Kehidupan & Keimanan

Rasai Kehadiran ALLAH Dalam Setiap Detik Kehidupan

Kunci Kebahagiaan 1: Kebersihan Hati

Bayangkan hati tanpa dengki, dendam, cemburu dan kemarahan. Betapa lapangnya jiwa kita, betapa luasnya kehidupan yang sedang kita jalani. Kita dapat berfikir dengan tenang dan bertindak secara rasional dan penuh hikmah. Kejayaan dan kekayaan orang lain tidak menganggu perasaan kita, kekasaran dan keburukan orang tidak melukakan hati kita bahkan kita mampu berkongsi kebahagiaan dengan orang lain serta mampu meraikan kejayaan mereka.

Bayangkan hati yang melimpah dengan kemaafan, bersangka baik, tahu menghargai dan mampu menerima kelemahan diri dan kelemahan orang lain. Kita dapat menghadapi hari baru dengan senyuman dan hati yang tenang.

Inilah kunci kebahagiaan; Hati yang bersih dari dendam kesumat, kedengkian, kemarahan, buruk sangka hingga hati kita mudah memaafkan, tahu menghargai, mampu melihat kebaikan dari longgokan keburukan.
Cuba tanyakan pada diri kita; kenapa kita selalu resah gelisah? Apa yang sering membimbangkan kita? Apa yang menjadikan fikiran kita terkurung dalam keraguan?

Siapa yang memiliki hati begini?

Hati ini haya dimiliki oleh mereka yang benar-benar mengenali Allah SWT, menjiwai sifat dan kesempurnaanNya sehingga ia mampu menyelami betapa halus, adil dan sempurnanya urus tadbir Allah SWT. Bahkan jiwanya mampu merasai betapa Allah itu Maha Penyanyang dan Maha Lembut pada hamba-hambaNya. Lalu ia menyandarkan seluruh harapan, pergantungan, tawakal bahkan cinta dan rindunya hanya pada Allah.

Orang yang merasakan dirinya sendiri tidak sempurna lalu ia tidak pernah mengharapkan kesempurnaan pada diri orang lain yang berada disekitar kehidupannya. Sehingga ia mampu memaafkan kesalahan dan kecuaian orang lain. Hatinya mampu berlapang dada dan berbaik sangka.

Orang mencintai keindahan dan kebaikan sehingga ia mampu menghargai kebaikan dirinya dan orang lain lalu mengharungi hidup dengan jiwa yang tenang, lapang dan penuh kepasrahan.

Bagaimana dengan hati kita? Semoga Allah mengurniakan kita hati yang begini.

Di Jendela iniNOTA TARBIYATUL AWLAD 5: Masa Adalah Sebahagian Dari Tarbiyyah

Comments

Unregistered user Thursday, June 28, 2012 12:16:25 PM

Anonymous writes: Asslkm cg..kalau cg tak keberatan, sy ade sedikit soalan..macamane nak menjaga hati kita sepanjang masa sedangkan kite sentiasa diuji ALLAH dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan?bagaimana nak melatih diri kita supaye sentiasa berfikiran positif dengan setiap ujian yang datang?

How to use Quote function:

  1. Select some text
  2. Click on the Quote link

Write a comment

Comment
(BBcode and HTML is turned off for anonymous user comments.)

If you can't read the words, press the small reload icon.


Smilies

May 2013
M T W T F S S
April 2013June 2013
1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31