Skip navigation.

Tanda - Tanda Pilihanraya



Telahan dalam menentukan bilakah pilihanraya membuktikan betapa tempangnya struktur demokrasi di Malaysia ini. Seperti yang kita sedia maklum, demokrasi terpasak kukuh di atas prinsip keadilan dan kesaksamaan. Jika hanya parti pemerintah sahaja yang tahu tarikh sebenar pilihanraya, itu bermakna negara yang kita cintai ini semakin terjerumus ke dalam jurang kuku besi yang tiada penghujungnya.



Ketika mana sambutan 31 Ogos 2007 tamat, maka denting saat pada hari esoknya merupakan saat-saat genting bagi para Yang Berhormat untuk membuat perhitungan. Para YB sekarang ini terpaksa menyusun gerak gempur bagi memastikan mereka akan dicalonkan semula dalam pilihanraya akan datang.



Tanda-tanda pilihanraya semakin hampir dapat ditunjukkan dengan jelas apabila para YB yang selama ini tidak nampak batang hidung tiba-tiba datang merasmikan pertandingan masak-masak dan sambutan hari kesihatan. Tanda-tanda pilihanraya akan menjadi semakin jelas apabila YB-YB sanggup berpanas berhujan semata-mata kerana mahu merasmikan 'majlis pemimpin bersama rakyat'.



Tanda-tanda pilihanraya dapat diteka dengan lebih tepat lagi apabila agensi-agensi kerajaan terpaksa menggerakkan para penjawat awam pada hari Sabtu dan Ahad demi memastikan kelancaran majlis bersama YB. Premis-premis kerajaan akan diperkuda tanpa segan silu oleh Barisan Nasional bagi memudahkan jentera mereka turun padang mendekati rakyat.



Maka ketika ini telah berlangsungnya gerak gempur di dalam parti-parti komponen Barisan Nasional. Laporan awal menyebut proses lobi melobi pencalonan ADUN Barisan Nasional telah pun bermula. Di Gombak misalnya, program masak-masak di Taman Sri Gombak telah dihadiri oleh YB kawasan berkenaan. Di sebalik kemeriahan program tersebut, ramai yang tidak sedar bahawa ia hanya dihadiri oleh para penjawat awam dan ahli UMNO bagi meramaikan majlis. Ia tidak ubah seperti majlis syok sendiri.



Di Rawang, program kesihatan di salah sebuah sekolah telah dirasmikan oleh ADUN MCA. Apa-apapun perasaan kecewa jelas terpampang di wajah YB Rawang apabila beliau melihat kerusi kosong lebih banyak berbanding orang yang menghadiri majlisnya.



Satu demi satu program Barisan Nasional gagal menarik kehadiran rakyat setempat, membuktikan mereka selama ini tidak memiliki sokongan padu dari para pengundi. Majlis-majlis anjuran pembangkang jauh lebih meriah walaupun kita tidak memaksa mana-mana penjawat awam untuk turun meramaikan majlis.



Penulis Tamu















November 2009
M T W T F S S
October 2009December 2009
1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30