Skip navigation.

HATI YANG HIDUP

Binasanya Hati Adalah Kerana Lalai & Lupa, Hidupnya Hati Kerana Takut & Zikir.

STICKY POST

U UR WELCOME!


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

http://www.flickr.com/photos/ummu/2358669904/sizes/o/

Besar harapan saya agar sesiapa yang singgah disini tinggal-tinggalkan pesan(Buah Tangan). Ianya amat dihargai dan dialu-alukan untuk kita kongsi bersama dan saya setia, menanti, membaca dan membalasnya. InsyaAllah..

STICKY POST

SILAKAN DAN LAWATILAH...

br>Visitor Map
Create your own visitor map!
Aslamu'alaikum and Welcome, I am Azman Musa, welcome to my Opera page..please feel free to view my photos or everything in here, it would be great if you put some comments on them, good or bad comments are welcome, and add me in your Friends list if you wish too. I am just a real beginner... Didahulukan dengan ucapan terima kasih kerana sudi singgah disini... Maka besar harapan saya agar sesiapa yang singgah disini tinggal-tinggalkan pesan(Buah Tangan. Pesanan anda semua amat dihargai dan dialu-alukan dan saya setia, menanti, membaca dan membalasnya. InsyaAllah..

Read more...

TAUHID AR-RUBUBIYYAH DAN TAUHID AL-ULUHIYYAH

Makna kalimah tauhid

Kalimah tauhid membawa pengertian mengetahui, berikrar, mengakui dan mempercayai bahawa sesungguhnya sembahan yang benar dan berhak disembah ialah Allah Subhanahu Wa Ta'ala (SWT) semata-mata. Selain daripada-Nya, sama sekali tidak benar dan tidak berhak disembah. Penghayatan kalimah itu meliputi berikrar dengan hati, menyatakan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan.

Tauhid ar-Rububiyyah dan Tauhid al-Uluhiyyah

Tauhid ar-Rububiyyah bermakna beri'tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam. Tauhid al-Uluhiyyah pula bermakna menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.

Pengertian lanjut Tauhid ar-Rububiyyah

Antara pengertian kalimah Rabb (رب) ialah:

1. As-Sayyid (Tuan)
2. Al-Malik (Yang Memiliki)
3. Pencipta
4. Penguasa
5. Pendidik
6. Pengasuh
7. Penjaga
8. Penguatkuasa.

Read more...

TAZKIRAH 1



183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
(Al Baqarah:183)


Setiap tahun bila tibanya Ramadhon kita pasti dapat mendengar ayat ini(Al-Baqarah:183... ) di ulang-ulang baca sepanjang bulan tersebut, namun sejauh dan sedalam mana penghayatan dan kefahaman kita terhadap ayat ini..

Sekiranya benar-benar kita dapat memahami dan menghayati dengan begitu mendalam pastinya kita dapat merasai kegusaran melihat keadaan umat islam pada setiap tahun dalam bulan ramadhan.

Untuk lebih jelas lagi mari kita kaitkan pergertian ayat Al-Quran ini dengan maksud hadist Rasul saw ini:-

Dari Abu Hurairah RA, ia berkata, Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa berpuasa Ramadlan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”.

Dalam surah Al-Baqarah Allah mulakan dengan menyebut dan memanggil wahai orang beriman dan pada Hadist Rasul saw juga ibadah puasa mestilah dilakukan oleh mereka yang memiliki Iman, ternyata amalan puasa atau ibadah yang diwajibkan dalam bulan ramdhon adalah khusus bagi orang-orang yang benar-benar memiliki iman yang benar dan soheh.

Dengan Iman sahaja kita diperintahkan berpuasa dan demi meraih apa natijah dari amalan puasa itu sendiri, "...moga-moga kamu beroleh taqwa..."(Al-Baqarah:-183..) dan "...diampunkan dosa-dosa yang telah lalu..."(HR. Bukhari dan Muslim)

Kenyataan ini jelas berlaku di depan mata kita sekiranya mahu mengambil iktibar dan pengajaran, lihat sendiri disekeliling adakah manusia hari ini melakukan ibadah puasa ini dalam keadaan dia mempunyai iman yang benar lagi soheh atau ikut-ikutan. Rugi dan betapa malang sekali jika ramai antara kita meninggalkan Ramadhan tanpa memperolehi apapun..

Kesan dari kefahaman yang jelas terhadap ayat Allah swt dan Hadist rasul saw, dengan keImanan yang mantab dan mujahadah yang begitu tinggi menjadikan kita Insan yang sedar dan faham betapa setiap kali kita melalui Ramadhan lalu keluar dari bulan tersebut justeru menjadi hamba Allah yang baru dalam ertikata baru dengan bersih dari dosa dan moga-moga beroleh taqwa... InsyaAllah.

TETAMU BIASA....


23. Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya[1384] dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
[1384]. Maksudnya Tuhan membiarkan orang itu sesat, karena Allah telah mengetahui bahwa dia tidak menerima petunjuk-petunjuk yang diberikan kepadanya.
(45. Al Jaatsiyah:23)






Seperti yang di jangka bulan ini benar-benar membawa berbagai perubahan yang begitu ketara, sekiranya kita peka terhadap peristiwa sekitar kita. Bermula dari dalam diri, rumah, di jalanan dan hinggalah ke hotel-hotel bertaraf berbintang bintang..
Cuma sekali pandang dijalan kenderaan tiba-tiba sesak, tumbuhnya gerai-gerai juadah yng begitu mengiurkan samaada barangan jualan, pejualnya atau pun pembelinya.. jika mahu di senarai satu persatu begitu banyak!
Cuma disini Saya ingin memperkatakan satu dari berbagai fenomena Ramadhan yang setiap kali membawa kejutan dan ledakan dalam masyarakat melayu mutaakhir ini..
Pada bulan inilah kita akan diperkenalkan dengan 'Tazkirah Ramdhan',(Bagi saya ini perkembangan terbaik) mungkin bagi segelintir dari kita istilah ini terasa asing namun bagi pemburu ilmu ini adalah kesempatan untuk memilih masjid atau surau mana yang membawa Ustaz-ustaz yang terkenal atau yang sesuai dengan selera masing-masing.
Sepekara yang perlu kita perkata sebagai sampingan dari perbincangan ini adalah kecenderungan pihak masjid atau surau menjemput para Hafiz sebagai Imam solat taraweih, tentunya satu perkembangan yang sihat dan berfaedah tetapi mengapa hanya di bulan ini sahaja?
Mari kita dekati perihal tazkirah ini.. apa yang menjadi persoalan kita ialah apa matlamat sebenar Tazkirah ini, kerana apa setelah selesai Ramadhan masjid atau surau tadi kembali sunyi dan lengang dari jemaahnya hinggalah nyaring suara dari pembesar suaranya setiap malam..
Apa yang boleh saya perkatakan setelah pemerhatian lima ke enam tahun kebelakangan ini perubahana yang kita hajati dari tazkirah ini mungkin ada namun bukan perkara pokok sebenarnya..
apa yang saya katakan perkara pokok ialah kesedaran sebenar untuk kita benar-benar kembali menjadi hamba Allah dalam ertikata yang sebenar-benar hamba!
Pernah terbit tanda tanya dalam hati saya bila kali pertama sampai ke Cameron Highland, ini kerana saya melihat area tv begitu jauh dari rumah.. sebabanya rumah dibawah, di celah-celah bukit tetapi area tv nun di atas bukit! Tentunya memerlukan talian untuk menghubungkan rumah dan area begitu panjang namun ianya perlu demi mendapat siaran yang terang dan jelas, ini membuat saya mendapat iktibar betapa kita sebagai orang Islam untuk memperkukuhkan Iman kita perlu seupaya mungkin mencari jalan agar hati kita benar-benar mendapat hubungan langsung kepada Allah sebagai ROB dan ILLAH.. yang terlebih penting hubungan atau signal penerimanya perlu sangat terang dan jelas seperti kisah area tv tadi!
Disini apa yang dapat saya kertengahkan untuk para ustaz dan para pentazkirah bagaimana cara untuk kita dapat membuka atau mengajak audion kita agar dapat, mencari dan merasai hubungan hati dengan Allah dalam ertikata secara terus dan kekal tanpa ada ganguan yang membuatkan hubugan tersebut 'blur' atau terputus langsung.
Perkara pokok inilah yang saya maksudkan rupanya tidak ada ataupun telah hilang dan mampukah kita kembalikannya, mungkin kita ghairah memperkatakan hal-hal lain selama ini lalu langsung terlepas pandang persoalan asas yang begitu penting dalam situasi gawat bebagai musuh yang bijak bertukar “warna” zaman ini..
Kita boleh bayangkan “handphone” mahal tanpa signal nekwork walau kad sim sudah ada didalamnaya?? Tentu alat itu telah rosak atau ada masalah..
Betapa pentingnya kesempatan Ramadhan kali ini pengisian Tazkirah perlu sangat rasanya memberi tips-tips atau formula bagaimana mendapat hubungan terus dengan Allah lantas menjadikan kita jenerasi berIman mantap lagi perkasa Roh dan jasad.

(Perbincangan saya sebelum yang ada kaitan tentang tajuk ini:-BETAPA MALANG.. dan:-RENUNGAN RAMADHAN)

HARAPAN DEMI HARAPAN

Asalamu'alikum Pada Semua yang sentiasa meletak HARAPAN HANYA PADA ALLAH..Alhamdulillah! Kita masih diberi ruang dan kekuatan oleh Allah yang maha Esa lagi Sang Penguasa yang mencipta dan Mengurus segalanya.

Pastinya kita bersyukur dan bertungkus-lumus untuk menjaga Iman dan Islam yang telah dianugerahkan, bukan suatu perkara yang mudah, namun dengan apa kita lalui iaitu semalam telah berlalu, hari ini sedang kita lalui dan mungkin esok datang lagi... Lalu kita sentiasa Muhassabah dan Muraqabah.

Sebenarnya Formula Kehidupan telah ada ditangan kita... Apa yang masih kurang pada Pakej yang telah telah di tinggalkan oleh Rasul s.a.w?

Ayuh kita benar-benar hayati dan amali Al-Quran dan Sunnah, kerana selagi kita berpegang keduanya pastinya Insan berIman tidak akan hilang harapan malah penuh yakin dan berwaspada dalam menghrungi hidup ini.

Firman Allah:
2. Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
3. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
( 65. Ath Thalaaq: 2-3)

Siapalah kita untuk mempersoalkan apa yang telah di Takdirkan keatas diri kita , apa yang lebih penting adalah selayaknya sentiasa ta'at dan bersyukur pada apa yang telah kita miliki sedangkan kita tidak pernah meminta-minta dulu... semuanya telah disediakan! Alhamdulillah!

Firman Allah:
7. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."
(14. Ibrahim)

Nikmat Allah akan melimpah ruah keatas Insan yang sentiasa sedar dan faham bahawa kita hanyalah hamba kepada Allah sebagai Rob dan Ilah, Pada NYA milik segala kekuasaan dan kekayaan... Mohonlah

60. Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
(40. Al Mu'min:60)

Wahai Saudara ku yang dikasihi... Sebenarnya Allah amat pengasih dan Amat Penyayang Pada HambaNYA yang mahu mendekati dan sentiasa memohon keampunanNYA.. Mohonlah dan Letaklah PENGHARAPAN HANYA PADA ALLAH.

Esok yang datang pasti membahagiakan kita di Dunia dan Akhirat... InsyaALLAH..

Bersyukur Dan Bercukur.

Entah Berapa lama tak merasai majlis bercukur.. Alhamdulillah baru ni dapat jemputan untuk majlis "bercukur dan Bersyukur"..
Ya lah! bukan semudah disangka, apa pun ianya sebenarnya mudah jiga kita ber'amal jama'e dalam melakukan sebarang amal.

HATI MAMPU DI PELIHARA.

Kehidupan yang sementara kita lalui di dunia ini adalah penentu samaada bahagia atau celaka di akhirat nanti..

LARANYA JIWA.

7. dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),
8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
9. sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
10. dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.

Read more...

BETAPA MALANG..

Amat malang sekali akhir-akhir ini Ramadhan yang datang tidak lagi memberi motivasi kepada kita untuk merasai atau sekurang-kurangnya mengambil kesempatan diatas keistimewaan yang dilonggok di depan mata kita, malah kesempatan Ramadhan dipergunakan juga tetapi dalam bentuk yang ketara bertentangannya dengan Hadits di atas...

Read more...

Download Opera, the fastest and most secure browser
December 2009
M T W T F S S
November 2009January 2010
1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31