Kenapa Marah ?
Friday, 6. November 2009, 21:48:26
Ketika di dalam penerbangan ke Tawau semalam, perhatian saya tertumpu pada seorang makcik. Tiket yang dibelikan untuk saya dan beberapa orang teman memang dah termasuk makanan tetapi tiket makcik tu tak termasuk. Apabila tiba masa untuk jualan makanan, pramugari akan hantarkan dulu makanan untuk penumpang yang telah beli tiket beserta makanan. Melihat pramugari dan pramugara mula mengedarkan makanan, makcik tu pun memanggil untuk memesan makanan, malangnya pramugari tersebut hanya tersenyum sambil berkata lembut "Sekejap ye.". Setelah beberapa kali perkara yang sama berulangan, makcik tu nampak agak marah. "Duit aku ni tak laku ke?" mungkin itulah bisikan hatinya. Sepajang masa (hampir 40 minit) makcik tu nampak gelisah. Tentulah, perut dah la lapar, order makanan pula orang tak layan. Nasib baik makcik, kalau pakcik tentu keadaan lebih mendebarkan.Saya tidak memandang rendah pada makcik tadi kerana salah fahamnya menyebabkan jiwanya tidak tenteram, orang tua memang agak special dalam hal-hal begini. Tetapi kalau kita renung-renungkan, berapa ramai yang marah membuta tuli tanpa cuba memahami keadaan yang sebenarnya. Bahkan ada rumahtangga yang runtuh hanya kerana perkara kecil yang dibesarkan oleh salah faham.
Salah satu faktor besar yang menentukan kebahagiaan atau porak perandanya sebuah rumahtangga ialah komunikasi. Salah satu faktor besar yang menyebabkan komunikasi itu gagal adalah kurangnya taaruf diantara suami dan isteri. Saya tidak maksudkan taaruf nama, tempat asal dan sebagainya tetapi bagaimana si suami mengenali seorang wanita sebagai wanita dan si isteri mengenali suaminya sebagai lelaki. Seorang murabbi yang telah banyak mendidik saya pernah mengatakan "wanita ini umpama aliens(makhluk asing) bagi lelaki, mereka terlalu berbeza dengan kita lelaki". Diwaktu yang lain beliau pernah menyebut "Taaruf suami isteri biasanya mengambil masa tidak kurang dari 10 tahun." Saya agak berat untuk menerima kenyataan yang kedua ini namun setelah 10 tahun berumahtangga saya terpaksa menerimanya.
Wanita lebih suka membuat andaian sedangkan lelaki suka ambil mudah dan kurang memberi penjelasan. Oleh itu saya menasihati pasangan pengantin muda; kenalilah pasangan anda. Jika anda adalah suami, berilah penjelasan dengan baik. Jika anda adalah isteri, banyakkan minta penjelasan dan kurangkan membuat andaian. Jangan biarkan andaian memberi gambaran tentang perjalanan rumahtangga kita, andaian kita lebih cenderung untuk salah daripada betul. Banyak krisis rumahtangga akan berlaku apabila terlalu banyak andaian.
Satu lagi sifat kebanyakan wanita yang perlu diketahui oleh lelaki; mereka suka pendamkan perasaan. Kalau diumpamakan hati mereka seperti botol, setiapkali salah faham, marah sedih, kecewa dan sebagainya...perasaan itu disimpan di dalam botol tersebut. Hinggalah setelah beberapa tahun, apabila botol itu hampir penuh, jika suaminya melakukan sedikit kesalahan sahaja maka botol itu akan meletup lalu mengeluarkan cemuhan dan hukuman yang tak berpadanan dengan kesalahan yang dilakukan tadi. Saya pernah terlewat 5 minit ambil anak di nursery lalu isteri saya terus melenting dan mengeluarkan ungkapan yang menggambarkan saya dah buat dosa besar. Tetapi saya tahu bahawa 'botolnya' dah penuh, jadi sayapun jadikan diri saya sebagai pendengar yang baik. Ye la, kalau orang muntah jangan tahan, gosok belakangnya supaya dia muntahkan semua. Setelah habis perasaannya diluahkan dan dihamburkan...ketika malamnya baru saya bincangkan, rupanya bukan salah sayapun tetapi dan bertahun dia pendamkan rasa hatinya lalu hari ketika botolnya tu dah nak penuh, saya pula cari pasal. Tetapi ingat kalau saat botolnya dah meletup tetapi kita sekat maka botol tu akan cepat penuh menyebabkan pertengkaran kecil meleret-leret hingga menumbuhkan permusuhan dan kebencian.















Anonymous # 7. November 2009, 15:32
Salam perjuangan, boleh mohon copy artikel?
Abu Umar # 8. November 2009, 14:38
Anonymous # 19. December 2009, 16:47
salam cikgu..mohon copy artikel ni ya..
Abu Umar # 20. December 2009, 06:40
Anonymous # 25. December 2009, 10:51
salam..cikgu ana letak artikel cikgu kat facebook ana dan ada komen datang kat inbox ana...ana tak tau nak jawab..boleh cikgu bagi pndpt? ni pertanyaan dia ana copy kat sini ya?
"sy suke bace artikal anda.thanks atas ilmu yg dikongsikan.sy nk tnye pndapat anda,kerana anda seorg lelaki..
mcm mane pula dgn lelaki yg 'anak mak'?
dia x pandai nk buat keputusan sendiri,seperti tiada pendirian.setiap masalah mesti nk tnye keluarganya,malah sehinggakan ikut ckp adiknye yg x matang?
sdgkn dia akn jd ketua keluarga."
Abu Umar # 25. December 2009, 11:58
Mendidik mereka sama seperti mendidik anak-anak yang tak tahu apa-apa tentang kehidupan tetapi jiwanya sudah terikat kuat dengan beberapa karakter yang telah melekat kuat pada dirinya dan terlalu sukar untuk diubah atau ditanggalkan; Inilah permasalahan yang agak berat. Anak-anak kecil jiwanya sedia dibentuk dan penuh penyerahan tetapi jiwa mereka banya kekurangan tetapi tidak bersedia untuk menerima perubahan.
Jadi penawarnya tak ada lain dari doa, kasih sayang dan kesabaran.
Anonymous # 25. December 2009, 18:05
jazakallah cikgu...
Anonymous # 31. December 2009, 03:15
Betul tu cikgu, kalau org nak marah kat kita,jgn pulak kita menengking die, walau kita tahu kita betul. biar die luahkan dulu apa yg ada dlm hati die. bila dah marahnya surut barulah terangkan perkara sebenar kat die. waktu nie cara komunikasi paling utama. ya kan cikgu?
Anonymous # 31. December 2009, 04:04
he2x lupa nak perkenalkan diri. exited sangat baru jumpa blog cikgu.saya maryam aluwafi, peserta KEM JATI DIRI DAN KESUKARELAWANAN REMAJA 2009/2010. pinjam komputer KTD kejap cari blog cikgu he2x..
Abu Umar # 3. January 2010, 01:31