FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Tajuk artikel ini bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ia adalah klise yang telah menunjangi minda Melayu sejak beberapa lama.

Meskipun tajuk ini tergolong sebagai klise tetapi 'roh'nya tidak harus turut melapuk dek ditelan zaman. Dikatan bahawa ungkapan 'tak kan Melayu hilang di dunia' adalah ungkapan yang pernah dilafaz oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka. Zaman Kesultanan Melaka adalah rujukan kepada permulaan institusi Raja dan Sultan di Alam Melayu.

Hal ini turut disebut dalam Buletin Utama TV3 malam ini, yang menyatakan institusi Raja/Kesultanan Melayu telah bermula 600 tahun yang lalu.

Kenapa Buletin Utama TV3 menyiarkan berita ini? Kerana pada hari ini bangsa Melayu mengalami pergolakan dalaman hinggakan ada orang Melayu sendiri yang tidak lagi beradat terhadap Raja dan Sultan mereka. Perkara inilah juga yang menjadi kandungan dalam titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa merasmikan Masjid Petaling Jaya, seperti yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3.

Jika orang Melayu pada hari, yang baru 50 tahun memerintah negeri dan negara sendiri sudah berbalah, sudah lupa asal usul, sudah 'biadab', maka bagaimanakah Melayu itu tak akan hilang di dunia? Orang Melayulah yang kena berfikir dan orang Melayulah yang kena membuat keputusan.

Melihat kepada apa yang berlaku selepas PRU-12, orang Melayu mula berani menentang Sultan dan Raja bermula daripada Pak Lah apabila beliau menentang Pelantikan Menteri Besar Trengganu oleh Istana, sebaliknya mempertahankan keputusannya yang telah melantik mantan Menteri Besar untuk kekal menjadi Menteri Besar. Kejadian seterusnya yang berlaku di Perak.

Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana apa yang berlaku sudah tentu ada hikmah yang paling besar di sebalinya. Tetapi sebagai orang Melayu saya teramat risau melihat perkembangan yang berlaku.

Justeru itu, saya mencadangkan supaya Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Dewan-Dewan Parlimen tidak diketuai oleh 'orang politik' sebaliknya ia mesti diketuai oleh 'orang Istana'. Saya mencadangkan agar Speaker-Speaker Dewan dilantik oleh Yang Dipertuan Agung, Raja atau Sultan dari kalangan orang-orang Istana yang tidak terlibat dalam politik. Cadangan ini mungkin dilihat tidak masuk akal. Tetapi untuk mewujudkan keadaan yang adil kepada semua pihak khususnya wakil rakyat dan badan Eksekutif, saya berpendapat cadangan ini sangat relevan. Ia juqa penting untuk mengekalkan ketuanan Melayu dan bagi memastikan cita-cita Laksamana Hang Tuah lebih 600 tahun dahulu itu tercapai. Saya amat yakin apabila Speaker-Speaker Dewan-Dewan Undangan dan Parlimen dilantik oleh Sultan atau Raja dari kalangan 'orang Istana' maka hampir pasti bahawa 'tak kan Melayu hilang di dunia'.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!


SITUASI DI PERAK: MEDAN MENGUJI STRATEGI KEEMPATTAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Comments

Anonymous Tuesday, July 28, 2009 12:32:22 AM

skuad_elit writes: Warning !!! Warning !!! Warning !!! Amaran Sedunia Global !!! Bahawasanya Imam dan turun kedunia , kalu jahil mengaji , kalu bangang jugak hancurkan maruah keluarga sendiri , kalu tamak sangat , makan ikan masin cap palestin ,Amaran ! Amaran ! Amaran terakhir ! Kiamat pasti berlaku , syurga neraka benar , alam barzakh benar , alam mashyar benar , hukum hudud dah bermula . Integriti,

Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL Friday, July 31, 2009 12:52:42 PM

He!..He!..He!..

Anonymous Saturday, April 9, 2011 12:38:13 AM

Anonymous writes: raja alim raja disembah raja zalim raja disanggah ,daulat tuanku

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

February 2012
M T W T F S S
January 2012March 2012
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29