My Opera is closing 3rd of March

PASUK WETUNING DASAK SARE : Ardeka Balian Aga

Mantra Meditasi 9 Penjuru

Kebenaran Yang Mutlak : Lontaran Kupasan Kebenaran Yang Mutlak

, , , ,

Fakta kerahasiaan dalam pengajian Islam lunas di kaji dan wajar di alami oleh setiap insan yang bergelar Islam. Kejayaan sesaorang dalam jawatan dan tetangganya ga' mungkin menjadi pengukur dalam kehidupan manusia yang sudah (nyangka dirinya) ''berjaya'' dalam kategori manifestasi ilmu Islam yang di disiplin kan ke diri mereka. Maksudnya : Bukan kah kita perasan Al-Quran itu adalah penulisan yang di ''tutupi'' oleh pelbagai fakta kerahasiaan ...

Kebenaran Yang Mutlak oleh Ismaily Bungsu, Sabah Malaysia

Susunan dan Kupasan oleh ARDK2011 :

Pertama : Oleh Ismaily Bungsu

MANUSIA memangnya selalunya tidak memiliki pemikiran yang tetap/maksudnya selalu saja berubah. Pagi ini mungkin saja ia bersetuju, manakala petang nanti ia tidak bersetuju. Hari ini mungkin dia jahat dan esok hari pula mungkin dia bakal jadi baik alias hampir menyerupai malaikat.

Hari ini ia jahil dan esok pula ia bakal jadi ulama dan ada pula yang kelmarin ia jadi ulama dan hari ini ia jadi syaitan sambil minum/mabuk dan tidur di pub sampai pagi, makanya kita dinasihatkan jangan sekali-kali mengata/menghina sebab Tuhan memang selalu mencuba sesiapa saja kerana bukankah dunia ini penuh dengan cubaan/cabaran? Yang nyata/biasanya manusia yang mengatakan menjadi sebaliknya/pandang dan lihatlah di sekeliling kita tentang apa yang telah terjadi dan kalau tak silap inilah yang dinamakan “ketolahan”

Nah, suatu waktu misalnya manusia bisa saja dipengeruhi oleh dunia syair dan suatu waktu yang lain pula manusia dipenuhi oleh yang namanya filsafat dan sesudah itu/kemudian jua bakal dipengeruhi oleh agama dan demikian jua halnya dengan kemajuan berfikir yang sedemikian sifanya.

Perlu saya jelaskan bahawa sebelum manusia mencapai zaman Socrates, Plato dan Aristoteles misalnya, Yunani memang dipengaruhi oleh dunia syair terutama sekali Homerus, manakala orang Arab di zaman Jahiliah pun dipengaruhi oleh gelombang syair sehingga diadakan pesta/pertandingan menulis dan membaca syair.

Kalau kita teliti pula keadaan bangsa Melayu warisan kita atau bangsa-bangsa serumpun di Nusantara ini memangnya amat terkenal dengan pantun dimana segala apa saja yang dilihat di sekeliling mereka/pada waktu itu dan tentunya hingga sekarang ini seperti ombak yang menghempas pantai, angin yang menderu dan lembutnya hembusan angin, gunung yang tinggi menjulang, bulan purnama di langit yang tenang dan sebagainya merupakan objek ilham pencipta untuk dijadikan syair.

Nah, setelah selesainya gelombang itu, kemudian ketika zaman pertengahan pula ada lagi gelombang lain yang maksudnya pengaruh agama. Pengaruh agama ini berlaku baik di Eropah atau dunia Timur dan setelah itu datang pula zaman gelombang yang namanya pengaruh Ilmu dan pengaruh ilmu inilah yang hampir meranapkan pengaruh agama sebab ia berdasarkan kenyataan bukan impian atau akal dan fikiran dan bukan selain daripada itu.

Dizaman purbakala, sebelum hubungan dunia serapat seperti sekarang ini akibat ilmu, gelombang yang mempengaruhi itu laksana “Panas dalam Belukar”. Ada wilayah dan bangsa yang dipengaruhi oleh syair, sedang bangsa tetangga dipenuhi oleh filsafat dan bangsa lain pula dipengeruhi oleh agama, tetapi sejak hasil ilmu pengetahuan menyelidik alam sambil kian maju dari abad kesembilan belas, yang jauh telah bertambah dekat kerana pengirim telegram dan adanya radio, tv dan sekarang ini internet menyebabkan dunia menjadi dekat seperti di depan kita sendiri.

Pengaruh ilmu pengetahuan telah meliputi dunia barat, manakala pengaruh agama semakin berkurangan sebab ramai sangat orang di barat mahukan yang nyata dan dapat terus dirasa alias dinikmati/bukan yang samar-samar, tetapi bukan kerana ilmu pengetahuan maju, tapi atas sebab mereka suka sangat menjadi pak turut dan ternyata hal berkenaan memang tepat seperti yang dikatakan oleh Ibu Khaldun yang menyatakan bahawa bangsa yang kalah, ketagihan meniru bangsa yang menang. Betul?

Kelemahan pengaruh agama dan naiknya kemajuan ilmu pengetahuan di barat adalah hasil yang wajar daripada ilmu pengetahuan yang telah timbul sejak abad ke-17 yang tentu saja berpunca dari dunia Andalusia(rujuk buku saya yang berjodol Siring/muka surat 151) dimana/rupanya hasil penyelidikan, analisis dan sebagainya menjadi penyambung kemungkinan-kemungkinan disamping mempertautkan sebab dengan akibat, teori dan percubaan yang berulang-ulang. Kesalahan dan kegagalan satu percubaan, lalu mencari percubaan yang lain, sehingga akhirnya mendapat hasil yang memuaskan, lalu dijadikan ilmu dari satu pendirian ilmiah.

Jangan menurut saja kepada apa yang dipusakai dari nenekmoyang kata mereka dan kerana itulah kata pusaka dari Socrates atau Plato atau Aristoteles, belum boleh diterima saja kalau belum melalui percubaan, bahkan kata-kata dari kitab suci sekalipun, bahkan jua perintah dan ketentuan dari gereja, kitab/wahyu dan sebagainya belum boleh diterima saja, sebelum diselidiki di dalam laboratorium yang menyebabkan orang berilmu semakin goyah keimanannya sebab ianya difikirkan berdasarkan kenyataan.

Nah, cara yang sedemikian menyebabkan mereka menghasilkan beratus-ratus, malah beribu-ribu pendapat baru yang dapat mereka nikmati dalam praktik hidup seharian, menjadi pokok pada segala kemajuan yang dikecapi oleh bangsa yang kononnya moden di Eropah.

Dan dengan kemajuan yang nyata, menyebabkan semua orang terlalu hormat pada ilmu dan dengan tidak secara langsung/sekaligus pula ada yang semacam kurang pada agama sebab agama kata mereka hanya menjanjikan syurga yang belum tentu ada, sedang ilmu menjanjikan masa depan yang baik alias kehidupan yang mewah di setiap hari seperti sekarang ini sehingga mereka lupa bahawa segala ilmu dan apa saja yang mereka miliki adalah anugerah Allah semata-mata kerana bukankah ilmu yang ada pada diri kita hanya laksana sebutir pasir yang terdampar di pantai?

Sebenarnya radio, komputer, kapal terbang, rumah, letrik, intan, emas/permata/baju berjenama dari London, Paris, Hong Kong/walaupun bentuk pakaiannya semacam “utau” yang nampak pusat/perut yang ada parut dan ada seribu satu macam lagi menyebabkan perhatian tidak lagi ke langit yang maksudnya tidak lagi kepada Allah yang mencipta Alam ini sebab kepercayaan yang ada dilangit dianggap membuang waktu semata, tapi perhatian mereka terus saja ke bumi sebab mereka nampak apa yang nyata/dan mereka lupa (saya ulangi lagi) bahawa yang nyata itu merupakan ciptaan yang dianugerahkan oleh Allah sendiri. Maksudnya perhatian mereka tidak kepada pendita, tetapi terus saja kepada ilmu pengetahuan.

Nah, bila tanggapan tidak lagi ke langit atau pecaya adanya Tuhan, maka manusia semakin sombong, takbur, bangga, ego dan segala macam. Lihat saja gelagat manusia yang kaya/hartanya yang banyak/wangnya yang berjuta, tapi menjadi bakhil/lokeknya satu macam yang seolah-olah harta itu mahu dibawanya ke kubur kala ia mati nantinya/padahal kalau punya harta yang banyak dan kemudian mati menyebabkan isteri kahwin lagi yang terkadang belum pun sampai 40 hari. Ah! ah! ah! ah! ah!

Rata-rata manusia yang kaya semakin tidak beradat, semakin biadap, semakin kurang ajar/kala memandu kereta seolah-olah jalan raya/lebur raya semacam miliknya sendiri yang menyebabkan banyak orang lain mati/yang pakai kereta buruk semacam mahu dihimpit-himpit olehnya yang pakai Ninja Turtle dan ternyata yang akhirnya manusia sendiri selalu membikin dunia jadi huruhara/tak menentu/segala ciptaan Allah dimusnahkan demi memenuhi keperluan tuntutan dunia semata seperti menebang balak/merosak keharmonian hutan simpan dan yang pasti manusia akan pasti semakin tamak, rakus dan lupa diri sehingga nantinya kiamat. Inilah yang dinamakan selagi manusia bergelar manusia.

Lama kelamaan atau sekarang ini memang ada yang lebih berani sehingga suka meilmukan soal-soal yang berkenaan dengan agama itu sendiri, suatu hal yang bukan tugasnya. Hidup di akhirat tiada bukti kata ilmiah kerana syurga dan neraka hanyalah merupakan pujukan dan ancaman semata-mata, malah kedua-duanya menghalang manusia mencapai kemajuan sebab menjadi masalah untuk difikirkan oleh manusia sehingga mereka menyatakan bahawa soal neraka dan syurga adalah soal setelah mati dan tidak perlu difikirkan oleh mereka yang masih hidup sebab membuang masa, lagipun apalah guna memikirkan soal akhirat kala hidup hanya sementara waktu saja. Sampai begitu sekali!

Yang menggoncangkan lagi ialah kepercayaan pada agama ialah timbulnya hasil penyelidikan “kopernicus” tentang nizam matahari kerana sebelumnya manusia amat percaya bahawa bumi ini adalah pusat alam yang maha besar, sedang matahari, bulan dan bebintang adalah beredar di sekeliling bumi dan apa yang terjadi timbullah pertentangan katholik dan protestant yang menyebabkan orang malu mahu beragama sebab agama dipandang sebagai kebekuan berfikir kata mereka.

Demikianlah ilmu pengetahuan dalam perkembangan sejarahnya, memegang teguh suatu teori yang telah basi sama sekali adalah kesalahan besar kata mereka kerana sama besarnya dengan kesalahan ahli-ahli agama yang mengkaji dan mahu memahami “nas”.

Apapun keindahan yang ada di dunia ciptaan Allah ini adalah kebenaran dan kebenaran adalah keindahan dan kerana itulah kalau ada yang menyatakan bahawa jalan mencapai kebenaran itu hanyalah semata-mata ilmu adalah salah, apa lagi kalau yang menyatakan itu tidak menggunakan akal dan fikir yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka.

Walau bagaimanapun alangkah indahnya jika ada yang mendaki dan ada yang menuruni gunung, bebukit atau lelembah untuk mencapai puncak dan keduanya pula bertemu di pertengahan sambil berbincang/berpakat untuk mencapai apa yang sebenarnya sambil setelah memikir bagaimana dunia ini dicipta dan siapa penciptanya sebab sesuatu tidak mungkin ada tanpa pencipta, maka ketika itu akan tercapailah bahagia yang sejati. Faham akan maksud saya ini? Mudah-mudahan kita akan menuju sambil mendekati “Kebenaran Yang Mutlak” yang maksud saya ialah ilmu untuk mengetahuinya dan agama pula untuk merasainya sambil kita gunakan akal dan fikiran secara bijaksana. Maafkan saya kalau memang idea ini tak benar/sama-samalah kita fikir-fikirkan demi kedamaian dunia.

Saya kira kita harus berfikir sejenak bahawa bangunan yang tinggi tentu ada yang merancang dan membinanya, kereta yang anda pandu tentu ada penciptanya, manakala balak yang tumpang tentu ada yang menebangnya, kijang/rusa alias “payau” yang tertembak di hutan Lembah Danum tentu ada yang menembaknya dan pokok yang bergoyang-goyang pasti ada yang mengoyangnya dan terakhir apakah langit dan bumi ini tercipta tanpa ada penciptanya? Nah, jawablah!

Kesimpulannya tidak lain dan tidak bukan yang menciptanya ialah Allah yang menjadikan kita dan kalau begitu kenyataannya yang dipersetujui/kenapa ada kalangan kita yang punya pendidikan semakin lupa adanya Allah yang mencipta semua hal di dunia ini termasuk memberikan ilmu kepada mereka? Entahlah!

Tamat.

Kebenaran Yang Mutlak oleh Ismaily Bungsu, Sabah Malaysia

Susunan dan Kupasan oleh ARDK2011 :

Kupasan : Oleh ARDK2011


Satu falsafah yang menarek yang dituangkan oleh Bapak Ismaily Bungsu :

Justeru, ada satu kalimat mengatakan, manusia zalim akan di bakar api neraka. Lanjutan, di mana "api neraka" jika tiada yang menjadi bahan api nya, mesti ada penciptanya, dan ada proses yang dilaluinya sehingga bergelar bahanapi. Di dunia ini dari mana bahan api di perolehi, bagaimana proses alami ke kejadian bahan api itu. Apa kegunaan bahan api itu, kenapa bahan api itu juga merusakkan. Selanjutnya, apakah bahan yang di proses sehingga menjadi bahan mentah yang di sedot dan di proses menjadi bahan api itu, sehingga bisa merusakkan.

Bahanapi mengingatkan kita kepada "cermin" yang perlu di beri kepada "pasu air, tempayan" yang berdiri di depan cermin, untuk difotokan. Kaitannya si cermin, pasu air itu sangat terkait rapat dengan bahan api. Kesimpulan yang bisa di paham dari falsafah atas itu, jika tiada manusia, maka tiada bahan api, justeru cermin tak diperlukan dan pasu air akan kekal menjadi lumpur di kali.

Quote kata “Kebenaran Yang Mutlak” yang bermaksud ---ilmu untuk mengetahuinya dan agama pula untuk merasainya : sambil kita gunakan akal dan fikiran secara bijaksana.

Maksud saya : Manusia itu memang lahir demi untuk zalim menzalimi antara satu sama lain. Kekayaan dari bahanapi, dari "daging tulang saudaranya sendiri (tersebut pada huraian konsep fitnah) telah di rabuni, dan tidak didedahkan, ..."sehingga dia pada lupa" ... dan mengatakan bahawa .."dia lah manusia yang lebih baik dari yang lain"... sedangkan dia "lupa" ... *lupa, yang dimaksudkan itu ialah : bahanapi. Maka berebutlah manusia ke bahan api yang ..."membakar tanah nya"...dengan wang yang di sumpah (cursed money)" dari bahanapi yang di curi dan tidak berbagi sesama manusia yang lemah (bahanapi diesel kali)... yang kemudian nya mereka keseL, bahawa ..." mereka juga tidak terlepas dari siksaan (dari menjadi bahanapi) api neraka" ... : Soalan : Siapa yang terlepas ?

Wess, agama adalah disiplin, penghayatan dan kehormatan manusia semasa hayat. ^Penyesalan nya itu adalah ke^imanan. Tanpa keimanan, tiada aqal dan fikiran yang bisa melewati zarah panasnya bahan api neraka. Jika saat ini kita membayangkan rasa nya hangat api neraka, wajar, anda akan terlepas dari siksaan bahanapi yang akan meniduri anda di jasad mati yang menanti.

Fakta kerahasiaan dalam pengajian Islam lunas di kaji dan wajar di alami oleh setiap insan yang bergelar Islam. Kejayaan sesaorang dalam jawatan dan tetangganya ga' mungkin menjadi pengukur dalam kehidupan manusia yang sudah (nyangka dirinya) ''berjaya'' dalam kategori manifestasi ilmu Islam yang di disiplin kan ke diri mereka. Maksudnya : Bukan kah kita perasan Al-Quran itu adalah penulisan yang di ''tutupi'' oleh pelbagai fakta kerahasiaan ... lalu di ulas dan di saring oleh banyak kitab usuludin dan nas sahih yang memakan masa berzaman abad kurun dan dari daerah ke lubuk lubuk al Tabrani dan dan Tarreqah, sehingga mencetuskan minda manusia yang seharusnya stabil dan sederhana dan waras matang menjelajah ''ilmu'' Islam itu sendiri, apakah pengajiannya sudah berakhir di sini. Kenapakah kelaziman itu tak diteruskan malah dibaham oleh fitnah dan saranah oleh agenda yang memesongkan dan melambatkan manusia ke ''situ'', dengan alasan diwujudkan aktiviti peperangan dan ekonomi. Atau apakah kita di dalam situs yang sedang mendalami dan mengkaji praktik yang dimaukan di tuntut oleh disiplin agama. Kurang benar jika dimahkotakan anggota suci Islam itu di kuil atau di majlis keraian agama lain, tapi tidak janggal jika perkara seperti itu berlaku di antara kita, dengan penggunaan kalimah-kalimah Quraisy dan syair-syair mantera yang di tulis dalam tamadun Islam. Namun, siapakah yang akan di nobatkan terbaik antara kita dalam mengahadapi dan mempelajari ilmu alami yang diwasiatkan untuk di kaji dan di selidiki. Tidak kurang salah jika dikatakan, ahli fikir kita semakin haus untuk berbicara fakta kehidupan kemanusiaan yang di disiplinkan oleh Islam itu sendiri, tanpa malu tapi sebenarnya sadar, si Islam tahu bahawa rentetan ilmiah nya itu dipergunakan oleh budaya lain yang saling bersaing untuk menyempurnakan agenda kehidupan beragama mereka. Itu fakta manusia yang mencari agama.

Fakta manusia yang mencari teman sejatinya bernama Allah, lain lagi rupanya. Terjemahan nya akan jadi berbeda. Pada saat itu, kehidupan kaya atau miskin itu di rasai ^sama, tiada beda nya, yang jauh dan yang tak tercapai itu, bisa di rasai ada di sekeliling mereka duduk sama di satu tempat. Maka terjawab mereka pada pencarian satu lingkungan yang sama di pandangan mata, hati dan mulut, tanpa memikirkan hal pakaian dan rupa, wajah dan tonasinya, mereka bergerak ke satu daerah yang menyempurnakan pra-syarat kemanusiaan nya menghadapi kehidupan yang ditetapkan. Sejujurnya, agama yang ada Islam di mata kasar manusia ini hanyalah ke^imanan yang dasar, dan haus lingkungan pemikir yang sebenarnya, lalu kita kita di terjahi oleh noda debat agama, yang seringkali memesongkan. Lingkungan manusia dan azab kesadaran atas ke^imanannya itu bertahap, sedangkan usuludin juga tidak membawa maknanya jika tahyat akhernya masih berselingkuh jiwa dan realiti kehidupan sekeliling. Lingkungan itu penting. Fakta lingkungan sangat penting. Sehingga mencetuskan perantaraan yang bermasalah, kerna perlakuan dan kanun nya berbeda antara budaya dan lokasi, atonasi dan realiti.

Itu pada hemat pandangan saya. Wassalam.


Nota : ARDK2011




KEMBALIANKU : 56. Ilmu – Pengenalan Penghentian dan Penglihatan Penyucian Politik, Proklamasi Ekonomi ~ Bukan Transformasi

Write a comment

New comments have been disabled for this post.

February 2014
M T W T F S S
January 2014March 2014
1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28