Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Merawat Kemarahan

Ketika menghadiri Kursus Pengubatan Islam baru-baru ini, kami (para peserta) didedahkan beberapa kaedah rawatan antaranya ialah merawat sifat marah. Tajuk ini saya rasakan begitu penting, satunya kerana memang telah diisyaratkan oleh hadith Rasulullah SAW bahawa umat akhir zaman ini akan dibinasakan oleh beberapa penyakit yang pernah membinasakan umat-umat terdahulu, antaranya ialah cepat marah. Keduanya, memang masyarakat hari ini; guru, ibubapa bahkan anak-anak memang cepat dikuasai kemarahan hingga tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan. Ketiganya, saya sendiri dulunya seorang yang panas baran dan sekarang salah seorang anak saya, walaupun masih kecil dah menampakkan ciri-ciri panas barannya (mungkin percikan 'kuah'dari ayahnya).

Sifat marah dan panas baran bukanlah perkara kecil bagi sesiapa yang benar-benar yakin dan mengharapkan pertemuan dengan Allah SWT. "Kemarahan itu daripada Syaithan" itulah pesanan Rasulullah SAW, tentunya ia akan mendekatkan kita kepada Syaithan daripada Allah SWT.

Kepada anak saya yang masih kecil itu dan jiga 'anak-anak' saya yang lain....

Tahanlah kemarahan kerana kemarahan itu menahan kita dari melakukan kebaikan. Bahkan membutakan kebaikan dari sesuatu atau seseorang yang kita marah hingga yang kita lihat padanya hanyalah keburukan. Kemarahan adalah benih permusuhan dan kebencian serta racun ukhuwah serta penyemarak dengki dan dosa.

Tahanlah kemarahan kerana kemarahan itu pengusir kebaikan juga pengundang keburukan sehinggakan kehidupan kita tercemar dan kotor. kemarahan akan mengikis akhlaq dan kebaikan diri kita lalu mengotorinya dengan warna-warna yang kita sendiri tidak menyukainya. Bahkan kata ulamak Kemarahan itu boleh menghilangkan sebahagian dari kewarasan.

Tetapi janganlah pula dihilangkan seluruh kemarahan sehingga deen Allah ini diinjak-injak dan dihina.


Mungkin juga ada yang ingin bertanya "Bagaimana merawat kemarahan?"

Inilah sedikit ilmu yang dapat saya terima dari Al ustaz Dato' Harun Din; Perbanyakkan ta'awwuz (A'uzubillah hi minas syaithanir rajim) samada kita sebagai pesakit atau perawat. sekiranya timbul kemarahan, kalau ketika itu kita sedang berdiri lalu duduklah, kalau kita sedang duduk diatas kerusi maka duduklah diatas lantai

Tahun Yang Paling SibukJiwa Saya Lemah.....

Comments

Unregistered user Tuesday, July 5, 2011 3:07:21 PM

Anonymous writes: minta share..tq..

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30