RAMALAN: EKONOMI MALAYSIA MELESET PADA 2009-2013 & 2020 - 2024
Saturday, August 12, 2006 6:18:23 PM
Sepanjang tempoh tersebut Malaysia pernah mencatatkan penurunan ekonomi dengan kadar pertumbuhan output benar di bawah 5% pada tahun 1967, 1% pada 1974-1975, -2% pada 1985-1986 dan yang terakhir -7% pada 1997-1998.
1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk) 1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia 1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan 1997-1998 - akibat krisi kewangan di Asia
Jika kita melihat kepada graf tersebut, ekonomi Malaysia pasti akan mengalami kejatuhan bukan sahaja pada selang yang hampir sekata, iaitu setiap 10 tahun, bahkan juga mengikut nilai kejatuhan yang seragam. Dengan melihat kepada graf ini juga, justeru intuisi saya meramalkan bahawa tren tersebut akan berulang seperti yang berikut:
1967 - kejatuhan pertama setelah 1963 (Malaysia terbentuk) 1974-1975 - akibat krisis harga minyak dunia 1985-1986 - akibat kejatuhan harga komoditi; dan 1997-1998 - akibat krisi kewangan di Asia
2009-2013 - akibat krisis politik dalam negeri; dan 2020-2024 - akibat krisis sumber manusia
Saya juga meramalkan bahawa krisis ekonomi pada 2009--2013 adalah lebih gawat berbanding keadaan 1997-1998, mungkin mencatatkan sehingga ke paras -10% dan lebih teruk lagi pada tahun 2020-2024 itu yang berkemungkinan akan mencatatkan 16% di bawah sifar.
Justeru wahai bangsaku, marilah kita berwaspada dan bersatu teguh bercerai roboh agar negara kita dan kita sendiri tidak mengalami seperti apa yang dialami pada zaman Nabi Yusuf.
Wallahu a'lam.








1 2 Next »
Anonymous # Friday, September 1, 2006 2:39:00 AM
Anonymous # Friday, October 13, 2006 5:25:14 PM
Anonymous # Friday, March 28, 2008 8:08:54 AM
Anonymous # Friday, March 28, 2008 1:36:23 PM
Anonymous # Friday, March 28, 2008 2:49:00 PM
son85 # Sunday, March 30, 2008 2:43:38 PM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Monday, March 31, 2008 6:57:51 AM
Kerajaan tidak akan berdiam diri dalam perkara ini. Selain terus berusaha menarik pelaburan dari luar, kerajaan juga akan mempertingkat usaha penggalakan penyertaan rakyat khususnya bumiputera dalam bidang keusahawanan. Selain daripada itu IPT turut memperkenalkan subjek keusahawanan bagi menyokong dasar kerajaan ini. Tenaga kerja yang menganggur kini juga sangat terdedah kepada pelbagai jenis maklumat yang boleh membantu pembangunan kerjaya masing-masing. Kemunculan syarikat-syarikat jualan langsung yang berwibawa turut memberi laluan dan peluang kepada tenaga kerja yang kehilangan pekerjaan akibat tindakan pelabur asing menutup operasi di Malasia.
Satu perkara yang sangat penting ialah internet dan ICT kini berjaya meletakkan diri dalam arus pemikiran golongan muda dan masyarakat bandar yang menjadi sebahagian besar daripada tenaga kerja Malaysia. Kenaikan kos sara hidup yang berterusan juga turut memainkan peranan dalam memotivasikan rakyat untuk memaksa diri berfikiran kreatif dan inovatif.
Justeru, kehilangan pekerjaan hari ini hanya berlaku untuk tempoh beberapa jam sahaja (mungkin). Pekerja yang kehilangan pekerjaan akan dengan segera mendapat pekerjaan baru sama ada pekerjaan yang baru itu sama dengan pekerjaan lamanya, atau pekerjaan baru itu betul-betul bersifat baru bagi pekerja tersebut.
Anonymous # Tuesday, August 18, 2009 3:53:30 AM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Tuesday, August 18, 2009 4:12:36 PM
Hmmm...iyakeh?
Saya yakin majoriti rakyat Malaysia setuju dengan saran putri agar kita bersatu menyelamatkan ekonomi negara. Bahkan dari sudut politik pun, kedua-dua pihak pemerintah dan pembangkang menyerukan saran yang serupa. Masalahnya kita sukar menyatukan pendapat dan pendekatan dalam usaha memperkukuh ekonomi negara.
Mungkin puteri ada idea ajaib mengenai pendekatan terbaik yang boleh diterima oleh semua pihak...kongsikannya di sini.
Terima kasih
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Friday, August 21, 2009 9:58:02 PM
Berikut adalah beberapa laman web/blog/forum yang memetik artikel di atas dengan menyatakan sumber rujukan/memberi kredit kepada penulis/blog Fikir! Fikir! Dan Fikir! Terima kasih kepada semua.
1. http://drluwoh.blogspot.com/2008/11/ekonomi-malaysia-bakal-meleset.html
2. http://groups.google.co.id/group/smspp7377/browse_thread/thread/5d2f0dd121cada4c
3. http://nkamariyah.blogspot.com/2009/03/ramalan-ekonomi-malaysia-meleset-pada.html
4. http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/41584-ramalan-ekonomi-malaysia-meleset-pada-2009-2013-2020-2024-a.html
5. http://www.tkodaily.net/v2/modules.php?name=News&file=article&sid=8
6. http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TLB155HG8HHPOQA4J/p2#c24
7. http://akudinda.blogspot.com/2009/04/ramalan-ekonomi-malaysia-meleset-pada.html
Manakala yang berikut pula adalah beberapa laman web/blog/forum yang memetik artikel atau tajuk artikel di atas secara tidak beretika (tidak menyebut sumber ambilan mereka bahkan ada yang seolah-olah cuba menonjolkan bahawa artikel itu dia punya atau dia yang tulis):-
1. http://www.massinside.com/?p=351
2. http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TMSB2J6UPUQK84EVK#c5
3. http://www.iklan4level.com/id/artikel/ekonomi-malaysia.php [LIHAT PADA RUANG DI SUDUT ATAS SEBELAH KIRI SKRIN ANDA]
4. http://freedom4fighters.blogspot.com/2009/05/ramalan-ekonomi-malaysia-meleset-pada.html [SUMBER RUJUKAN DINYATAKAN TIDAK JELAS]
5. http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TKN0STE23PP9QQVG7/p5#c98
6. http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=394186&page=3&authorid=1139362
Anonymous # Saturday, August 29, 2009 4:20:32 PM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Monday, August 31, 2009 1:42:54 PM
Bioteknologi sebagai satu cabang dalam kemajuan pengetahuan manusia tidak dijanjikan untuk dimiliki hanya oleh orang Malaysia sahaja. Ia milik sesiapa sahaja. Sejak Malaysia merdeka, khasnya sejak UPM dan MARDI ditubuhkan, pelbagai teknlogi (dalam bentuk teori dan formula - termasuklah bioteknologi) mungkin telah dihasilkan. Tetapi ke mana perginya teori dan formula teknologi tersebut? Hanya tersimpan di khutub khanah perpustakaan barangkali.
Kesimpulannya, walaupun teknologi mempunyai fungsi yang amat besar dalam pembinaan sesuatu tamadun (kemajuan sesuatu bangsa) tetapi usaha sesuatu bangsa itulah yang menjadi penentu kemajuan negara atau bangsa berkenaan. Justeru itu, jika ingin Malaysia maju dan cerah masa hadapannya, bukan teknologi semata yang menjadi penentunya tetapi ia akan bergantung kepada sejauh mana rakyat dan penduduk Malaysia dapat berganding bahu memikul rintangan dan segala beban serta menjinjing segala laba dan keuntungan demi kesejahteraan bersama.
Anonymous # Wednesday, September 16, 2009 6:06:29 PM
Anonymous # Friday, October 9, 2009 1:32:56 PM
Anonymous # Friday, October 9, 2009 1:38:50 PM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Saturday, October 10, 2009 4:26:44 AM
Saya setuju dengan kedua-dua pendapat di atas.
1. Ahli-ahli politik Malaysia harus mendahulukan nilai-nilai profesionalisme yang tinggi dan menjauhkan perasaan peribadi yang lebih bersifat sentimen. Dengan demikian, mereka boleh berhujah dengan matang dan ilmiah sama ada di dalam Dewan Parlimen mahupun di luar dewan, demi keutuhan negara dan bangsa Malaysia. Soal remeh-temeh yang boleh menjejaskan perpaduan, menjatuhkan maruah individu (pihak lawan) dan sebagainya tidak perlu dibangkitkan lebih-lebih lagi di luar waktu kempen pilihan raya.
2. Para cendekiawan Malaysia, tanpa mengira apakah mereka itu ahli ekonomi, pengurusan, politik, pendidikan, sosial dan sebagainya harus berkumpul dan menghasilkan idea-idea, teori dan saran-saran positif untuk memastikan negara ini terus kukuh dan maju dalam semua bidang. Persoalannya, adakah ahli-ahli politik sedia dan sanggup mengimplementasikan temuan-temuan bijak pandai Malaysia ini? Kadang-kadang pula terdapat dikalangan cendekiawan ini yang tidak bersikap profesional sehingga memberi pandangan yang lebih cenderung menyokong satu pihak (dalam politik). Cendekiawan adalah golongan bijak pandai yang sepatutnya bersikap berkecuali.
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Saturday, October 10, 2009 4:29:40 AM
Tentang dr.mahathir-wawasan 2020....tahun 2020-ekonomi lingkup lagi....
Apabila saya meramal ekonomi Malaysia akan meleset pada 2020 - 2024, ia adalah disebabkan oleh kejayaan Wawasan 2020, bukan kegagalan wawasan tersebut. Wawasan 2020 menggariskan pada tahun 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara maju. Sudah tentu ia merujuk kepada pengetahuan rakyat Malaysia dan penguasaan mereka terhadap teknologi...Dr. Mahathir mahu rakyat Malaysia turut berperanan sebagai pengeluar teknologi bukan sekadar pengguna teknologi yang di hasilkan oleh orang lain.
Yang menjadi faktor kemelesetan ekonomi Malaysia (mengikut ramalan saya) adalah disebabkan oleh kegagalan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu memahami (atau sengaja tidak mahu mengambil tahu) terhadap matlamat sebuah negara bangsa.
Saya meramalkan pada tahun 2020, rakyat Malaysia tidak lagi bergantung semata-mata kepada sumber-sumber dalam negeri untuk memperolehi pendapatan - bermaksud rakyat Malaysia boleh menjana pendapatan dari seluruh dunia dengan hanya duduk di rumah. Oleh kerana itu, mereka tidak mengharapkan sebarang bentuk pekerjaan seperti pada hari ini, akibatnya ramai antara rakyat Malaysia tidak mahu bekerja kerana mereka boleh menikmati kehidupan hasil pendapatan dari luar negara dengan hanya duduk diam-diam di rumah.
Maka, kemelesetan ekonomi Malaysia pada tahun 2020-2024 yang saya ramalkan bukan disebabkan kegagalan dasar-dasar dan pemikiran Dr. Mahathir yang terkandung dalam Wawasan 2020 itu.
Anonymous # Friday, February 5, 2010 7:40:58 AM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Friday, February 5, 2010 12:55:45 PM
Dalam blog ini tidak ada yang salah dan tidak ada yang betul. Semua perbincangan adalah semata-mata untuk menjana pemikiran kreatif dan kritis. Saudara boleh saja bersetuju, dan boleh tidak bersetuju atau berkecuali. Pokoknya, melalui perbincagan dalam blog ini saudara terpanggil untuk turut sama berfikir - berfikir secara kreatif dan kritis.
Terima kasih kerana memberi komen, juga terima kasih kerana memberikan pendapat.
Wassalam
Anonymous # Wednesday, February 17, 2010 3:07:31 AM
Anonymous # Wednesday, February 17, 2010 4:54:43 AM
Anonymous # Tuesday, April 27, 2010 9:42:53 AM
Anonymous # Friday, July 2, 2010 5:20:24 PM
Anonymous # Sunday, July 4, 2010 6:50:11 PM
Anonymous # Sunday, July 4, 2010 7:00:29 PM
Anonymous # Monday, August 2, 2010 3:28:45 AM
Anonymous # Monday, August 2, 2010 3:30:26 AM
Anonymous # Monday, August 2, 2010 3:33:23 AM
Anonymous # Monday, August 2, 2010 3:34:57 AM
Anonymous # Monday, August 2, 2010 3:43:27 AM
Anonymous # Monday, August 2, 2010 3:45:23 AM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Monday, August 2, 2010 10:47:07 AM
Anonymous # Wednesday, August 4, 2010 3:45:13 PM
Anonymous # Wednesday, August 4, 2010 3:46:53 PM
Anonymous # Wednesday, August 4, 2010 3:48:55 PM
Anonymous # Wednesday, August 4, 2010 3:50:37 PM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Wednesday, August 4, 2010 6:06:43 PM
Kejatuhan ekonomi ada hikmahnya. Mudah-mudah apabila kita terasa sempitnya hidup apabila negara menghadapi masalah ekonomi, kita bukan sahaja melipatgandakan usaha, tenaga dan pemikiran tetapi memperkukuh perpaduan sesama kita melalui kerjasama yang erat antara sesama kita. Inilah yang ditekankan oleh mantan PM, Tun Dr. Mahathir sejak dahulu hingga kini.
Semoga Berjaya! Aman! Dan Makmur!
Anonymous # Monday, October 4, 2010 5:10:12 PM
Anonymous # Thursday, October 7, 2010 6:32:27 AM
Anonymous # Saturday, October 9, 2010 2:04:08 PM
Anonymous # Sunday, October 10, 2010 4:53:27 AM
Anonymous # Sunday, October 10, 2010 4:54:47 AM
Mohd Shah A HassanSHAHAIKAL # Sunday, October 10, 2010 1:04:18 PM
Ada banyak faktor yang perlu diambil kira. Selain yang dijelaskan oleh med90, faktor-faktor lain yang menjadi penentu termasuklah dasar kerajaan (negara pengeksport dan negara pengimport), perjanjian perdagangan antarabangsa antara negara-negara yang terlibat (sekatan tertentu yang dikenakan oleh negara pengeluar sendiri dan negara penerima (pemasar)), standard piawaian antara negara, dan strategi pemasaran oleh syarikat pengeluar.
Tentang strategi pemasarasan oleh syarikat pengeluar, ada beberapa opsyen strategi yang boleh dipilih. Ada syarikat yang menggunakan kekuatan kualiti dan jaminan kualiti untuk menembusi pasaran luar. Syarikat-syarikat automobil Jepun dapat menembusi pasaran Amerika kerana strategi ini.
Ada juga syarikat yang menggunakan strategi harga untuk menembusi pasaran luar. Pernah dilaporkan tidak berapa lama dahulu, bagaimana beberapa syarikat pengeluar produk tekstil dan barangan berasaskan kulit dari China dapat menguasai pasaran Eropah kerana mereka menggunakan strategi harga.
Strategi lain termasuklah menggunakan faktor budaya, kekuatan rangkaian, penawaran perkhidmatan selepas jualan dan sebagainya.
Strategi mana yang paling sesuai? Itu hanya diketahui oleh syarikat berkenaan sahaja setelah melakukan R&D pemasaran globalnya. Sudah tentu, ini sudah mengambil kira semua faktor sama ada daripada sudut perundangan antarabangsa, budaya, persaingan, kos dan jaminan kualiti.
Anonymous # Monday, October 11, 2010 3:29:23 AM
Anonymous # Monday, October 11, 2010 9:20:51 AM
Anonymous # Wednesday, October 20, 2010 2:20:11 PM
Anonymous # Wednesday, November 3, 2010 12:45:54 AM
Anonymous # Wednesday, November 17, 2010 11:57:05 AM
Anonymous # Saturday, January 1, 2011 1:21:14 AM
Anonymous # Sunday, February 6, 2011 7:41:05 AM