HATI YANG HIDUP

Binasanya Hati Adalah Kerana Lalai & Lupa, Hidupnya Hati Kerana Takut & Zikir.

IMAN MAMPU DITINGKATKAN.

Ketika umat sekarang ini “menghidapi dan dihidapi” dengan “berbagai penyakit” dan bertambah “tenat”, apatahlagi persekitaran yang ada hanya menambah parah lagi si pengidap sakit itu, lantaran kenyataan yang berlaku didepan kita ini, memaksa setiap dari kita yang hanya mempunyai sedikit Ilmu dan kefahaman perlu mencari fomula atau sesuatu yang dapat mencegah kita dari dijangkiti penyakit-penyakit tersebut, lalu Istiqamah dengan amalan-amalan ini...



Amalan yang mampu memperteguhkan Tauhid dan menambah kekuatan Keimanan kepada hanya Allah swt begitu banyak. Di antaranya:

1. Dengan memelajari dan mempertingkatkan permasalahan Ilmu Tauhid berpandukan Alquran, Sunnah dan melalui penjelasan para Ulama Muktabar.

Firman Allah SWT:
Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun.
(Al-Fathir:28)

2. Dengan ibadah yang tulus dan ikhlas kepada Allah, khusuq dalam sholat, melazimka bacaan Al-quran, puasa, dan berbagai amal soleh lainnya. Sebab, Iman boleh bertambah dengan taat dan berkurang kerana bermaksiat.

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal,
(Al-Anfaal:2)

3. Dengan banyak berzikir mengucap Kalimah Syahadah (tiada Tuhan selain Allah) disertai dengan penghayatan yang mendalam.

Rasulullah SAW bersabda, “Iman itu mepunyai lebih tujuh puluh cabang, yang paling tinggi dan paling utama adalah mengucapkan Laa illaha illallah,sedangkan yang paling rendah adalah menyingkirkan punca bahaya yang ada di jalanan, sedangkan malu itu merupakan salah satu cabang dari Iman”.
(Rujuk:Persoalan IMAN Dan Perkara-Perkara yang Merosaknya: Dr. Muhammad Na’im Yasin)

4. Dengan Bertafakkur dan Tadabbur merenungkan ciptaan Allah, melalui penciptaan diri kita sendiri mahupun makhluk Allah lainnya.

Firman Allah SWT:
(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Ali Imran:191)

5. Berhubungan dengan para ulama dan menjadi orang-orang saleh sebagai Sahabat
Karib.

6. Sering menghadirkan diri dalam majlis-majlis Tazkiyyah dan Tazkirah, kerana hati perlu dihidupkan dengan Tarbiyyah yang berterusan.

7. Sentiasa Berdoa kepada Allah agar diberikan keteguhan Iman, Tauhid dan Akhidah yang Soheh.

Semoga amalan kita ini digolongkan dalam himpunan amalan-amalan Soleh dan ianya kekal menjadi bekal kita sehingga bertemu Allah nanti. Insya Allah.

AKIBAT MAKSIATSILAKAN DAN LAWATILAH...

Comments

Abu Umarazmibhr Friday, June 8, 2007 3:28:40 AM

Sememangnya penyakit yang melanda ummat hari ini adalah penyakit yang pernah memusnahkan ummat terdahulu......penyakit yang sama tentunya memerlukan ubat dan rawatan yang sama...yang berbeza mungkin dos dan cara rawatannya. Ada yang tenat, ada yang baru terkena jangkitan dan ada pula yang terlalu tenat hingga organ-organ utamanya tidak lagi berfungsi hingga hilangnya deria rasa menyebabkan hilangnya rasa sakit hingga disangkakan tiada apa-apa penyakit pada jiwanya.

Ketika ini ummat sedang menantikan kehadiran TABIB yang tahu rawatannya dan memiliki ubat yang mampu menyembuhkan penyakitnya.

Mungkin timbul persoalan, siapakah TABIB yang dinantikan itu dan siapakah pula pesakit pertama yang bertuah untuk menerima rawatannya?

Unregistered user Wednesday, April 14, 2010 8:41:54 AM

Anonymous writes: siapakah tabib itu??

Azman Musaazmanuhaa Wednesday, April 14, 2010 3:42:27 PM

Benar... itulah pertanyaan lumrah siapakah? Ini adalah persoalan besar kerana yang sakit atau bermasalah bukan perkara material atau masalah zahir, ianya merupakan persoalan dalaman atau hati.. Perawatnya juga adalah sesorang yang benar-benar sedar dan faham bahawa Dos luaran tak mampu menyembuh penyakit dalaman..
Tabib yang di maksudkan disini ialah mereka yang ada hubungan hati dengan Allah sebagai Rob dan Ilah(HHDA)

Write a comment

New comments have been disabled for this post.

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30