Westophobia
Tuesday, May 11, 2010 1:16:35 AM
Seorang teman saya pernah berkata "Buat apa strategic planning, strategic planning ni, ini semua barat punya! Yang Islam ajar tu dah sempurna"
Kalau anda yang mendengar ungkapan begini, apa perasaan anda?[/align]Saya agak terkejut apabila ayat begitu keluar dari seorang yang belajar sampai ke tahap master dan meletakkan dirinya sebagai pendakwah. Kalaulah teman saya itu bukan jenis panas baran dan mudah menerima kebenaran, ingin juga saya tanyakan padanya "Nabi Yusuf tu tiru orang barat juga ke?", "Saidina Umar tu yang buat bermacam-macam perubahan dalam pengurusan negara, zakat, penghakiman dan sebagainya tu lulusan universiti barat juga ke....siap pesan pulak supaya didiklah anak-anak kamu sesuai dengan zaman mereka".
Inilah gejala penyakit Westophobia yang menjadi salah satu punca kemunduran umat Islam, apa-apa saja yang datang dari barat kita lihat umpama bid'ah dholalah tanpa melihat asal usulnya dan membandingkannya dengan apa yang diajarkan oleh Islam sendiri. Bukankah kisah Nabi Yusuf AS cukup untuk mengajarkan kita kepentingan Strategic Planning. Kalau kita rasa perkataan strategic planning tu najis mughallazah gantikannya dengan istilah arab, yang pentingnya kita perlu merancang pembangunan dan semua kerja-kerja Islam untuk jangka panjang. Samada kita sekadar muslim, pendakwah, ketua keluarga atau pemilik perniagaan...kita perlu merancang jauh kehadapan.
Lihatlah disekeliling kita! Negara-negara Islam dikurniakan Allah dengan hasil alam yang cukup banyak dan berharga tatapi apa yang kita capai. Kata Yusuf Qardhawi "Negara-negara Islam kaya dengan hasil bumi tetapi kita masih menjadi pengguna. Kita bangga dengan Mercedes, BMW dan sebagainya tetapi semuanya kita beli dari negara-negara bukan Islam. kita berpusing ditempat yang sama sedangkan umat lain terus maju kehadapan."[/I][/ALIGN]















How to use Quote function: