Kekalkan Apa Yang Masih Kita Miliki
Wednesday, March 31, 2010 5:23:13 AM
Kami terus berbual, apabila saya menyatakan pekerjaan saya sebagai guru, wajahnya seolah-olah tergamam. Dia terdiam seketika sambil menggelengkan kepalanya apabila saya nyatakan, di Malaysia ini guru adalah antara pekerjaan yang dihormati oleh masyarakat. Dengan wajah kecewa dia menyatakan bahawa di Sweeden ramai guru yang berhenti dan cari kerja lain. Guru-guru tidak lagi dihormati oleh pelajar, mereka tertekan dan ada yang hypertension.
Kebanyakan remaja di sana menghadapi krisis identiti. Kadar perceraian terlalu tinggi, sebulan tinggal dengan ayah, sebulan lagi tinggal dengan ibu. Standard dan cara hidup berbeza-beza ayah cara ayah, ibu cara ibu...akhirnya mereka keliru. Hidup pula mewah dan semua filem boleh ditonton. Pergaulan bebas, arak dan keganasan dah jadi darah daging mereka. Sayapun belum pernah kesana tetapi dari air mukanya saya dapat rasakan kekecewaan dan harapannya.
Cuba bayangkan remaja-remaja kita 10 tahun lagi, cuba kita semak kadar perceraian di Malaysia, cuba kita tinjau gaya hidup remaja-remaja kita dan cuba kita hayati pembangunan dan kemewahan yang mewarnai pertumbuhan generasi baru kita, apa yang kita nampak.
Apa yang masih kita miliki hari ini hanyalah sisa-sisa Islam. Kalau dibandingkan dengan negara-negara maju mungkin remaja kita lebih baik tetapi berapa lama 'kebaikan' yang masih berbaki itu mampu bertahan? Apakah usaha-usaha kita untuk mempertahankannya?
Ketika inilah saya benar-benar teringatkan kata-kata As Syeikh Mustafa Masyhur "Tarbiyyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya hanya dapat dicapai dengan tarbiyyah".
Kita perlu kembali memahami Islam sebagai sistem hidup bukan agama ritual dan kerohanian sahaja. Sudah lama Islam terkurung dimasjid-masjid, hanya sekali-sekala Islam dipimpin keluar untuk menguruskan jenazah, perkahwinan dan sebagainya, itupun sebagai warga asing. Sudah masanya kita mendaulatkan deen atau cara hidup anugerah Allah SWT. Allah yang menjadikan kita dan alam, Allah yang mengetahui segala kecenderungan jiwa kita, keinginan dan segala bisikan hati kita serta Allah yang mengetahui segala yang baik dan buruk bagi kita juga Allah yang mentadbir alam dan seluruh kehidupan. Adakah kita merasakan sesuatu yang cacat pada deen ataupun cara hidup yang dianugerahkan oleh Allah yang kita imani ini atau keimanan kita telah cacat atau hilang kesempurnaannya.
Islam Cahaya Penerang Dunia















Unregistered user # Thursday, April 1, 2010 2:00:34 AM
Abu Umarazmibhr # Friday, April 2, 2010 5:33:11 AM
Begitu juga yang ingin membina rumahtangga yang baik, mulakan dengan memilih asas atau tapak yang betul; jadikan redha Allah sebagai matlamat supaya keberkatan dan keredhaan Allah sentiasa memayungi rumahtangga yang terbina.
Siapkan diri kita sebaiknya dan pilih pasangan yang juga baik dari sudut aqidahnya, ibadahnya dan akhlaqnya (inilah bahan binaan yang berkualiti; semakin tinggi kualitinya semakin utuh rumahtangga yang bakal terbina).
Rancanglah rumahtangga yang bakal terbina agar benar-benar memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh Allah SWT; sentiasa menjaga syarak bermula dari saat-saat awal usaha pembinaan bermula hingga terbinanya rumahtangga. Menjauhkan perkara-perkara yang syubhah apatah lagi haram...sehingga terbinanya rumahtangga itu diatas dasar taqwa dan cinta kita pada Allah SWT.
Akhir sekali hiasilah rumahtangga kita dengan kesyukuyran dan sabar serta pasrah kepada segala kehendak dan ketentuan Allah SWT. InsyaAllah rumahtangga kita bukan sekadar membahagiakan tetapi juga menjadi tapak untuk pembinaan ummah.