Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Bedah Buku: Bahtera Penyelamat Tulisan Al Mujahid Fathi Yakan

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Kolokium Bedah Buku. Sessi selama hampir 4 jam ini dibentangkan oleh Cikgu HJ. MOHAMAD ADI BIN ISMAIL.

Satu sessi yang amat bermakna serta mendorong saya untuk membaca semula buku ini.

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menghadiri Kolokium Bedah Buku. Sessi selama hampir 4 jam ini dibentangkan oleh Cikgu HJ. MOHAMAD ADI BIN ISMAIL.

Satu sessi yang amat bermakna serta mendorong saya untuk membaca semula buku ini.

Bagi yang berminat untuk melihat ringkasan buku tersebut, bolehlah download fail Powerpoint 2007 di sisi kanan anda (Side Bar);

DOWNLOAD KOMPILASI ABU UMAR. Sekiranya ada permintaan, insyaAllah saya akan bekalkan fail berformat powerpoint 2003 ke bawah.

Fail berformat MP3 masih dalam proses editing.

Antara sentuhan yang dapat saya rasakan ialah perlunya seorang pendakwah itu memberi perhatian yang teliti dan mendalamn terhadap hubungannya dengan Allah SWT. Kesan hubungan ini ditonjolkan melalui keperibadian yang teguh, keyakinan yang mantap dan akhlaq yang baik. Ibadah-ibadah wajib dan sunat merupakan sarana untuk menyuburkan semua itu.

Dalam satu kuliah subuh saya bersama beberapa orang pelajar IPT di utara Malaysia, saya menyatakan bahawa Ibadah-ibadah wajib ini hanyalah umpama degree atau ijazah yang kita perolehi. sekiranya kita hanya memiliki ijazah tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan kerja maka kehidupan kita tidak ada bezanya dengan mereka yang tidak memiliki ijazah, bahkan mungkin lebih teruk. Apakah gunanya kereta mewah apabila kehabisan bahan bakar(petrol) ketika perjalanan kita masih panjang. Kita mungkin melihatnya seperti besi buruk yang tidak bernilai. seharusnya ibadah-ibadah kita melahirkan syaksiyah yang sesuai dengan kehendak Allah SWT; Solat kita mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar, puasa kitamelahirkan jiwa bertaqwa, haji kita membangun jiwa kehambaan dan sebagainya. Lalu dengan syaksiyah ini kita bergaul dan bermualamat dengan manusia hingga jiwa-jiwa masyarakat tertarik pada keindahan Islam. Oleh itu Iman adalah modal untuk kita meraih redha Allah manakala ibadah menjadi penyuburnya.

Mungkian ada diantara pembaca yang pernah membaca buku ini dan mungkin ada pandangan yang ingin dikongsi bersama.

Hati Kita Ini Milik Siapa?Beli Online

Comments

Unregistered user Tuesday, November 29, 2011 10:31:08 AM

yahya writes: mcm mna nak dptkan buku ni,saya tinggal di pulau pinang

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30