FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!

~ Blog Peribadi: Menjana Pemikiran Kritis & Kreatif ~

MELAYU, UMNO DAN KEMERDEKAAN


MELAYU, UMNO DAN KEMERDEKAAN

Sejarah kewudujan Negara Melayu di Malaysia lazimnya dirujuk bermula sejak terbangunnya Kesultanan Melaka dan terbinanya negeri Melaka kira-kira 600 tahun yang lalu (tepatnya 609 tahun yang lalu iaitu sejak 1400M). Negeri Melaka telah menjadi sebuah negara apabila berjaya mengembangkan empayarnya hingga menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian Sumatera, serta Patani (mohon betulkan jika saya tersalah). Negara Melaka ini diperintah, didukuki, dan dihuni oleh orang Melayu. Dengan kata lain, penduduk, rakyat, kerajaan dan pemerintah Negara Melaka adalah orang-orang Melayu.

Kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis pada 1511, iaitu setelah wujud selama 111 tahun - bandingkan dengan tempoh kemerdekaan Tanah Melayu yang kini baru mencecah 52 Tahun, dan kewujudan Malaysia yang baru mencecah 46 tahun, kini – menandakan bermulanya perjuangan orang-orang Melayu untuk memerdekakan kembali Negara mereka yang dirampas oleh kuasa asing itu.

Perjuangan orang-orang Melayu sama ada untuk memerdekakan Negara Melaka yang telah dikuasai orang asing itu, mahunpun untuk mengekalkan kedaulatan Sultan-Sultan Melayu di negeri-negeri Melayu yang bebas dari tangan Portugis, termasuk di Brunei dan Negara Sulu berterusan sejak 1511 hingga 1957 (446 tahun) apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, atau 1963 (452 tahun) apabila Malaysia terbentuk yang telah menyebabkan wilayah Borneo Utara (wilayah Kesultanan Sulu) dan Sarawak (wilayah Kesultanan Brunei) merdeka dengan sendirinya.

Bak kata Perdana Menteri Malaysia Ke-4, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed semasa beliau masih Perdana Menteri, yang beliau ungkapkan dalam bait-bait puisi yang berjudul ‘Perjuangan Belum Selesai’, orang Melayu terus berjuang dan sewajibnya terus berjuang untuk mempertahankan kedaulatan Negara mereka iaitu Malaysia agar kemerdekaan yang dicapai pada 1957 mahupun 1963 dapat dikekalkan: sempadan Negara tidak dicerobohi, keluasan tanah dan laut seluruh jajahan Malaysia tidak dirampas lagi oleh orang luar.

Perjuangan orang Melayu sejak 1511 hingga 1957/1963 dilakukan dalam pelbagai cara mengikut keupayaan orang Melayu sendiri dan kesesuaian kurun masing-masing. Sebelum Kurun-20, perjuangan orang Melayu bersifat kekeluargaan, kampung atau jajahan, dan bergerak secara sendiri-sendiri. Akibatnya perjuangan tersebut tidak pernah berakhir dengan sebuah kejayaan melainkan para pejuang Melayu itu sama ada terkorban di tangan musuh atau hilang tanpa diketahui. Itulah yang berlaku ke atas pejuang-pejuang seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Datuk Dol Said Naning dan sebaginya (betulkan jika saya tersalah).

Menjelang Kurun-20, corak perjuangan orang Melayu telah mengalami perubahan yang amat berbeza sehingga menghasilkan kejayaan yang amat besar. Perjuangan orang Melayu mula terorganisasi dan diorganisasikan melalui penubuhan pertubuhan-pertubuhan politik termasuklah UMNO di Semenanjung Tanah Melayu dan USNO di Sabah. Kejayaan yang paling besar akibat daripada itu ialah merdekanya Tanah Melayu melalui kewujudan Negara Malaya pada 31 Ogos 1957 dan merdekanya Sabah dan Sarawak melalui pembentukan Negara Malaysia pada 16 September 1963.

Hari ini, UMNO sebagai organisasi teras orang Melayu memperjuangkan kemerdekaan tanah air mereka terus gagah manakala USNO yang telah memerdekakan Sabah di bawah pimpinan pemimpin Sulu, Tun Datu (Dr.) Haji Mustafah Datu Harun, dibubarkan pada 1991 apabila UMNO dikembangkan ke Sabah oleh Tun Datu (Dr.) Haji Mustafah Datu Harun sendiri – alasannya jelas, untuk memperkukuh organisasi perjuangan orang Melayu dengan hanya berpayung di bawah satu bumbung iaitu UMNO. Maka Majoriti ahli-ahli USNO telah menjadi ahli UMNO Sabah.

Namun, walaupun UMNO terus teguh dan kukuh pada hari ini, tetapi semangat perjuangan Melayu untuk mempertahankan kedaulatan Negara (Kesultanan dan Tanah Melayu) agar tidak dicabuli dan sempadan Negara tidak dicerobohi semakin tipis dan hilang. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang terbit daripada orang Melayu sendiri.

Hari ini, ramai individu yang menjadi pemimpin UMNO meletakkan UMNO sebagai lombong mencari kekayaan dan mengaut keuntungan. Hari ini, ramai individu yang menjadi pemimpin UMNO meletakkan UMNO sebagai landasan ke arah mencapai matlamat peribadi. Hari ini, ramai individu yang menjadi pemimpin UMNO berfikiran UMNO sebagai pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu – hakikatnya UMNO adalah organisasi orang Melayu yang memperjuangkan kedaulatan Negara Melayu atau Malaysia. UMNO bukan organisasi yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu tetapi UMNO tidak akan menidakkan sebarang usaha daripada individu mahupun NGO yang memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Melayu di Negara sendiri. Bahkan UMNO akan sentiasa memastikan perjuangan sedemikian diambil perhatian serius selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia, peruntukan undang-undang sedia ada (dan yang akan digubal pada masa hadapan) serta Dasar-Dasar Kerajaan mengenai pentadbiran dan pemerintahan Negara Malaysia.

Justeru itu, orang-orang Melayu sama ada dari kalangan pemimpin UMNO, ahli UMNO mahupun yang tidak dan belum menjadi ahli UMNO harus melihat kembali pemikiran dan tanggapan masing-masing terhadap Melayu, UMNO dan Kemerdekaan Malaysia.


FIKIR! FIKIR! DAN FIKIR!
4/10/2009 9:02:26 AM

SAMBUTAN HARI MERDEKA: MASIH RELEVANKAH LAGI?TAHNIAH! ANAK-ANAKKU...

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

February 2012
M T W T F S S
January 2012March 2012
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29