Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Muslim Dari Sudut Aqidah

Berpegang dengan aqidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seorang yang mengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkadung dalam Kitabullah (al-Quran) dan sunnah Rasululllah Sallallahu’alaihiwasallam. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani oleh orang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari kalangan Salafussoleh serta para imam penyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka.

Bagi memastikan saya benar-benar muslim dalam aqidah, maka saya mestilah beriman dengan perkara–perkara berikut:

1) Saya mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Rabb yang maha bijaksana lagi berkuasa, maha mengetahui serta tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dan keseimbangan, saling perlu memerlukan di antara satu juzu’ dengan juzu’ yang lain. Adalah mustahil semua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Rabb yang maha tinggi lagi maha berkuasa.

Firman Allah Subhanahuwata’ala :

Maksudnya: “Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah tentulah kedua-duanya itu telah rosak binasa. Maka maha suci Allah yang mempunyai ‘arasy daripada apa yang mereka sifatkan”.
(Al-Anbiya’, 21 : ayat 22)

Dibawah ini adalah sedikit perkongsian (Dalam format MP3) dari saya berkaitan tajuk ini.

Download MP3

Perkongsian Muwasafat Tarbiyyah MP3 PENUHSalam pertemuan. Berkongsi kesibukan

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

June 2012
M T W T F S S
May 2012July 2012
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30