Skip navigation.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

Tajuk artikel ini bukanlah sesuatu yang baru, bahkan ia adalah klise yang telah menunjangi minda Melayu sejak beberapa lama.

Meskipun tajuk ini tergolong sebagai klise tetapi 'roh'nya tidak harus turut melapuk dek ditelan zaman. Dikatakan bahawa ungkapan 'tak kan Melayu hilang di dunia' adalah ungkapan yang pernah dilafaz oleh Laksamana Hang Tuah pada zaman Kesultanan Melaka. Zaman Kesultanan Melaka adalah rujukan kepada permulaan institusi Raja dan Sultan di Alam Melayu.

Hal ini turut disebut dalam Buletin Utama TV3 malam ini, yang menyatakan institusi Raja/Kesultanan Melayu telah bermula 600 tahun yang lalu.

Kenapa Buletin Utama TV3 menyiarkan berita ini? Kerana pada hari ini bangsa Melayu mengalami pergolakan dalaman hinggakan ada orang Melayu sendiri yang tidak lagi beradat terhadap Raja dan Sultan mereka. Perkara inilah juga yang menjadi kandungan dalam titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor semasa merasmikan Masjid Petaling Jaya, seperti yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3.

Jika orang Melayu pada hari ini, yang baru 50 tahun memerintah negeri dan negara sendiri sudah berbalah, sudah lupa asal usul, sudah 'biadab', maka bagaimanakah Melayu itu tak akan hilang di dunia? Orang Melayulah yang kena berfikir dan orang Melayulah yang kena membuat keputusan.

Melihat kepada apa yang berlaku selepas PRU-12, orang Melayu mula berani menentang Sultan dan Raja bermula daripada Pak Lah apabila beliau menentang Pelantikan Menteri Besar Trengganu oleh Istana, sebaliknya mempertahankan keputusannya yang telah melantik mantan Menteri Besar untuk kekal menjadi Menteri Besar. Kejadian seterusnya yang berlaku di Perak.

Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana apa yang berlaku sudah tentu ada hikmah yang paling besar di sebaliknya. Tetapi sebagai orang Melayu saya teramat risau melihat perkembangan yang berlaku.

Justeru itu, saya mencadangkan supaya Dewan-Dewan Undangan Negeri dan Dewan-Dewan Parlimen tidak diketuai oleh 'orang politik' sebaliknya ia mesti diketuai oleh 'orang Istana'. Saya mencadangkan agar Speaker-Speaker Dewan dilantik oleh Yang Dipertuan Agung, Raja atau Sultan dari kalangan orang-orang Istana yang tidak terlibat dalam politik. Cadangan ini mungkin dilihat tidak masuk akal. Tetapi untuk mewujudkan keadaan yang adil kepada semua pihak khususnya wakil rakyat dan badan Eksekutif, saya berpendapat cadangan ini sangat relevan. Ia juqa penting untuk mengekalkan ketuanan Melayu dan bagi memastikan cita-cita Laksamana Hang Tuah lebih 600 tahun dahulu itu tercapai.

Saya amat yakin apabila Speaker-Speaker Dewan-Dewan Undangan dan Parlimen dilantik oleh Sultan atau Raja dari kalangan 'orang Istana' maka hampir pasti bahawa 'tak kan Melayu hilang di dunia'.

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!


SAMBUTAN HARI MERDEKA: MASIH RELEVANKAH LAGI?TAHNIAH KEPADA PERWAKILAN

Comments

Anonymous 12. March 2009, 17:13

Anonymous writes:

kalau org istana pun main politik macamana? bertindak atas kepentingan politik walaupun secara zahirnya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Sudah ramai tokoh-tokoh politik di Malaysia ni yg berlatar belakangkan org istana. (cth: Tunku Abd Rahman, Tengku Razaleigh dll)

Anonymous 12. March 2009, 17:13

Anonymous writes:

kalau org istana pun main politik macamana? bertindak atas kepentingan politik walaupun secara zahirnya tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. Sudah ramai tokoh-tokoh politik di Malaysia ni yg berlatar belakangkan org istana. (cth: Tunku Abd Rahman, Tengku Razaleigh dll)

SHAHAIKAL 14. March 2009, 17:07

Tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman dan Tengku Razaleigh tidak boleh disifatkan sebagai 'orang istana' sekalipun mereka adalah keluarga atau kerabat di-Raja. Mereka sebenarnya adalah 'orang politik'.

'Orang Istana' yang dimaksudkan ialah orang-orang yang mempunyai jawatan di Istana sama ada dia kerabat di-Raja atau bukan, misalnya Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah orang yang memegang jawatan di Istana.

Mungkin juga jawatan 'Speaker Dewan' itu perlu diwujudkan di bawah Majlis Raja-Raja dan Majlis Raja-Raja akan bertanggungjawab membuat pemilihan dan pelantikan. Tempoh perkhidmatan Speaker bolehlah ditetapkan tanpa had sebab dia adalah wakil Sultan, dan/atau Yang Di-Pertuan Agong. Bagi Negeri-Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah, pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri hendaklah sama dengan pelantikan T.Y.T iaitu dilakukan oleh Yang Di-Pertuan Agong, tetapi mestilah atas nasihat atau cadangan daripada T.Y.T bukan Ketua Menteri atau MB.

"Hidup Melayu...Hidup Islam..."

FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

December 2009
M T W T F S S
November 2009January 2010
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31