CADANGAN MENAMBAH USIA PERSARAAN ADALAH SATU KECELARUAN DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA NEGARA
Tuesday, 24. April 2007, 18:59:23
Salam sejahtera!
Sudah ditakdirkan manusia hidup untuk berkerja dan beramal, selain daripada untuk mengabdi kepada Tuhan yang telah menciptakannya. Berbicara soal berkerja tidak akan sempurna jika soal pekerjaan tidak disentuh. Dalam tulisan ini saya ingin menyentuh soal pekerjaan khususnya apa yang berlaku di Malaysia yang kita cintai.
Baru-baru ini ramai orang membincangkan tentang cadangan menaikkan usia persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun. Alasannya amat mudah; kerana nikmat kemerdekaan yang kita kecapi selama 50 tahun ini telah memanjangkan hayat penduduk Malaysia. Pada masa ini mereka yang berusia 56 tahun masih terlalu gagah dan justeru itu adalah amat merugikan jika mereka dipersarakan pada usia itu.
Di sebalik cadangan menaikkan usia bersara wajib ini, kerajaan melaksanakan pelbagai kempen dengan pelbagai bentuk insentif dan bantuan untuk menggalakkan golongan graduan berkecimpung dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Alasannya juga simple, kerana graduan harus membalas jasa negara dan mereka tidak boleh mengharapkan berkerja di jabatan kerajaan semata-mata.
Pada hemat saya, cadangan menaikkan usia bersara wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun dan kempen menggalakkan graduan berkecimpung dalam perniagaan (disasarkan 60000 usahawan dapat dilahirkan menjelang tahun 2020) adalah sesuatu yang pelik dan perlu direview.
Untuk memudahkan saya menulis dan pembaca memahami apa yang saya tulis, saya gunakan teknik tanya jawab.
Q: Adakah anda bersetuju dengan cadangan menaikkan usia persaraan daripada 56 tahun ke 60 tahun?
A: Saya kurang setuju dengan cadangan tersebut kerana pada hemat saya lebih banyak keburukan daripada kebaikannya.
Q: Saudara mengatakan lebih banyak keburukan daripada kebaikannya. Boleh saudara jelaskan?
A: Jika cadangan itu dilaksanakan, ia hanya akan membantutkan pusing ganti tenaga kerja negara. Ini adalah kerana dan khususnya dalam dua tiga tahun pertama ini tidak ada persaraan berlaku; maknanya tiada penawaran kerja sedangkan permintaan terus meningkat dengan meningkatnya kadar pengeluaran graduan oleh IPT. Ini sudah tentu akan meningkatkan kadar pengangguran ke paras yang lebih tinggi. Anda boleh memikirkan sendiri kesan negatif akibat peningkatan kadar pengangguran khususnya pengangguran di kalangan graduan ini.
Q: Bukankah kerajaan sedang melaksanakan program dan kempen menggalakkan graduan melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan?
A: Benar. Yang itu saya setuju. Tapi adakah saudara boleh memberi jaminan bahawa, seribu graduan yang anda latih menjadi usahawan berjaya itu akan benar-benar berjaya kesemuanya? Jika tidak, bukankah itu satu pembaziran? Saya tidak fikir mereka boleh berjaya hanya dengan berbekalkan pengetahuan dan modal bantuan kerajaan semata-mata tanpa sebarang pengalaman. Amat malang lagi apabila graduan yang mendapat bantuan ini akhirnya gagal dalam perniagaannya; bagaimanalah agaknya graduan tersebut mampu menjelaskan segala hutang-piutangnya? Hutang dengan PTPTN atau MARA, dan hutang kepada pembiaya perniagaannya yang gagal itu?
Q: Jadi apakah cadangan saudara?
A: Saya mencadangkan agar usia bersara wajib itu malah dipendekkan daripada 56 tahun kepada 50 tahun, atau 45 tahun.
Q: Tidakkah cadangan saudara ini sesuatu yang pelik?
A: Mungkin ya, mungkin tidak. Terserah kepada anda untuk menimbangkannya.
Q: Boleh saudara jelaskan lebih lanjut?
A: Jika usia bersara wajib dipendekkan, para pesara tentu masih amat bertenaga dan mampu melakukan apa sahaja pekerjaan dalam apa jua bidang, termasuklah dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Ini adalah kerana mereka bukan sahaja mempunyai pengetahuan, tetapi pengalaman yang luas serta kekukuhan ekonomi keluarga yang mantap, atau pendapatan tetap kerana menerima wang persaraan mereka. Selain daripada itu, mereka mempunyai networking komunikasi yang lebih luas. Semua ini tidak dimiliki oleh graduan yang kita paksakan agar berjaya dalam perniagaan itu. Oleh hal yang demikian, jika anda berani memberi jaminan yang graduan boleh berjaya 100% dalam perniagaan, maka saya berani memberi jaminan yang pesara (usia 45 atau 50 tahun) ini boleh berjaya 300% dalam perniagaan. Ini bermakna jika seorang graduan mampu create satu jawatan atau pekerjaan, maka pesara mampu melakukannya tiga kali ganda.
Q: Adakah saudara bermaksud lebih baik kerajaan menyediakan kemudahan bantuan modal niaga kepada pesara kerajaan daripada, kepada graduan?
A: Ya. Tepat sekali. Tetapi ada juga antara pesara itu yang mungkin tidak cenderung untuk berniaga. Mereka bolehlah memohon untuk melanjutkan perkhidmatan dalam kerajaan atau mereka boleh menyertai agensi suka relawan antarabangsa yang ditaja. Kepakaran mereka barangkali amat diperlukan oleh masyarakat tertentu di negara-negara tertentu. Saya nak tanya balas saudara. Bukankah lebih baik jika Datin Sharifah misalnya (maaflah Datin saya ambil Datin sebagai contoh sahaja) sudah bersara agar tempatnya dapat diisi oleh orang lain yang lebih muda, supaya dengan demikian Datin boleh meneruskan kerjaya barunya mengelilingi dunia untuk mengangkat nama Malaysia? Dengan kepakaran yang ada pada Datin itu, beliau boleh singgah di mana-mana pelosok dunia untuk menabur sedikit bakti sesuai dengan kepakarannya?
Q: No komen. Selain daripada yang saudara jelaskan, apa lagi kebaikan jika usia bersara dipendekkan?
A: Ramai graduan dapat memasuki alam pekerjaan sama ada mengisi kekosongan jawatan dalam kerajaan atau menjadi pengurus atau kakitangan kepada pesara yang memulakan kerjaya baru mereka itu. Justeru permintaan dan penawaran tenaga kerja dapat diimbangkan dan ini akan membawa kestabilan dan keuntungan kepada negara kita. Bagi pekerja wanita, mereka boleh menumpukan perhatian untuk mendidik cucu mereka jika ada, atau berkecimpung dalam badan-badan bukan kerajaan yang berorientasikan kebajikan dan pembangunan modal insan.
Q: Baiklah, apakah kesimpulan mudah yang saudara boleh nyatakan di sini sebagai meringkaskan pandangan saudara itu?
A: Sistem hari ini ialah usia bersara ditetapkan pada 56 tahun; kakitangan boleh membuat opsyen untuk bersara awal. Sebaik-baiknya sistem ini ditukar dengan menetapkan usia bersara pada 45 atau 50 tahun dan kakitangan dibenarkan memilih opsyen untuk bekerja hingga 50 tahun atau 60 tahun. Dengan kata lain, opsyen dibuat kehadapan (memanjangkan) bukan ke belakang (memendekkan) seperti yang menjadi amalan pada masa ini.
OK! Saya berharap dialog-dialog di atas dapat membuka minda kita untuk terus memikir dan membahaskan perkara ini ke arah lebih positif.
Komen saudara dialu-alukan.
Wallahu A'lam

idea awak pelik tapi menarik. boleh perincikan lebih lanjut?
By anonymous user, # 3. May 2007, 06:50:53
Saya telah menyunting tulisan asal itu dengan menambah perkataan dan ayat di mana perlu. Saya berharap suntingan yang telah saya lakukan itu dapat memudahkan pembaca untuk memahaminya. Apapun, saudara bolehlah tanyakan secara spesifik jika masih kurang faham.
By SHAHAIKAL, # 5. May 2007, 16:31:41
Seorang kawan saya telah bertanya ekoran artikel ini. Beliau bertanya, jika usia bersara dipendekkan, bagaimana dengan kedudukan skim gaji?
Apabila saya mencadangkan agar usia bersara dipendekkan, ia tidak menjejaskan kakitangan awam malah menguntungkan mereka daripada segi kenaikan gaji tahunan. Gaji bar (gaji mati) tidak akan berubah sebaliknya tahun (T) yang dipendekkan. Ambil sebagai contoh Gred U29 dan U48.
Dalam skim sekarang ini (usia bersara 56 tahun), tangga gaji bagi Gred U29 ditetapkan pada T1: RM928.55 - T27:RM2445.89. Ini bermakna, kenaikan setahun secara purata ialah sebanyak RM56.00. Bagi Gred U48 pula T1: RM3853.51 - T8: RM5115.54. Ini bermakna purata kenaikan setahun adalah sekitar RM157.00.
Jika usia persaraan dipendekkan, maka tahun pergerakan gaji juga mestilah dipendekkan tanpa mengubah amaunnya. Misalnya, bagi U29 tahun (T) terakhir ditetapkan pada T20 (berbanding T27 sekarang), dan bagi U48 ditetapkan pada T5 (berbanding T8 sekarang).
Contoh di atas boleh digunakan untuk membuat penetapan kadar gaji baru bagi semua skim gaji dalam perkhidmatan awam.
Bayang jika anda menjawat jawatan U48 dan usia bersara dipendekkan kepada 45 tahun, anda menerima pencen sebanyak RM2557 lebih kurang. Dengan pendapatan tersebut dan usia anda terlalu muda iaitu 45, apa yang anda tidak boleh lakukan?
Anda boleh menceburi keusahawanan, atau bergiat dalam NGO atau kesukarelawanan mengikut kemahiran anda, dan anda tidak perlu bimbang dengan keluarga anda kerana pendapatan wang pencen mampu menampung kehidupan keluarga anda.
Di samping itu, jika anda berniaga, kemungkin untuk anda berjaya terlalu tinggi kerana anda bukan sahaja mempunyai pendapatan tetap daripada wang pencen tetapi anda mempunyai pengalaman yang luas setelah bekerja lebih kurang 20 tahun (andaikan anda memasuki alam pekerjaan pada usia 25 tahun iaitu selepas anda menamatkan pengajian di peringkat sarjana muda), networking yang ramai serta anda telah mempunyai jenama (brand) sebagai mantan pegawai itu dan pegawai ini, atau pengarah itu dan pengarah ini, dan sebagainya.
Dengan itu, pelanggan anda berasa lebih yakin dan terjamin apabila berusniaga dengan anda atau syarikat anda. Demikian juga anda akan lebih dihormati jika anda bergerak dalam NGO dan sebagainya. Semua itu tidak dimiliki oleh first graduate yang kita paksakan untuk berjaya dalam keusahawanan.
Saya harap dengan penerangan ini sahabat saya itu dapat memahami hikmah dan kebaikan disebalik pemikiran dalam tulisan saya itu.
Terima kasih.
By SHAHAIKAL, # 8. May 2007, 14:05:20