Tok-empat

Mengajak kepada kabaikan

Subscribe to RSS feed

Bergetah/bergetar

malay song convert to english song


Just for laugh


Perhati dan amati

flirt

Apa tu

Jam dunia

Tok-empat

Bergaya Tok-empat

][/VIDEO]

Mari Tengok

Tajuk: Mari tengok.

Dicerita: oleh Pak saudara.

Tauladan: jangan meganiaya orang buruk padahnya.

Cerita ini dicerita kepada saya semasa saya masih kecil lebih kurang sembilan tahun.

Cerita tak ada kena mengena dengan yang hidup maupun yang mati.



Gambar Hiasan

Kisahnya bermula dengan seorang ayah mengheret lembu untuk dijual. Maka si ayah bertemu dengan pembeli lembu itu, si ayah menjualnya dengan harga $80 (RM. 80) dulu guna lambang $ untuk ringgit Malaysia dan lambang ¢ untuk sen.

Semasa perjalanan balik si ayah bertemu dengan seorang buta, maka si ayah bersedekah lah kepada si buta tu sebanyak $5, apabila si buta dapat sahaja duit $5 tu dia pun berkata “ banyak duit awak” si ayah yang baik hati pun menjawab “ada lah sikit, baru tadi saya jual lembu dapat lah $80”. Dengan tak semena-mena si buta pun menjerit “tolong!! tolong!!” si ayah terpinga pinga “kenapa dengan awak ni” tanya si ayah kepada si buta, sibuta terus menjerit, orang kampung yang berhampiran di situ bergegas mendekati mereka berdua “kenapa ni? kenapa ni?” tanya mereka yang datang kepada si buta, si buta berkata “duit saya diambil oleh orang ni sekarang ada pada tangan dia $75 dan dia tinggalkan pada tangan saya $5 supaya buat belanja katanya”. Orang ramai yang tak usul pereksa itu pun mengambil duit yang $75 itu, diberi kepada si buta dan memukul si ayah yang malang tu dengan teruk, ini dikatakan sudah jatuh ditimpa tanga tercium pula tahi ayam punai.

Dalam keadaan luka bercampur duka si ayah kembali ke rumah, apabila sampai dirumah anaknya bertanya “wahai ayah ku apa kah gerangannya sehingga ayah luka begini?” ayah yang dalam kesedihan itu menjawab “ayah telah dipukul oleh orang kampung kerana salah faham” si ayah pun menceritakanlah apa yang terjadi pada si anak.

Anak yang bijaksana pun berkata “tak apa lah ayah nanti saya akan ambil kembali duit itu”. Si ayah cuba melarang anaknya bertindak kepada si buta tetapi anaknya menjawab “ayah jangan khauatir saya tahu macam mana nak lakukannya”. Ayah yang tahu kebijaksanaan anaknya itu dalam keadaan risau percaya anaknya itu dapat melakukannya dengan baik.

Si anak memulakan langkahnya berjalan mencari si buta setelah mengetahui sifat-sifat si buta yang telah menganiaya ayahnya itu.

Setelah berjalan beberapa ketika maka si anak bertemu dengan si buta itu, dan si anak menempuh si buta itu dengan badannya, si buta dengan marah berkata “hai!! Buta ke, tak nampak orang, main tempuh aja”, si anak berkata “memang aku buta” si anak sudah memulakan helahnya, “oh! awak buta! saya pun begitu” sahud si buta, “kalau begitu kita sama” kata si anak, “boleh kah kita berkawan” kata si anak yang ingin mendapatkan duit ayahnya kembali sekaligus membalas kejahatan si buta terhadap ayahnya, “boleh” kata si buta, “siapa nama awak” si buta meneruska pertanyaan, “mari tengok” jawab si anak, “mari tengok?” kata si buta, “Ya mari tengok, kenapa?” kata si anak “pelik nama awak tu” kata si buta “nak buat macam mana, dah itu yang diberi nama pada saya, si anak bertanya pula pada si buta “siapa puala nama awak” jawab si buta “ dolah”.

Mereka berdua berjalan sebagai sahabat sejati kononnya, sehingga sampai di sebatang anak sungai, berkata si anak kepada si buta “mari kita mandi di sungai tu aku dengar ada bunyi air mengalir” “ boleh juga” kata si buta, si buta yang tak tahu bahawa kawannya itu boleh melihat membuka pakaiannya sehingga telanjang bulat dan meletakkan pakaiannya di tebing sungai, anak yang cerdik tidak terus mengambil pakaian si buta dan membawa lari tetapi dia sama sama mandi dengan si buta itu.

Setelah beberapa lama mandi si anak naik ke tebing sungai si buta yang mendengar pergerakkan si anak yang naik ke tebing bertanya “engkau nak kemana”, “aku nak berak” kata si anak, “aku pun nak berak” kata si buta setelah kedua nya mengeluarkan benda yang tak patut di sebut disini maka berkata si anak “mari kita main baling baling tahi”, “boleh juga” kata si buta. Keduanya mula menunjukkan kehandalan masing masing tiba tiba seketul tahi bertepek di muka si buta “oi! handal engkau, boleh kena tepat pada muka aku balingan mu”, “ya ke? Itu kebetula saja agaknya” kata si anak yang sememang tidak buta, “aku baling satu pun tak kena” kata si buta, si anak yang celik tu mengajak si buta mandi semula dan perlahan lahan dia naik ketebing serta mengambil pakaiannya dan memakainya dan mengambil duit ayahnya yang $75 dari kocek pakaian si buta dan si anak mengalihkan pakaian si buta jauh sedikit dari tempat asalnya.

Setelah lama berendam si buta memanggil si anak “Mari Tengok! Mari Tengok!” tidak ada jawapan dari si anak, si buta memanggil lagi kali ini dengan suara yang agak kuat “Mari Tengok! Mari Tengok!!!” tidak ada jawapan yang diharapkan, si buta terus naik ke tebing dan meraba raba pakaiannya, dia dapati pakaiannya sudah tidak ada di tempat yang dia telah letakkan dia terus memanggil kali ini dia memanggil sambil menjerit “Mari Tengok!!! Mari Tengok!!!!”, orang ramai yang berhampiran dengan anak sungai itu datang kerana ingin mengetahui apa yang perlu di lihat sehingga ada orang yang menyeru mari tengok, apabila sampai di hadapan si buta mereka dapati si buta sedang bertelanjang bulat, orang ramai yang datang menjadi marah kerana pada sangkaan mereka si buta hendak mempermain mainkan mereka, akhirnya sibuta dipukul dengan teruk.

Begitula kisahnya !!!!!.sekian terima kasih kepada mereka yang sudi membaca kisah ini.

Mertabat orang yang berpuasa.

Orang yang berpuasa ada tiga martabat:

Martabat pertama puasa orang awam yakni puasa orang kebanyakan iaitu meningalkan makan, minum, jimak, dan menjaga daripada segala perkara yang membatalkan puasa.

Martabat kedua puasa orang pilihan iaitu puasa orang soleh dan orang yang bertakwa, iaitu menahan diri dari segala yang tersebut pada martabat yang pertama, dan menahan segala anggotanya daripada berbuat maksiat dan daripada berbuat perkara yang sia-sia yang tidak memberi manfaat pada akhirat.

Lima perkara yang membatalkan pahala puasa:

1. berbohong. 2. mengumpat. 3. memperlagakan orang. 4. bersumpah dusta. 5. melihat suatu dengan sahwat (keinginan)

Hasil kesempurnaan puasa mereka itu dengan tujuh perkara;

1. Menjaga mata daripada melihat tiap-tiap yang haram, yang makruh, dan yang harus yang melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Menjaga lidah daripada perkataan yang haram, makruh dan perkataan yang sia-sia yang tiada manfaat di akhirat.

3. Memelihara telinga dari mendengar yang haram, yang makruh, dan yang sia-sia yang tiada manfaat diakhirat.

4. Memelihara tangan dan kaki mencapai dan berjalan kepada yang haram, makruh dan sia-sia.

5. Memelihara perut, pada ketika berbuka dan makan sahur daripada memakan yang diharamkan, syubhat, makruh, dan berlebih-lebih pada yang harus, kerana tiada faedah menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari daripada makanan yang harus sedangkan pada ketika berbuka dan bersahur mengisikan perut dengan yang haram atau syubhat.

6. Menyedikitkan makan ketika berbuka dan berbuka dengan makanan yang halal.

7. Selepas berbuka datangkan di dalam hati, roja dan khauf yakni harap diterima puasa, dan takut tidak diterima puasa.

Martabat yang ketiga puasa orang yang pilihan daripada yang terpilih, yakni puasa orang yang hampir kepada tuhan (nisbah martabat bukan jasad) dan puasa orang yang benar-benar mengenal Allah (a’rif billah) mereka itu menjauhkan di dalam hatinya daripada mencita-cita dunia, dan memikirkannya, dan mengkosongkan hati selain daripada Allah. Mereka itu sentiasa musyahadah akan Allah yakni sentiasa melihat Allah dengan mata hati. ini mertaba para nabi dan wali-wali Allah. والله اعلم
June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30