Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Kemana Arah Tuju Kita?

Ketika ditanya tentang HARAPAN hampir semua orang akan menjawab dengan begitu tegas dan yakin, "Saya ingin bahagia". Namun hakikatnya terlalu sedikit yang benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Seringkali manusia menilai kebahagiaan itu dengan banyaknya harta, tingginya pangkat dan kedudukan atau mungkin ketampanan dan kesegakan. Lantaran itu, kita melihat suami lebih berlama-lama ditempat kerja atau sibuk dengan perniagaan. Isteri pula seringkali menziarahi saloon-saloon kecantikan atau duduk lama-lama berdiskusi tentang tips-tips kecantikan. KELUARGA menduduki tangga yang entah keberapa.

Sekiranya ditanya kenapa begini maka mereka akan menjawab dengan penuh keyakinan dan rasa tanggungjawab "Saya melakukan semua ini demi kebaikan dan kebahagiaan anak isteri saya. Segala kekayaan ini untuk masa depan anak-anak saya.".

Persoalannya adakah anak-anak kita hanya menginginkan wang yang banyak, rumah yang cantik atau mungkin dikenali sebagai anak orang kaya?

Benarkah jika isteri itu hanya menginginkan suami yang kaya dan berkedudukan tinggi?

Adakah suami itu hanya menginginkan isteri yang cantik?

Mungkin kita sedar ataupun tidak inilah ideologi yang cuba diterapkan oleh media massa. Cuba kita tanyakan pada diri kita, kalau semua manusia berfikiran begini, siapa yang UNTUNG? Bayangkan jika semua manusia hidup sederhana seperti yang disarankan oleh Islam, siapa pula yang RUGI?

Media Massa umpama tuhan baru yang berkuasa menentukan apa yang betul dan apa yang salah. Apa yang akan membahagiakan dan apa yang akan mengcelakakan hidup manusia. Saya tidak katakan semua yang ada dalam media massa itu buruk namun hakikatnya hampir keseluruhan media itu dikuasai oleh kuasa-kuasa yang mempunyai niat jahat terhadap Islam. Betapa ramai manusia telah didoktrinkan dengan nilai-nilai hidup yang berlawanan dengan nilai-nilai Islam.

Mungkin kita tidak perlu pergi jauh. Lihat saja drama-drama melayu; kalau orang yang berketayap putih atau berserban wataknya apa? Mereka ini adalah pemecah belah masyarakat, manusia-manusia yang berhati busuk, pendendam, pendengki dan sebagainya tetapi orang-orang biasa yang tidak menutup aurat dan yang tidak menjaga batas pergaulan diberikan watak yang begitu baik, perihatin, bertimbangrasa, suka menolong, bersabar dan sebagainya. Apa yang sebanrnya ingin ditonjolkan? Apakah arah tuju filem-filem begini dalam mendidik masyarakat? Ada juga orang yang berketayap tapi baik...boleh jadi penasihat dalam cinta luar batasan, pakar rujuk kumpulan rempit, pakar motor pula dan sebagainya.

Cuba lihat pula iklan-iklan yang ditayangkan. Adakah mereka mengiklankan barang atau cara hidup? Kenapa mesti pasangan kekasih saja yang asyik menikmati ais krim kenapa bukan golongan kanak-kanak yang sepatutnya secara demographic menjadi sasaran yang paling penting?

Cuba kita tinjau statistik pembuangan bayi, anak luar nikah, penzinaan dan sebagainya. Adakah ini yang kita harapkan untuk generasi masa depan?

Saya bukan anti teknologi tetapi seharusnya umat Islam mula berfikir bagaimana untuk membangunkan teknologi bukan sekadar menjadi pengguna teknologi. Kita perlu berfikir untuk menjadi inventor bukan lagi consumer.

Cuba teliti petikan Beritaharian Online 2009 ini:

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Membina Nilai Iman Pada Jiwa AnakMereka Bertanya

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30