FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

SITUASI DI PERAK: MEDAN MENGUJI STRATEGI KEEMPAT

Pada tahun 2003 saya menerima sebuah email yang ditujukan kepada Puteri UMNO khususnya dan seluruh orang Melayu amnya. Pengirim asal email mendakwa kandungan email tersebut adalah terjemahan daripada sebuah artikel yang disiarkan dalam satu majalah berbahasa Cina di London.

Antara kandungan email tersebut ialah rancangan jahat yang cuba menghancurkan Malaysia dengan berteraskan beberapa strategi. Antara lain strategi tersebut adalah seperti berikut:-

  • Lemahkan ekonomi orang Melayu
  • Lemahkan sistem keselamatan
  • Lemahkan sistem kehakiman
  • Wujudkan situasi orang Melayu tidak lagi percaya kepada sultan/raja mereka

Strategi pertama itu dilakukan dengan ‘meneruskan pemberian saham-saham kosong’ kepada orang Melayu sebagai satu dodoian kerana sifat semula jadi orang Melayu mudah dipujuk dengan wang. Termasuk juga dalam strategi ini ialah membina lebih banyak rumah mewah di kawasan Bandar. Orang Melayu tidak mempunyai kuasa beli yang kompetetif terhadap rumah mewah dengan itu mereka dapat menguasai tanah Melayu secara pajakan tanah tapak perumahan di Bandar.

Strategi kedua pula dilakukan dengan mewujudkan ‘kekecamukan’ dalam pasukan polis untuk menimbulkan keraguan dan kegelisahan orang ramai terhadap kewibawaan pasukan keselamatan itu. Jika orang ramai sudah tidak percaya kepada polis, mereka akan bertindak dan sudah tentu pasukan polis tidak dapat mengawalnya. Selain daripada pasukan polis, agensi-agensi lain yang terlibat dalam penguatkuasaan turut menjadi perhatian, termasuklah pasukan tentera.

Strategi ketiga dilakukan dengan cuba melemahkan sistem kehakiman. Stragtegi keempat pula ialah mewujudkan keadaan di mana orang Melayu tidak lagi yakin dan percaya kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu.

Jika diamati apa yang berlaku dalam Negara kita dalam tempoh 10 tahun ini, kandungan email tersebut sukar dinafikan. cakap-cakap kaki lima pada satu ketika dahulu membualkan hal ramai orang Melayu dilantik menjadi pengerusi konglomerat yang memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada bukan Melayu semata-mata untuk mendapatkan faedah daripada keistimewaan orang Melayu. Kita juga telah melihat bagai dua pasukan keselamatan yang paling berwibawa hampir berlaga sesama sendiri apabila PDRM menyiasat BPR dan BPR pula menyiasat PDRM pada masa yang sama. Kita juga telah melihat nama baik sistem kehakiman yang cuba dicemari dengan pelbagai dakwaan dan tohmahan. Hari ini kita melihat bagaimana kesetiaan rakyat Melaysia khususnya orang Melayu, kepada Sultan dan Raja-Raja Melayu, diuji di medan politik di negeri Perak.

Kita tahu dan sedar Sultan dan Raja adalah Ketua Turus Angkatan Tentera. Bayangkan apabila orang Melayu tidak lagi menjunjung kasih kepada Sultan dan Raja, apabila Sultan dan Raja sudah tidak dipandang dan diiktiraf, lalu bagaimana Sultan atau Raja itu berkuasa memberi arahan kepada pasukan tentera yang menjadi tulang belakang menjaga kedaulatan Negara?

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!


Nota:
Artikel ini telah disunting pada 3 Disember 2010, o7:11 pm
Tarikh terbitan asal: Friday, 20. February 2009, 02:46

PENDIDIKAN: UKURAN PENCAPAIAN SEBENAR TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Comments

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Friday, December 3, 2010 11:08:37 AM


Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my
Utusan Online [3/12/2010]


PULAU PINANG 2 Dis. – Harga rumah di negeri ini merupakan yang termahal di negara ini dengan purata seunit mencecah hingga RM540,000 tahun lalu iaitu hampir lapan kali ganda purata pendapatan isi rumah penduduk Malaysia setahun.

Felo Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kajian yang dilakukan pihaknya juga menunjukkan harga rumah di negeri berkenaan turut melebihi purata harga rumah di Kuala Lumpur iaitu RM390,000 seunit.

Menurutnya, trend harga rumah yang terlalu tinggi di negeri itu bukan saja menyebabkan golongan bawahan tidak mampu langsung untuk memiliki rumah, malah golongan pertengahan juga turut mengalami nasib sama.

‘‘Amat jelas sekali harga yang ditawarkan amat jauh daripada jangkauan. Jika golongan pertengahan tidak mampu untuk membeli rumah atau pangsapuri yang dijual, apa lagi golongan bawahan.

‘‘Pada masa ini, penawaran dan permintaan untuk rumah tidak sepadan. Majoriti rakyat Malaysia mahukan rumah yang mampu dimiliki, namun pemaju lebih cenderung membina rumah mahal untuk mengaut keuntungan,’’ katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris.

Jelas Mah Hui, keadaan itu menyebabkan negara dipenuhi banyak rumah kosong yang dibina pemaju untuk memenuhi permintaan pelabur asing dan spekulator, bukannya untuk rakyat.

Menurutnya, ramai di kalangan pelabur dan spekulator memiliki dua buah rumah atau lebih sama ada dibeli untuk disewakan atau untuk tujuan menaikan harganya bagi aktiviti penjualan supaya mendapat keuntungan.

Katanya, tindakan pemaju memasarkan hartanah itu secara agresif di luar negara memandangkan ia masih murah mengikut standard antarabangsa turut menyebabkan harga rumah di negara ini bertambah tinggi.

‘‘Amat malang bagi rakyat negeri ini khususnya jika Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memandang serius isu ini. Mereka patut memperbanyakkan rumah mampu milik dan mengawal pembinaan rumah mewah terutama di bahagian pulau.

‘‘Jika kerajaan itu benar-benar ingin menjadikan rumah sesuatu yang mampu dimiliki rakyat, sepatutnya kuasa yang mereka ada digunakan untuk mengawal pemaju, sektor perbankan dan spekulator supaya kenaikan harga rumah dapat dikurangkan,” katanya.

Sementara itu S.M. Mohamed berkata, terdapat pelbagai faktor menyebabkan berlaku kenaikan harga rumah termasuk dasar kerajaan membenarkan orang asing membeli bukan sahaja pangsapuri malah hartanah lain.

Jelas beliau, pihak bank turut menyumbang kepada kenaikan harga rumah melalui pelbagai teknik pemasaran yang agresif termasuk melonggarkan standard kredit sehingga 95 peratus pinjaman kepada pembeli.

‘‘Kini tiba masanya kerajaan memulakan dasar perumahan awam yang menyediakan perumahan mampu milik terutama di bandar seperti dilaksanakan Lembaga Perumahan Singapura iaitu kerajaan menjadi pelopor pembinaan rumah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, bagi sektor perumahan swasta, kerajaan perlu memainkan peranan utama dengan mengambil langkah bersesuaian untuk mengawasi harga hartanah berkenaan bagi mengelakkan kenaikan harga yang tidak sihat.

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

February 2012
M T W T F S S
January 2012March 2012
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29