SURAU DALAM TANDAS VS TANDAS DALAM SURAU
Friday, 14. August 2009, 14:51:37
Tidak disangkal lagi, kebersihan adalah elemen yang menjadi keutamaan setiap tamadun bangsa-bangsa yang ada di dunia; sejak zaman dahulu kala hinggalah hari ini, dan dari Barat hingga ke Timur serta dari Utara ke Selatan.
Sejak belakangan ini Malaysia adalah antara negara yang cuba mewujudkan persekitaran bersih khususnya di tandas awam. Ini sudah tentu adalah sebagai langkah proaktif dan bersungguh-sungguh pihak berkuasa untuk menyokong saran dan penarafan World Toilet Organisation (WTO).
Maka pelbagai bentuk kempen dilancarkan untuk memberi kesedaran kepada semua pihak: pengguna, pengendali, dan yang empunya tandas itu. Pelbagai tindakan diambil bagi menaiktaraf tandas awam untuk mencapai taraf world class toilet. Justeru adalah terdapat pihak yang sanggup membina tandas awam seharga sebuah banglo, atau semahal sebuah bangunan kecil yang boleh dijadikan motel.
Usaha menaik taraf tandas ini tidak terhad kepada jumlah perbelanjaan membinanya, bahkan turut melibatkan kepakaran arkitek dan kejuruteraan yang tinggi semata-mata untuk menjadikan sebuah tandas ini menarik, mesra pengguna, automatik dan sebagainya.
Atas kesedaran perlunya tandas dinaik taraf, dan kerana kosnya yang mencecah ratusan ribu ringgit (bandingkan dengan jumlah peruntukan untuk membina sebuah masjid kampung, atau jumlah sumbangan untuk membina sebuah masjid konkrit di bandar atau di taman perumahan), ditambah pula dengan kepintaran arkitek senibina, arkitek landskap serta jurutera dan perunding serta pihak berkuasa yang berkaitan, maka terciptalah beberapa bangunan tandas yang betul-betul tarafnya teramat tinggi (kerana sememangnya ia dinaikkan) sehingga melebihi taraf sebuah rumah ibadat.
Untuk menjadikan tandas ini berada ditahap tertinggi maka dibinalah rumah ibadat di dalam tandas atau di dalam kawasan yang diwartakan atau diluluskan sebagai kawasan tandas awam. Di beberapa buah negeri dan daerah di Malaysia, rumah ibadat khususnya surau dijadikan pelengkap kepada sebuah tandas awam yang telah diangkat darjatnya itu.
Agak malanglah bangsaku yang mengaku umat beragama tetapi menjadikan rumah peribadatan hanya sebagai pelengkap kepada sebuah tandas awam.
Bukankah lebih baik dibina banyak-banyak surau, masjid, gereja, kuil dan tokong di merata tempat di Malaysia dan kemudian rumah-rumah ibadat tersebut dilengkapi dengan sebuah tandas automatik yang mesra pengguna sesuai dengan sifatnya sebagai pelengkap kepada sebuah rumah ‘suci’ (peribadatan) itu?
Tetapi yang peliknya pula, setakat ini, kita mengetahui hanya surau yang dibina di dalam tandas atau di dalam kawasan tandas. Kenapa tiada gereja, tokong dan kuil? Setahu saya, kebanyakan pelancong asing yang kita cuba hidangkan dengan sebuah bangunan tandas harmoni itu kebanyakannya datang dari negara orang Barat yang bukan beragama Islam. Atau adakah majoriti pengguna tandas awam dari kalangan rakyat Malaysia ini dari kalangan umat Islam sahaja sehingga kerana itu tak perlulah bina gereja, kuil dan tokong di tandas awam itu?
Dan kalaulah mereka itu (para pelancong asing itu) sekalipun dari kalangan umat Islam, Kristen, Hindu atau Budha, tetapi di Malaysia sudah ada masjid, gereja, kuil dan tokong yang saya yakin tempat-tempat suci itu (mengikut kepercayaan masing-masing) sememangnya sudah dilengkapi dengan kemudahan untuk bersuci dan mencuci. Selain daripada itu pula semua hotel dan tempat penginapan serta taman-taman rekreasi, restoran dan sebagainya yang menjadi tumpuan pengunjung itu sudah ada kemudahan tandas yang mencukupi.
Justeru itu, apakah rasional membina rumah ibadat khususnya surau di dalam tandas atau di dalam kawasan tandas itu? Bagi penganut Islam, ibadah solat anda tidak sah jika anda dalam keadaan berhadas (kecil atau besar) tetapi anda boleh pada bila-bila masa mengangkat hadas sekalipun tidak ada rumah ibadah atau kemudahan beribadah di situ.....dengan kata lain, untuk masuk ke masjid, anda perlu berwudu terlebih dahulu tetapi untuk masuk ke tandas anda tak semestinya harus menunaikan solat sunat.
Marilah kita renung-renungkan kembali apa sudah jadi dengan masyarakat dan sistem sosial Malaysia kita...

Anonymous # 27. November 2006, 14:22
Assalamualaikum..
Sebuah artikel yang menarik dan mengejutkan. Boleh saudara berikan beberapa contoh tempat di mana berlakunya kes "surau dalam tandas"?
Mohd Shah A Hassan # 30. November 2006, 20:20
Di Melaka. Saya juga difahamkan bahawa di Petaling Jaya juga ada tetapi yang ini belum disahkan. Selain daripada itu, beberapa bulan lalu tersiar di Berita Jam 8 TV1 dalam segmen Tandas Bersih, akan permintaan seorang peniaga gerai di Terengganu yang meminta pihak berkuasa untuk 'membaiki dan kalau boleh memindahkan tandas sedia ada dengan disediakan surau untuk kemudahan pengunjung gerai tersebut' - saya dah tak ingat apa nama pusat gerai itu dan di daerah mana.
Di Sandakan pula, Majlis Perbandaran Sandakan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kecil untuk menangani permasalahan ketidakbersihan tandas awam. Saya difahamkan bahawa, dalam mesyuarat pertama jawatankuasa tersebut, cadangan telah dibangkitkan supaya tandas-tandas awam yang akan dibina perlu dilengkapi dengan surau mengambil contoh apa yang telah dilaksanakan di Semenanjung. Untunglah salah seorang daripada AJK membantah keras perkara tersebut dengan pelbagai alasan dan bantahannya diterima.