My Opera is closing 3rd of March

PASUK WETUNING DASAK SARE : Ardeka Balian Aga

Mantra Meditasi 9 Penjuru

Fakta sejarah, kesuburan minda, kebangkitan rakyat

, , , ,


KEMERDEKAAN MALAYSIA 2011

Fakta sejarah memang memeningkan apabila dipolitikkan.

Apakah kematangan politikus itu rendah sewaktu menilaikan cermin yang didepannya, dan gagal "menilai" situasi manusia pada saat sejarah tercipta ketimbang pada saat sekarang fakta sejarah disiasat.

Fakta ialah fakta, seperti nama, tarikh, dan peristiwa. Bezanya alah penyampaian setiap penulis yang punya pendapat dan nafsu penghayatan masing-masing. Jika fakta sengaja-dipesongkan maka itu salah besar. Jika nafsu disalahtafsirkan, maka orang yang tak bernafsu perlulah gigit jari dan tolonglah matang sikit, janganlah salahkan orang yang sedang bernafsu menilaikan dari sudut perspektif masing-masing.

Kalau semua sebut dah jadi salah, buat apa nak tulis jika tak dihargai.

Jangan hantar ke sekolah, adalah lebih baik dari pergi sekolah kemudian disalahkan murid yang dah pandai, atau murid yang tak menjadi.

Malaysia Merdeka 2011 wajar berpikiran lebih MATANG daripada terus menjadi BADAK BERENDAM.


KEMANUSIAAN ~ TAWAKKAL ~ KETUHANAN

Edisi Khas Rumpun Keluarga Nusantara bukti awal 930 Masehi :

Nota Penulis :
Urutan bukti makam yang terpelihara sejak 1352 Masehi, Muar Jauhar, jejak langkah di Bukit Payung Trengganu, Pantai Cinta Berahi Kubur Bunian dan Pulau Rote Indonesia kepulauan Flores, Darwin Australia, Solomon Island Pasifik. Pada masa yang sama, sementara, cerminan yang di Barat, sebuah tamaddun Cordoba Espana sedang berada di puncak peradaban manusia, Bani Umaiyyah.

A'udzubillah hiMinasyaitonirrojim,
Bismillah-il Mustaqiem al'Qarromah Ar`Rohmaan Nir-Rohim

Mohon ampun wahai saudara ku, Demi Manusia,

1. Hidayah diperturunkan bangsa Majapahit ini di Tanah Melayu : Apakah hikmahnya?
2. Keagungan Cordoba dan kejatuhannya, menjadi cerminan sejarah Tanah Melayu : Apakah hikmahnya?

Maka ada sebahagian dari kita berlatarbelakangkan Indonesia. Sebagai pengembara, sebagai musafir, mereka melenyap-padamkan leluhur asal usul mereka saat mereka berada di Tanah Melayu. Alam ilmu kebathinan kepahlawanan dalam perjuangan mereka meninggalkan persada Bali sebelum terpisah berpindah ke Majapahit, menjadikan puak mereka sebahagian ke Hinduism terpisah dari Islamism yang merantau ke tamaddun Demak, Lampung, Acheh, Siam Pattani, Trengganu, Kalimantan dan pulang ke Maluku, Flores yang dikenali Nusantara. Sebahagian ditinggalkan di daerah yang mereka tawan dan berdakwah dan menjadi penghulu, kemudian kepala daerah, kemudian pelebaran politik puak sehingga ke perlantikan akher sebagai kerajaan. Evolusi berlaku. Sejarah mengulang tetapi bukan dari dalam peradaban Bali atau si penaklok-Majapahit, budaya yang diserapkan dalam dakwah Majapahit di padamkan disebabkan kerakusan bangsa "pelaut-buih" yangtiada tanah darat, selain dari memakan upah dari pihak imperialis barat yang sekutu warna kulitnya di Indonesia, yang sekutu misi keagamaan. Tanah Melayu mula bergolak.

Mereka, ada yang berhasil berjuang kehidupan di Tanah Melayu. Sebagian mereka telah menjadi hamba, dan ada berasal dari yang di culik dan yang di jual. Sebagai insan, setiap dari mereka mainkan peranan dalam kehidupan dan sejarah negeri walau sedikit atau banyak dalam usaha membangun sebuah negara yang kemudiannya di kenali sebagai ~ Malaysia. Pada saat mereka meninggal generasi pelapis pertama atau kedua, anak-anak, atau anak tunggal mereka menjadi SEBATANG KARA. Ada antara mereka di sisih oleh keluarga sebelah ibu, atau sebelah bapa mereka yang berasal lokal Malaysia, kerana, ibu atau bapa mereka asalan Indonesia, atau di sisih kerana pengaruh ideologi politik dan masalah hukum agama yang berevolusi dalam titik-titik kehidupan.

Pada hari ini, ada antara mereka telah menyatu, bersatu dan memahami situasi SIKAP fascism masyarakat lokal yang tidak menerima mereka walaupun kulitnya sama, rupa mereka mirip, bahasa dan budaya jalannya mirip itik-bebek itu, tapi mereka tetap dipinggirkan kerana mereka di gelar PATI, dan ada antara mereka bertekad mahu pulang ke Indonesia pada usia yang sudah tua, dan bertawakkal akan melangsungkan kehidupan baru dari mula titik awal di sana, di Indonesia. Mereka berbuat begitu sebab latarbelakang mereka sebagai manusia tidak di terima syarat kemanusiaan di Malaysia. Pelabelan darjat dan perendahan martabat mereka di rasai dengan ugutan dan pelecehan. Suara mereka masih kedengaran. Mereka merayu di pelayaran jalanan, di Malaysia. Mereka banyak yang tidak punya harta tetapi tawakkal untuk meneruskan kehidupan. Fakta ini telah di dengar oleh Jakarta, Indonesia. Sehinggakan ke Pattani di Selatan Thailand yang berevolusi darurat beberapa tahun kebelakangan ini telah disarankan oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhiyono agar dipulangkan Rumpun Majapahit Pattani ke Indonesia.

Malaysia, telah dibangunkan bersama oleh banyak bangsa. Berbagai bahasa dan ragam tapi haluan tetap sama iaitu pembangunan sebuah negara, yang di gelar ~ Malaysia. Faktor kemanusiaan walau bagaimanapun masih tidak difahamkan di sekolah dan warong kopi. Ideologi kapitalis yang condong sekularisma dan ideologi politik yang tidak punya bahan modal mulut, telah menghantui media. Perbedaan bulu dan mata semakin jauh memisahkan kasih sayang cinta kemanusiaan. Faktor kemanusiaan ini jika tercalar akan menjadikan satu masalah seperti yang sedang dialami sekarang oleh Malaysia, seperti contohnya isu suaka Australia Malaysia 2011.

Sayangilah keluarga anda. Faktor statistik sangat di bantu dengan kehadiran statistik mereka di rimbun hijau lingkungan daerah dan negeri, diceritakan kepada anak-anak di rumah, di bangsal dan banjar. Evolusi pemikiran berlaku tetap sama, sama seperti di zaman mulanya Majapahit hadir sehinggalah ke zaman peradaban kini yang berteknologi maya.

Kerumitan manusia di satu peringkat ke peringkat yang lain itu tidak sama, tetapi kesemuanya menuju ke satu destinasi, kemerdekaan hidup yang alami, bukan hanya kemerdekaan di kertas empat persegi.

Inilah artinya kemanusiaan, dengan kos.

Nota ARDK2011



KEMERDEKAAN 1957 : PENJAJAHAN JEPUN : 1900 imbaskembali

Raffles dan Temenggong telah bertekad untuk memisahkan Kerajaan Johor Lama yang berpusat di Muar Johor, yang terbukti berkait rapat dengan asal usul Kerajaan Melaka. Sebagai pentadbir yang di angkat untuk menguruskan Tanjung Puteri dengan pangkat Temenggong, gemar berjudi dan sejarah telah dipertontonkan di dalam buku Sejarah Malaysia perihal gagalnya Temenggong yang kalah judi dengan pertaruhan daerah negeri, maka sejarah disingkatkan dengan kerajaan Muar yang toleran baik budi mengizinkan muslihat sejarah berlaku ke atas pentadbir si Temenggong yang sudah kalah judi tetapi setelah di bantu maka dikatakan pula Kerajaan Muar yang tidak pandai urus negeri. (Ref: Serangan lanun upahan asal Filipina Pulau Pemanggil Johor dan tentera Portugis yang mengejar Kerajaan Melaka sampai ke Kota Johor Lama dengan kesan bukti makam kerabat yang terpelihara dalam laluan pelarian sejarah di antara Melaka, Kampung Sendok Melaka, Umbai, Jasin, Muar, Pagoh, Tangkak, Mersing, Endau, Johor Lama, Sembawang Singapura, Pontian Johor dan Selat Pasir Panjang Indonesia), dengan terkesan sejarah bukti nama-nama pemilikan tanah oleh tentera Portugis di serata daerah Johor sampai ke Johor Bahru. Wallah'alam.

Sungguhpun Temenggong mempunyai ikatan baik dalam pentadbiran dengan British dengan pelaporan terus ke London pada waktu itu, namun kegagalan Temenggong telah dipergunakan sebaiknya oleh British dan opportunis-politik negeri-negeri sebelah utara yang telah kehilangan Pulau Pinang lebih awal dari kes kalah judi di selatan. Sejarah telah melahirkan seorang putera Raja Kedah yang telah "bergolok gadai hartanah" (akibat dari sikap leluhur yang non-spiritualisma dan lembek-agama dengan hiburan dan hutang kemewahan hidup sistem beraja sebagai pentadbir istana), dengan hasrat ke London bagi misi "memerdekakan maruah peribadi" yang kehilangan upaya mentadbir setelah titik-titik daerah penting kerajaan negeri sebelah utara di kuasai kapitalis British, dan dipolitikkan (Ref : Sejarah Perak dan Kedah) sebagai demi bertujuan berbincang subjek "kemerdekaan tanahair" demi pelepasan belenggu tekanan pemerintahan pentadbir kapitalis British. Rencana kepergian untuk berbincang (untuk melepaskan hak tanah air sendiri, sedangkan sewajarnya pihak British yang sepatutnya membincangkan betapa perlunya Tanah Melayu kepada mereka), maka politikus memulai pinjam duit dipungut di serata tempat di Tanah Melayu pada masa itu dari persatuan-persatuan dan gerakan-gerakan untuk perbelanjaan ke London bagi tujuan "memerdekakan" tanahair, albeit memerdekakan "diri". Pada masa yang sama, sementara, cerminan yang di China, sebuah tamaddun Hong Kong sedang berada di puncak peradaban kapitalis British.

Kepergian mereka ke London, dalam keadaan sarat berhutang dan lemah modal pinjam. Kepergian ini adalah "perlambangan" bahawa opportunis-politik yang telah di beri kepercayaan oleh pentadbiran istana yang juga terdiri dari wakil keluarga istana mereka. Sambutan diberikan di London oleh mereka yang telah lama bermastautin di England, seperti dari kumpulan keluarga kapitalis Tun Tan Siew Sin, dan Tun HS Lee (yang kemudiannya telah menjadi Menteri Kewangan Pertama Malaysia) yang berasal dari Hong Kong, yang mana mereka juga sebetulnya telah mula berhijrah dan lama berada di England sebelum tahun 1940 (Ref : Chris Kum, Wales dan Neil Toland, Oxfordshire). Bersama dalam kumpulan mereka yang berasal dari London, mereka bertemu Tunku Abdul Rahman, yang pada ketika itu ialah Lee Kuan Yew sebagai opportunis-politik dan proxy kapitalis Raffles, kini mantan Perdana Menteri Singapura.

Banyak lagi fakta sejarah yang masih boleh dituangmuatkan dalam tamaddun Sejarah Tanah Melayu yang telah ter-tinggalkan oleh penulis sejarah dalam telunjuk ajar Professor Emeritus Khoo Kay Kim, yang kemudiannya beliau sendiri, Professor telah bersetuju agar Sejarah Malaysia di kaji semula dan di tulis kembali. Saranan Professor itu berdasarkan beberapa fakta sejarah lama yang telah di temui seperti yang tertulis dan direkod oleh Persatuan Sejarah Kerajaan Negeri Melaka di bawah pentadbiran Dato' Seri Ali Rustam yang beristeri-asal dari Muar Johor. [Apatah lagi maklum kita bahawa tidak semua yang berasal di London itu setuju dengan tindakan sebagian dari bangsa mereka sebagai kapitalis di luar negara, maka sejarah Tanah Melayu itu sendiri terkesan ke leluhur Raja Abdul Rashid (Cœur de Lion, or Richard the Lionheart 8 September 1157 – 6 April 1199), yang masih di simpan bukti oleh keluarga Islam-menjadi-Kristian di daerah kekuasaan kerajaan British (Ref : Muzeum dan Arkib daerah dan gereja Wales, Scotland, Ireland dan England).]

Beberapa perjanjian telah di buat di London dalam ketentuan kemerdekaan dari belenggu tekanan hutang dan pelecehan politik yang membangkitkan masyarakat Melayu di daerah pedalaman Tanah Melayu yang tidak mahu bekerjasama dengan istana sebagai pentadbir Melayu dan di lihat sebagai rakan-rapat sistem kapitalis British, dan di dalam pahaman politik ia dikatakan Perundingan Kemerdekaan Tanah Melayu, sehingga fakta sejarah menetapkan perpisahan Singapura dari Tanah Melayu, yang pada saat itu ialah pelabuhan kapitalis yang terkenal di bawah kawalan Raffles British, dan perpisahan bangsa Melayu Deli (Melaka) dari pengaruh asal dari Deli Riau Indonesia dengan "pukulan gendang" Bung Soekarnoe, dengan "arahan, dan agenda" opportunis-politik demi memisahkan spiritualisma ketuanan Melayu pada Raja kerajaan lama, kepada sistem baru agar taat setia berpindah kepada Malaysia yang berperlembagaan atas nasehat British, kepada Kesultanan Melayu dan sistem kapitalis British. Maka terpisahlah spiritualisma Indonesia ke atas Melayu (Malaysia).

Lee Kuan Yew telah diberikan tumpuan awal sehinggalah kemerdekaan di meterai pada 31 Ogos 1957 dan terbentuklah Malaysia. Lee Kuan Yew hanyalah opportunis-politik proxy bagi pihak kapitalis British dan kapitalis Hong Kong. Terpisah Singapura dari Malaysia adalah dengan kos oleh Tengku Abdul Rahman melalui nota peribadi kepada Lee Kuan Yew setelah skrip drama pembunuhan dilakukan di Singapura pada siang hari sebelum nota geran untuk berpisah tertulis di sebelah malam dan di kirim ke Singapura bagi proses penyerahan Singapura ke tangan Lee Kuan Yew (yang telah menerimanya dan kemudian berpura-pura menangis sedih kerana berpisah dengan Malaysia).

Bung Soekarnoe dalam pernyataan dan rekod sejarah tertulis di Jakarta juga banyak membantu sentuh subjek Kemerdekaan Tanah Melayu dan perpisahan mulus dari Nusantara. Insiden Ganyang Malaysia ditamatkan dengan penangkapan tentera Indonesia di dalam belukar bakau laut yang seperti sudah berjanjian bertemu di tepi laut untuk di tangkap. Sungguhpun Indonesia, yang dulunya di kenali sebagai Nusantara sebelum kemerdekaan Indonesia itu sendiri, Bung Soekarnoe telah memainkan peranan dalam sejarah perpisahan spiritual Deli Riau dari spiritualism Melayu untuk menjamin kemerdekaan dan pembangunan spiritual Melayu Malaysia, sehingga Bung Soekarnoe juga dilibatkan dengan revolusi yang terkait dengan Tan Sri Ghazali Shafie di Malaysia dalam insiden Ganyang Malaysia, sementara revolusi PKI di Indonesia menyaksikan perlantikan sementara dan pergantian pentadbiran oleh pentadbiran MPR kepada tangan kanan Bung Soekarnoe yang telah dipersetujui di angkat sementara oleh Bung Soekarnoe sendiri, sehingga jatuh "nota pentadbiran" itu kepada Jenderal Suhartoe sebagai Presiden Indonesia.

Sehingga saat pengangkatan Temenggong Johor yang terakhir iaitu Allahyarham Tengku Iskandar yang memahami subjek "spiritualisma" yang di gelar kedaulatan dalam bahasa kelas manusia, baginda hanya memartabatkan diri baginda ke tahap yang telah diperkenankan sesuai titah dan sumpah pengangkatan Kerajaan Johor Lama, seperti dirakamkan di Istana Johor Bahru (yang mana bukti tertulis dan bukti hidup salah seorang pengasuh beliau semasa kecil itu juga dari kalangan anggota keluarga yang terkait rapat dengan kerabat Kerajaan Johor Lama leluhur Maharaja Melaka, yang telah direbutkan, di usir dari Melaka, dan turun takhta di Melaka dan di Muar, kerana kuatnya pengasuh itu dengan ilmu kesakthian dan ilmu pertaphaan, sehinggalah) Allahyarham telah di perintah hantar ke England akibat dari sesuatu peristiwa berlaku di Padang Istana Johor Bahru. Kerajaan Johor telah melalui evolusi pemerintahan beraja di Johor Bahru dengan perpindahan Tanjung Puteri yang dikatakan bersumpah daulat Kerajaan Kota Johor Lama, berpindah ke Johor Bahru sehingga kini di bawah keluarga Kesultanan Johor yang ada pada hari ini @ http://www.johordt.gov.my/kerajaan/page/dymm_sultan_johor/. Politik Pemerintahan Johor di sokong oleh para pentabir pemerintah politik yang bersejarah majoriti rekodnya yang berasal dari Muar Johor, bandar yang dikenali sebagai Bandar Sri Maharani, yang kemudiannya telah bersekongkol menolak Malayan Union yang berlatarbelakangkan aura-British berpusat tadbir di Johor Bahru.

Sementara kekukuhan sistem politik Malaysia yang diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman (utara) telah melihatkan wajah evolusi politik Melayu sejak penubuhan awal pertama pasca 1946 Malayan Union, oleh Dato Onn Jaafar (selatan) yang di tolak ideologinya. Latarbelakang pemerintahan berpolitik parti di Malaysia yang kelihatan latarbelakang dari utara dan selatan itu telah ber-evolusi di peringkat Malaysia Semenanjung dan **Borneo, iaitu barat dan timur. Geopolitik Malaysia juga menunjukkan pelbagai latarbelakang kaum, puak dan suku serta evolusi politik yang memainkan peranan penting dalam pembentukan Malaysia pada hari ini, ke arah satu suara membangun Malaysia seperti acuan yang diperturunkan oleh perundangan pentadbiran kapitalis British campur pentadbiran opportunis-politik pentadbir istana yang di lantik, dengan adat berlatarbelakangkan oriental Hinduism dengan simbolik "Parameswara" yang dipertontonkan oleh buku Sejarah Melayu, dan keagamaan anutan rakyat Malaysia yang berbilang kaum seperti Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Sikh dan agama adat yang lain-lain.

Sungguhpun asalan politik ini telah ber-evolusi sejak sorotan titik iktiraf kemerdekaan 1957, atau di sorot kembali ke zaman Penjajahan Jepun, atau 1300an Masehi, atau ke zaman Bali di tahun 1AD Buddha, atau Majapahit dengan Islamism, justeru peristiwa-peristiwa yang membangunkan nilai dan menjadi sikap ala-fascism Malaysia pada hari ini telah berada di tanam di kalangan masyarakat banyak, yang majmuk, puak, suku, istana, dan parti politik, yang berbilang adat dan amalan seperti pendakwah agama pada zaman Majapahit yang ortodoks dakwah-dan-taklok negeri, serta latarbelakang ekonomi Austronesian, menjadikan satu wadah harapan pembangunan Kemerdekaan Malaysia ke arah Wawasan 2020 seperti yang diharapkan mencapai hasrat ketentuan mahu nya arkitek pereka Wawasan 2020. (Nota: Sementara, bagi Kerajaan Indonesiaraya, Mantan Presiden Almarhum Bung Soekarnoe berwawasan ke tahun 2050, sesuai dengan evolusi multiplikasi aras fertiliti manusia di saat itu).

Sementara rakyat majmuk dengan evolusi membangunkan Malaysia mengikut acuan rakyat yang telah diberi tiket kemerdekaan untuk membangunkan Malaysia sesuai evolusi pikir politik seperti keizinan yang diberikan, akan hanya kelihatan indikator kemerdekaan itu diharapkan pada tahun 2050, iaitu tahun ke 97 selepas warta kemerdekaan pertama dikeluarkan, 31 Ogos 1957, dengan kos spiritualisma yang sangat mahal, dalam teori perkembangan aras fertiliti manusia dan spiritualisma kemanusiaan.

**Nota : Saudara di Borneo, Mohon di sambung tulis subjek pahaman sejarah dari perspektif Sabah dan Sarawak.

Nota fakta di atas adalah perspektif pengkajian penulis secara alami, sementara pengkajian terperinci yang lebih detail boleh dipelajari dari link dan tips yang di sebut di atas, atau dari perpustakaan rahsia Istana Besar Johor Bahru (Ref : Allahyarham Tengku Alang), dan Kantor Bung Soekarnoe, Jakarta, Indonesia.

Nota : ARDK2011



Tun HS Lee Menteri Kewangan Pertama Kabinet Pemerintahan Malaysia



FAKTOR EKONOMI, SOSIAL, PATRIOTISMA : TANAH MELAYU

Kesimpulan, Isu :

Saya setuju nama pahlawan lokal dipampangkan kembali. NEXT STEP ialah kita juga harus fokus : Apakah ini untuk lokal ? rakyat merdeka, kita ? atau ada unjuran isu ini akan di seret kembali ke komunisma-subversif, atau feudalisma dengan agama ekstremis ?

Huraian :

Ekonomi :

Tanah Melayu sejak berabad kurun di kenal sebagai potensi untuk kapitalis. Kapitalis yang berkuasa dan memulakan imperialisma di Tanah Melayu memproteksi kepentingan mereka dengan struktur pentadbiran negara ideologi kapitalis, maka perang berlaku, sebab komunisme Marxist telah disepakati di tolak di Eropah. Lenin di tolak. Komunism ialah subversif dan tidak menaklok cara perang. Sebagai kapitalis, British "menggunakan" rakyat Tanah Melayu untuk bendung subversif komunis yang nyata menggunakan sedikit kekerasan ala-gangster fascist, otorititarian di kawasan daerah mereka sehingga berlakulah kepayahan meneruskan sistem ekonomi dan sosial unjuran kapitalis. Maka, komunis di label sebagai pengganas.

Sosial :

Saya setuju, lembeknya minda penulis Tanah Melayu pada masa itu, dan post-Merdeka Malaysia, dan pengkaji sejarah yang tidak mengenal pahlawan tempatan lokal pada masa itu kolonial imperialis British. Cermin, di Indonesia terkenal dengan gerila dan tokoh yang terkenal seperti Tomo dan Tan Malaka (1945 Oktober tgl 10, Suroboyo, Jawa), dan patriotisma Indonesia berbeza setelah berlaku Oktober 10 1945 perang habis-habisan dengan Jepun.

Patriotisma :

Tidak ada satu pun parti politik masa itu yang pergi perang, namakan satu, satu pun tiada terlibat. Tapi parti politik dibangunkan oleh beberapa anggota manusia yang terlibat dalam "peperangan berkelompok" yang berlaku di daerah-daerah tertentu, hanya melunaskan kemahuan kapitalis, dan tidak secara menyeluruh sekaligus perang. Maka pahlawan lokal ini terpecah-pecah dan tidak pernah bersatu. Maka timbullah beberapa rakyat kecil pemimpin yang berpolitik sehingga menggelar diri mereka perwakilan puak dan kaum, terdaftar sebagai MCA, MIC dan UMNO. Mungkin parti dari kumpulan yang menggelar diri mereka Pakatan Rakyat juga boleh terbentuk jika ada pada masa tu(?). Maka kita tak pernah lihat parti politik Mat, atau Minah, sebab pahlawan lokal ini penuh dengan spiritualisma mereka tinggal jauh dari Kuala Lumpur atau Singapura. Ilmu ghaib yang dimaksudkan ketika itu ialah kelincahan silat menghilang diri, dan pada masa itu tiada internet atau telefon Nokia yang boleh mendeteksi lokasi individu yang dikehendaki di manapun mereka berada. Maka jelas, UMNO memang tidak pergi perang, maupun si pendekar silat yang di katakan pahlawan kampong tidak pernah bersatu dalam kumpulan besar seperti tentara Majapahit yang berperang, atau gerakan Gerila Indonesia yang berperang langsung menantang penjajah Indonesia.

Malaysia terbangun. Dan terbukti, sesuatu yang di buat mahu cepat dan boleh diringkas-muatkan sebagai produk milik negeri seperti perlakuan tampal lambang kereta atau motor, boleh mengaku kepunyaan sendiri dengan kos, kos yang besar seperti segel kepala orang yang lebih pintar, sekel dahi kawan yang sama-sama berjuang dari peringkat awal, dan pijak kepala tuan sendiri seperti terdapat dalam peribahasa, dan lebih memalukan sikap merusakkan peradaban keluarga dengan menggunakan hukum agama yang dimuliakan, tanpa menghiraukan aspek spiritualisma dan kemanusiaan. Ini adalah tahapan seperti perangai anak-kecil yang manja, dan penurunan pemamahan spiritualisma yang hanya boleh dirukunkan dalam pengajian agama (yang digunakan oleh manusia biasa dengan kata nama patriotisma, kedaulatan dan ketuanan).

Kesimpulan :

Contoh perlambangan spiritualisma terdapat seperti di lirik Indonesia di bawah : Yang sangat megah dan membanggakan patriotisma kenegaraan tanah tumpah lahir mereka.

Klik musik di sini @ http://youtu.be/Xl1nrCu2Yfk



Bung Soekarnoe ; Mantan Presiden Republik Indonesia yang Pertama



MELATI SUCI : OLEH Guruh Sukarno Putra

Putih
Putih melati
Mekar di taman sari
Semerbak wangi penjuru bumi
Seri
Seri melati
Bersemi anggun asri
Kucipta dalam gubahan hati

Tajuk bak permata
Siratan bintang kejora
'Kan kupersembahkan
Bagimu pahlawan bangsa
Putiknya persona
Rama-rama 'neka warna
'Kan kupersembahkan
Bagi pandu Indonesia

Suci
Suci melati
Suntingan 'bu Pertiwi
Lambang nan luhur budi pekerti

Tajuk bak permata
Siratan bintang kejora
'Kan kupersembahkan
Bagimu pahlawan bangsa
Putiknya persona
Rama-rama 'neka warna
'Kan kupersembahkan
Bagi pandu Indonesia

Suci
Suci melati
Suntingan 'bu Pertiwi
Lambang nan luhur budi pekerti

Oh, melati ...
Oh, melati ...
Oh, melati ...

@ http://youtu.be/Xl1nrCu2Yfk







Pada pemerhatian dan pengkajian saya di peringkat (*) yang telah diizinkan kepada saya, maka saya berkesimpulan bahawa ~ Mantan Presiden Bapak Bung Soekarnoe adalah seorang (di mata rakyat) sebagai nasionalis spiritualis sehingga beliau tidak punya calon sesuai untuk dimajukan sebagai pemimpin, sedangkan Panca Sila yang diperjuangkan menetapkan situasi agama Islam itu di suatu takok tertentu, sebagai seorang Moslem beliau cuba merapati dan mendukung perjuangan Islam, tetapi Republik Indonesia telah berada dalam kanun Republik dan Panca Sila, seperti diperjuangkan oleg beliau, sehingga tersadar beliau dari kesilapan spiritualisma. "Fitnah" yang dimaksudkan itu ialah (dipendekkan pemahaman pembaca, bahawa orang lain tidak senang pergerakan Bung Soekarnoe dengan pergerakan ahli-ahli agama) maka beliau "dikatakan" (di fitnah) menjurus ke ahli agama, yang sensitif dalam kanun Panca Sila. Perkataan fitnah digunakan di sini bagi menunjukkan bahawa dia Bung Soekarnoe itu telah terjerat, di jerat, dikatakan tanpa usul periksa, di hambat dan di kejar untuk di hapuskan kerana percanggahan dengan Panca Sila oleh penentangnya (yang dikatakan dari pahaman mereka yang menentangnya, dipendekkan pahaman ke pro-Belanda, yang mana situasi saat itu memungkinkan Republik Indonesia yang baru merdeka situasinya adalah sangat sensitif dan masih kuat dipengaruhi adat budaya sebelum merdeka, mungkin seperti dari pergerakan agama yang lain atau ketantaraan, yang sensitif untuk Republik Indonesia menrima maka dilabelkan ideologi komunisma dengan dipolitikkan Partai Komunis Indonesia, PKI), maka dipendekkan digunakan perkataan "fitnah" dalam penyampaian saya, sehingga tiba situasi BS dalam keadaan "pelarian" dan "persembunyian" dan menghilangkan diri dari "tembok pagar belakang" di sebuah daerah di Jakarta Pusat, (mungkin Menteng), sehingga lah beliau meninggal pada tahun 1970.

Itu pahaman saya dengan "tiket" yang diberikan kepada saya.(Ref : Mungkin ayat saya berbeda dari orang lain atau tidak menepati citarasa @Bahari Abdullah, temen penulisan saya, maka mohon nasehati dan maaf sebab info saya kelas pertama, not hearsay, contoh2 yang di titip di bawah juga adalah kelas pertama, dengan pengabdian saya kepada sejarah dan "pencarian" dalam tempoh 15 tahun dan telah dituangkan ke YouTube bersandarkan salah satu agensi United Nation di Jakarta Indonesia, maka dalam kesimpulan saya dan saya tidak melihat beliau dari perspektif peribadi sebab dia Bung Soekarnoe bukan teman saya seperti yang oleh Professor selaku Ustadz peribadi Bung Soekarnoe).

Maka tujuan saya menjawab kepada posting penulisan sejarah oleh pendebat PIPI ialah, maksud saya, ..."APAKAH MUNGKIN (jika di lihat ayat terakhir dalam posting PIPI mengatakan : "Adakah FAKTA sejarah berubah atau disalah tafsir mengikut acuan British ?" ...justeru, jawab saya itu mengaitkan fakta di Indonesia (APAKAH MUNGKIN sama, sejarah Malaysia juga terkait perlakuan Fitnah?)

Saya juga boleh meletakkan percontohan bagaimana data dan fakta sejarah mungkin telah di robah dan maka (dalam fahaman saya) apabila perubahan berlaku terubah, merubah, atau dirobahkan itu sudah jatuh hukum Fitnah demi manfaat situasi keruh di pihak lain dan keberuntungan di pihak pembuat fitnah, maka perkataan fitnah digunakan. Contoh fitnah yang di buat oleh PELAMPAU POLITIK dalam peradaban sejarah negara mereka juga berlaku kepada Tsar Nicholas II, Cordoba Espana, King Richard (The Lion Heart) atau nama Islam-nya dikenali sebagai Raja Abdul Rashid), dan/atau peradaban asal kejadian Majapahit itu sendiri, dan boleh dikongsi di forum lain jika mau pembuktian yang telah ada di YouTube saya dan tertulis di Pura keluarga kami.

Nah, apakan daya bila kita bercakap ada yang mengatakan orang lain tidak kompeten untuk bercakap, maka elak pressure lebih baik kita diam. Tetapi sesaorang yang sakit, wajib jumpa doktor, seperti jugak jika mau menuntut ilmu, ketuklah pintu yang benar.

Nota : ARDK2011



Fiksi Mantra dalam Lipatan SejarahLibya : A tribute to Muammar Ghaddafi Sirte

Write a comment

New comments have been disabled for this post.

February 2014
M T W T F S S
January 2014March 2014
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28