dapat apa2???

By anonymous user, # 24. May 2007, 12:56:57

avatar
Waalaikum assalam...

Mengikut keyakinan kerajaan, kenaikan gaji kakitangan awam akan melonjakkan 0.5% kadar pertumbuhan ekonomi negara pada tahun ini dan 0.5% pada tahun hadapan. Jika ini benar, ia akan tetap memberi manfaat kepada semua pihak meskipun secara tidak langsung. Apa pun kita tunggu dan lihat...

Di Sandakan, Sabah, harga roti canai dah naik 42% kepada RM1.00 beberapa minggu sebelum kadar kenaikan gaji diumumkan berbanding 70 sen pada Disember 2006. Entah...mungkinkah akan naik lagi menjelang bulan Ogos??? Saya difahamkan harga roti paun juga telah naik daripada RM2.10 pada Disember 2006 kepada RM3.00 dua minggu sebelum pengumuman kadar kenaikan gaji.

Saya pernah menulis dan meramalkan yang ekonomi negara akan mengalami kemelesetan yang lebih besar berbanding apa yang kita alami pada tahun 1997. Bahang kemelesetan ini akan berlarutan selama tiga hingga lima tahun mulai pada tahun 2009 hingga 2013.....

By SHAHAIKAL, # 24. May 2007, 14:54:27

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

Please type this security code : 571b42

Smilies

January 2009
M T W T F S S
December 2008February 2009
1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31