My Opera is closing 3rd of March

MERAWAT JIWA INSAN

Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT


Assalamualaikum wrt wbt.
[/font]Pertamanya marilah bersama kita memanjatkan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT, kerana dengan izinNya kita masih lagi diberikan nikmat kehidupan diatas muka bumi ini.Sebagai seorang muslim mukmin wajarlah kita sentiasa bersyukur kerana kurniaan nikmat IMAN dan ISLAM yang masih kita berpegang kepadanya sebagai nikmat yang paling besar dari ALLAH SWT. Dalam masa yang sama kita sebagai insan yang kerdil perlukan do'a pengharapan yang berterusan, semoga ALLAH SWT sentiasa memelihara keimanan dan ketaqwaan kita serta dianugerahkanNya kekuatan untuk melayari kehidupan yang sementara ini.Hanya kepadaNya kita meletakkan seluruh pengharapan, agar sedikit ibadah dan amal yang mampu kita laksanakan diterima di akhirat nanti.

InsyaAllah dengan sedikit pengalaman dan ilmu perubatan yang Allah pinjamkan kepada saya, melalui ruangan ini saya akan cuba memaparkan beberapa siri pandangan khususnya yang berkaitan dengan perubatan dan perawatan untuk dikongsi bersama.Sebenarnya ramai yang beranggapan simptom-simptom penyakit fizikal yang terdapat pada seseorang TIADA kaitan langsung dengan permasalahan dalaman atau ruhi nya. Jesteru itu,kita lihat rawatan secanggih mana yang diberikan untuk penyakit fizikalnya,kadangkala tidak dapat menyembuhkankan sepenuhya masalah kesihatan mereka. Kenapa ya?



Write a comment

New comments have been disabled for this post.

March 2014
M T W T F S S
February 2014April 2014
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31