Photo albums

Cahaya & Kehidupan
10 images
Bayangkan kehidupan tanpa cahaya, bayangkan dunia suram dan kelam; tidak kedengaran tawa riang sedangkan keresahan menguasai jiwa. Kita teraba-raba mencari diri.

Waktu
17 images
Kata As Syahid Hassan Al Banna "Masa adalah kehidupan". Tidak ada harta yang lebih berharga dari kehidupan. KEhiupa buan saa puaran jam jam dan pergantian hari tetapi juga bertambahnya umur dan amanah yangakan ditanya di Akhirat nanti. Kehidupan ini bergerak sehala; hari yang berganti memisahkan kita dari masa silam.
Kata Hassan Al Basri "kamu adalah hari-hari yang terkumpul, apabila berlalu sebahagian hari maka hilanglah sebahagian dari diri kamu". Persoalannya adakah sebahagian yang telah berlalu itu akan membahagiakan sebahagian yang masih berbaki. Hidup ini umpama ladang, ada masa menanam dan ada pula masa menuai. Jika, diwaktu orang lain menanam kita berehat dan santa maka apabila tiba wktu menuai nanti maka kita akan kepenatan mengejar segala yang telah terlepas dari gengaman kita.
Ibrah
4 images
Kesibukan menjadikan kita lupa arah & tujuan hidup. Berhenti seketika untuk merenung dimana kita sedang berada dan kemana akhirnya kehidupan kita dan apa pula persiapan kita untuk semua itu.

Nostalgia
6 images
Masa terus berlalu meninggalkan kita namun kenangan akan tetap bersemadi kukuh di hati dan sanubari. Jadikanlah semalam sebagai pengajaran, esok sebagai harapan dan hari ini sebagai medan beramal.

RMC Training Centre
9 images
RMC Training Center ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bersifat Motivasi & Keinsafan

Tadabbur
21 images
Renungilah Kebesaran ALLAH SWT. Sesungguhnya alam yang terbentang luas dan berlapis-lapis ini adalah lembaran-lembaran yang menggambarkan kebesaran dan keagungan Allah SWT. Mukmin yang sedarkan hakikat ini akan tersungkur sujud kepada Yang Mencipta dan Mengurus alam yang hebat ini dengan penuh keinsafan dan rendah diri lalu terlerailah keegoan yang menjadi benteng antara dirinya dan kebenaran.

Himmah
5 images
Kata-kata peransang dalam mendepani ujian hidup dan tanggungjawab Imaniyyah.
"Antara kita dan kejayaan hanyalah keputus asaan. Ketewasan kita adalah ketewasan jiwa, kejatuhan kita adalah jatuhnya harga diri lantaran terlupa identiti; yang terpadam bukanlah cahaya kejayaan tetapi semangat di dalam jiwa, yang lemah bukanlah tubuh badan tetapi jiwa yang mendiaminya. Bangkitkan ruh kita, bangunkan jiwa kerana kejayaan dan kemenangan adalah milik mereka yang beriman dengan janji-janji dan pertolonganNya"
Warna Warni Kehidupan
20 images
Pengalaman pahit dan manis adalah warna-warni yang menghiasi kehidupan. Ambillah iktibar dari apa yang kita lalui.







