Penyucian Politik, Proklamasi Ekonomi ~ Bukan Transformasi
Sunday, September 4, 2011 5:19:20 AM
Jika barisan pentadbiran negara; termasuk pembangkang maupun pemerintah, dan "seasoned" politikus itu sering dipersalahkan dan rakyat memerhatikan gelagat mereka bersaing di arus politik pemerintahan negara, Apakah anggota bebas dan pendukung bisnes bebas, sudah bersedia memasuki agenda politik negara mengambil alih peranan pemerintahan dan menggantikan politikus Malaysia yang korup ?
Quote : ... Sekilas itik melintas, kita tahu mana jantan betina nya : Sebentar singgah di taman, hijau daun, rumput dan bunga, dapat di kesan nilai warga nya. Bendang baru...di tabur padi, tumbuhnya lalang. Kurun berganti, tumpul nya parang, di salahkan ulu nya.
Quote : ... Sekilas itik melintas, kita tahu mana jantan betina nya : Sebentar singgah di taman, hijau daun, rumput dan bunga, dapat di kesan nilai warga nya. Bendang baru...di tabur padi, tumbuhnya lalang. Kurun berganti, tumpul nya parang, di salahkan ulu nya.
Penyucian Politik, Proklamasi Ekonomi ~ Bukan Transformasi : Oleh ARDK2011
SOALAN :
Jika barisan pentadbiran negara; termasuk pembangkang maupun pemerintah, dan "seasoned" politikus itu sering dipersalahkan dan rakyat memerhatikan gelagat mereka bersaing di arus politik pemerintahan negara, Apakah anggota bebas dan pendukung bisnes bebas, sudah bersedia memasuki agenda politik negara mengambil alih peranan pemerintahan dan menggantikan politikus Malaysia yang korup ?
Quote : ... Sekilas itik melintas, kita tahu mana jantan betina nya : Sebentar singgah di taman, hijau daun, rumput dan bunga, dapat di kesan nilai warga nya. Bendang baru...di tabur padi, tumbuhnya lalang. Kurun berganti, tumpul nya parang, di salahkan ulu nya.
Nota : Isu ini telah saya sebut di satu blog saya, pada 2008, setelah USD merudum di pasaran UK, sehingga London mengarahkan sesiapa yang tidak punya permit di sana maka akan di hantar pulang ke negara asal, maka si rakyat EU bergegas ke London untuk dapat permit tinggal, kerana Paris Roma Greece dan Espana telah mula rasa kesempitan setelah wang Euro melebihi nilai USD : Jatuh ekonomi US menjadikan inflasi di Eropah (Ref @ http://english.aljazeera.net/business/2011/08/20118714251404.html). Pandangan saya mungkin di lepas pandang di Malaysia pada masa itu sebab banyak blogger sibuk dengan post-mortem PRU12. Cadangan saya pada waktu itu ialah : agar kerajaan Malaysia menjaga nilai properti di Malaysia dan spekulator properti yang gamak nya mengambil jalan singkat menerima pelaburan pemilik-wang Eropah yang mahu melarikan dana dan pasak investasi di Asia, untuk ketimbangan wang dan modal pertaruhan mereka di Eropah. Isu ini jadi tidakpenting buat saya pada masa sekarang, di mana sekarang ini tumouan lebih diberikan ke Malaysia yang mula penampakan cemas dengan kesan dari 2007 di USA dan 2008 di UK. Malah mau saya sambung sedikit lagi, bahawa kelanjutan dari subjek di bawah ini ialah subjek politik negara teluk dan geo-politik USA di rantau Arab dan Turki yang kian meruncing (Ref @ http://english.aljazeera.net/indepth/opinion/2011/07/201171775828434786.html), hatta menjejaskan isu ekonomi di Malaysia, yang dituangkan di bawah.
Apa yang berlaku di Malaysia :
1. Statistik harga properti Malaysia melambung : Jejas indeks harga barangan harian.
2. Investor yang tak mahu hasil pendapatan jualan minyak mereka di cukai di negara mereka,
....melarikan cukai pendapatan mereka dari untung bisnes mereka ke Asia
3. Properti hartanah rumah gedung dan industri di masuki oleh spekulator hartanah :
....kelihatan properti terjual, tetapi, tidak di huni.
4. 2008 dan sekarang 2011, di statistik kan nilai hartanah Malaysia mantap
....dari 50-100% kenaikan untung spekulatif di kotaraya, dan antara 5-15% di luarkota.
5. 2011 ~ lonjakan barang keperluan ruamh melambung-ombak 5 kali lipat, maxima 300%.
6. 2020 : Di mana nilai matawang Malaysia, jika di bandingkan nilai harga barangan SEKARANG.
Minyak, Petronas dan Transportasi :
Otomatis, naik dan turun dan blog saya menyatakan .."jika kerajaan Malaysia dan ahli industri tidak pandai mengatur negeri, maka mereka akan kecundang berhadapan inflasi maya yang akan integrasi dengan spekulator". Maka tuan akan ingat perlakuan YB Datuk Shahrir Samad yang lepas jawatan kerana isu harga minyak, dan kemudi Kementerian Pengguna juga berombak kerana, perubahan dalam Petronas. Pendapat saya, itu tidak jadi masalah, sebab, segalanya bergantung kepada manusia yang pintar atau tidak untuk bertindak kemudi jual beli barang industri minyak di pasaran antara bangsa dan OIC dan pasaran gelap. Segala isu perlu di kaji sebelum berhujah sebab, sudah pasti lah ada minyak murah jika mahu, tiada minyak murah jika tidak mahu. Itu aturan manusia. Jika bijak, maka minyak jadi murah.
Properti, Spekulator, Tamak :
Dalam kemajuan dunia moden dan internet tanpa batas, segala kemahuan tuan ada di atas meja di internet. Sama cara kehidupan di Sabah, KL atau Kelantan, jika bijak pengurusan hidup. Tetapi, ada satu halangan yang tidak dapat dielak oleh semua manusia iaitu spekulator dan sifat tamak. Hartanah dengan sewa yang mahal, melambung dari ruang harga jualan tahap RM10 sekaki persegi, ke lingkungan tahapan RM1200 sekaki persegi, dengan sewa yang mahal di kotaraya, bandar dan desa, menjadikan --- produk barangan makanan yang tuan beli perlu menampung beban, maka harga naik. Israel telah mula bermesyuarat menegeluarkan dana tambahan untuk menampung kos sewa dan belanja hartanah. Rantaian itu, menjadikan industri perkilangan di Malaysia merudum pindah ke China. Alasan lain tuan boleh baca di berita lengkap. Pembuatan coklat contohnya, dengan produk yang di jual di Indonesia pada harga murah dan rendah untuk makanan adalah tidak sama harga nya setanding kualiti yang di jual di Malaysia, pada harga pasaran di para Malaysia. Buah tomato di sana masih boleh di jual pada harga RM1.00/kg, sedangkan, tomato Malaysia baru dapat 2 biji per satu ringgit.
Dasar pengimport Malaysia :
Malaysia masih ketandusan idea dan kejengilan pelopor ahli import. Pengimport Malaysia mengimport produk makanan sekadar menampung pasaran yang mereka punya; --- bukan untuk kerajaan, rakyat atau ke-patriotisma negara. Kerajaan hanya mengawal dokumentasi. Kerajaan masih maya dalam idea tandus antara mahu membuat satu industri tanaman, pengolahan atau perkilangan, sambil menggalakkan pelaburan wang dari luarnegara, dan berharap kemajuan berlaku dalam masa 3~5 tahun lagi. Sementara, harga barang terus mendadak naik. Itu dikatakan jangka panjang yang mahu di utaskan oleh pemerintah. Begitu proses pembangunan mahu dijalankan, si pengimpot yang jengil tadi terus berhempas pulas mengimpot bahan makanan untuk---pasaran mereka sahaja. Nampak? ... Saya pernah suarakan, aktiviti import bahan makanan ini wajar sekali diletakkan di bawah pemrintahan administrasi pejabat DYMM Agong (semacam Jepun, sila cek !). Jika makanan tak cukup dan mahal, DYMM Agong perlu orak langkah untuk pantau kenapa pemerintahan dan administrasi tidak ambil bahagian sebagai pengimport. Justeru, di sini di lihat kapitalisma yang menonjolkan sikap pengimport akan import produk hanya untuk pasaran nya, maka faktor supply demand akan berlaku sementara, terkadang-kadang sistem birokrasi pemantauan harga barang biasanya gagal dan tidak kecapaian di jauh luarkota. Perkara ini wajar di buka minda dan pemerhatian cekap dan pintar, pandai dan ahli, mahu atau tak mahu...oleh pemerintah. Contoh soalan, apakah kita perlu projek perikanan sejumlah bilionan ringgit lagi di Malaysia, sedangkan Tawau Sabah boleh dukung pemerintah Malaysia sebagai pengimport bagi pihak seluruh negara Malaysia sebagai pengimpot ikan dari Celebes ? Atau, apakah kita perlu jual tanah sawit ke pelabur luar, sedangkan bahan sawit itu sendiri diperlukan di Malaysia pada musim-musim tertentu dan stok pada musiman tahunan ? Atau, Adakah kita perlu membangunkan jalanraya highway selirat tanah jajahan kita, hanya kerana tuntutan segelintir manusia yang mahu jalan kereta ke kampung mereka, sedangkan kita masih boleh survival dengan jalan kecil dan..sampai, dan, ada internet...?
Malaysia 2011 masih di alam maya, dengan realiti nya si anggota pemerintahan administrasi kerajaan di ambil dari golongan muda yang tidak mahu dengar nasehat orang tua yang dulunya di sekolahkan, bekerja bersama-sama di ajar dan timba pengalaman dari pelabur Jepun, British, Eropah dan Belanda, juga India, juga China. Apabila berlaku nya kurang pengalaman pendedahan dan terus bertugas sebagai administrator memerintah di peringkat dasar, SAYA YAKIN, Malaysia tidak akan mampu meraih keikhlasan seperti team 1970an, yang tak tahu bagaimana mahu ambil komisyen di setiap projek, atau menjadi broker maut dalam sektor tertentu, seperti yang berlaku pada hari ini.
Nota : ARDK2011



