HIDUP ADALAH SEBUAH PERSOALAN

jawablah sebuah soalan dengan penuh keikhlasan

TARBIYYAH YANG BERKESAN MEMBENTUK MURABBI BERKUALITI



Pada bulan Mac 1924, sempurnalah perancangan musuh-musuh Islam untuk melenyapkan syi’ar terakhir kesatuan umat Islam dengan pengistiharan pembubaran khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah dan penubuhan republik sekular Turki. Walaupun institusi khilafah sebenarnya telah diruntuhkan sejak pemecatan Sultan Abd Hamid II dipecat pada April 1909.

Al Imam Hasan al Banna menyaksikan peristiwa yang berlaku pada 1924 ini dan beliau juga melihat kesan penjajahan di bumi Mesir. Hasan al Banna berusaha untuk menyedarkan para pemimpin dan ulama untuk memikul tanggungjawab merubah realiti yang buruk dan menyedihkan. Di satu majlis yang dihadiri oleh sebilangan para ulama di rumah seorang ulama al Azhar, Hasan al Banna tidak berpuas hati apabila salah seorang ulama hanya mampu mengatakan dia akan memikirkannya.

Hasan al Banna telah berkata:
“Subhanalllah! Wahai tuanku sesungguhnya persoalan ini tidak boleh hanya difikirkan tetapi menuntut apanya tindakan yang nyata”

Beliau juga telah berkata:

“Wahai tuan-tuan, sesungguhnya Islam telah diperangi dengan begitu kejam oleh musuh-musuhnya, sementara para tokoh Islam serta para pemimpin kaum muslimin malah menghabiskan waktu mereka dalam kenikmatan seperti ini. Apakah anda semua mengira Allah tidak akan menghisab anda atas tindakan ini? Jika anda semua mengetahui bahawa masih ada pemimpin Islam selain anda semua, maka tunjukkanlah kepada saya, boleh saya mendatangi mereka, barangkali saya akan mendapatkan mereka apa yang tidak saya dapatkan dari anda semua”

Al Ikhwanul Muslimun telah ditubuh pada Mac 1928 iaitu 4 tahun setelah secara rasminya institusi Khilafah Islamiyyah dibubarkan kumpulan sekularis Turki. Penubuhannya diasaskan oleh al Imam asy syahid Hasan al Banna dan enam orang yang memiliki kesedaran yang tinggi dalam jiwa mereka yang sebelum ini telah mendapat sentuhan dari ceramah-ceramah Imam Hasan al Banna. Mereka telah menyatakan:

“Kami semua telah mendengar dan memperhatikan, telah mendapat pengaruh dan sentuhan; namun kami tidak tahu metod amali apa yang membawa kepada ‘izzah Islam dan kaum muslimin. Kami telah bosan dengan kehidupan ini, kehidupan hina dan terbelenggu. Engkau dapat melihat sendiri bahawa bangsa Arab dan kaum muslimin di negari ini tidak memiliki sedikitpun kedudukan dan kemuliaan. Mereka tidak lebih dari sekadar buruh yang patuh kepada orang-orang asing itu. Kami tidak mempunyai apa-apa kecuali ruh yang berjalan dengan membawa sinar iman dan kemuliaan bersama dengan jiwa-jiwa kami, sedikit dirham yang berasal dari keperluan asasi anak-anak kami. Kami tidak dapat mengetahui jalan menuju pengamalan seperti yang engkau ketahui. Kami juga tidak mengenal jalan untuk berkhidmat kepada negara, agama, dan umat seperti yang engkau ketahui. Pokoknya, yang kami inginkan sekarang adalah agar kami dapat mendermakan apa yang kami miliki, supaya kami dapat lepas dari tanggungjawab di hadapan Allah SWT kelak. Kami mohon, kiranya engkaulah yang menjadi penangungjawab di hadapan-Nya tentang kami dan tentang apa yang wajib kami lakukan. Kami juga berharap ada suatu jamaah yang secara murni berjanji kepada Allah untuk hidup demi agama-Nya, mati di jalan-Nya, dan hanya mencari keredhaan-Nya semata, serta layak memperoleh kemenangan, sekalipun sedikit jumlahnya dan lemah persiapannya”.

iman itu cerita keajaibanKEAGUNGAN IMAN

Write a comment

New comments have been disabled for this post.

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30