KEMBALIANKU : 45. Suatu Penghentian Di Mana Hati Para Arifin Dijadikan Kehairanan
Sunday, September 4, 2011 4:46:53 AM
Dan bila Engkau menyamar, maka jadikanlah daku tergolong dari orang-orang yang mengetahui, bahawa Engkaulah yang menyamar, dan bila Engkau memperkenalkan diri, maka jadikanlah daku dari orang-orang yang mengetahui, bahawa Engkaulah yang memperkenalkan diri.
KEMBALIANKU : 45. Suatu Penghentian Di Mana Hati Para Arifin Dijadikan Kehairanan
Susunan oleh ARDK2011
Aku dihentikan berdiri tegak dalam keyakinan yang sebenarnya, lalu ia berkata padaku : ‘Dalam keyakinan itu adalah suatu rahsia, bila engkau telah mengenalnya, maka tiada lagi Aku menjadi samar atasmu. Bila Aku menyamar, nescaya penyamaranKu akan menambah makrifat padamu, tetapi bagi mereka yang tidak mengenal rahsia keyakinan itu, pastilah menjadi pengingkaran. Sesungguhnya Akulah Allah yang tidak dapat di reka-reka oleh perkenalan padaKu, dan tidak dapat di muat oleh hati-hati itu dengan sepenuh muatan makrifat kepadaKu. Bagiku ada suatu makrifat yang tunggal dang mana tiada Ku fitrahkan kepada hati seorang hamba dan tidak juga kepada para Malaikat. Bila makrifat itu tiba, nescaya tiba pulalah pengingkaran, maka setiap orang arif akanmengingkari segala apa yang telah dikenali.
Dan apabila telah tiba pengingkaran itu, maka ketahuilah bahawa Akulah yang menyamar dengan makrifatKu Yang Tunggal itu, maka hendaklah engkau jangan mengingkari Daku dan jangan memohon suatu makrifat, yang dengannya engkau akan dapat mengenalKu. Dan katakanlah, bahawa … Engkau ! Engkaulah yang dapat memperkenalkan dirimu sebagai yang Engkau kehendaki, dan menyamar mengikut apa yang Engkau kehendaki. Maka teguhkanlah daku dengan penyamaran ke TunggalanMu (Wahdamatik) dan tetapkanlah daku dengan pendengaran dan ketaatan padaMu dalam apa yang diriMu engkau perkenalkan.
Dan bila Engkau menyamar, maka jadikanlah daku tergolong dari orang-orang yang mengetahui, bahawa Engkaulah yang menyamar, dan bila Engkau memperkenalkan diri, maka jadikanlah daku dari orang-orang yang mengetahui, bahawa Engkaulah yang memperkenalkan diri.
Nota : ARDK2011



